terima kasih sudi follow

Monday, May 3, 2010

minggu-minggu lepas yang malang

Suatu hari sabtu dalam bulan april yang lalu (dah lupa date) bawak anak2 gi sekolah. Syafiqah ada seminar score A di Bangsar. Bas sekolah ambik di sekolah pukul 7.30 pagi. Hanif pula ada kor ko di sekolah yang bermula jam 8.30. Memandangkan masih awal, aku pun bawak anak2 ke kedai mamak untuk sarapan. Setelah sarapan lebih kurang jam 8.00, niat di hati nak ke sekolah menghantar hanif, then ke sekolah menengah anak sulungku shuhada untuk menghantarnya ke kelas tambahan jam 9.00 pagi. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala arah tujunya hari itu. Kereta buat hal. Tak boleh start langsung. Aduuuhhhh, camana ni. Setelah dicuba berkali2 namun tak juga berjaya. Terpaksa ku telefon abang tersayang yang ketika ini amat sibuk dengan urusan delegasi dari Itali.

Nasib baik, bengkel kereta just berhadapan dengan kedai mamak yang baru ajer aku bersarapan tadi tapi bengkel hanya bukak dalam jam 9.30. So, aku dan anak2 jadilah penunggu setia bengkel. Sejam juga laaa aku tunggu. Puncanya hanyalah atas kelalaianku sendiri kerana terlupa nak tutup lampu keretaku. Tak sampai setengah jam pun, bateri boleh kantoi.

Nasib baik segalanya selesai dengan bayaran rm10.00. Rupa2nya, bateri kereta tu pun penyambungnya longgar. Akibatnya, anak2ku tak pergi ke sekolah dan kami terus ajer pulang kerumah.

Seminggu kemudian juga keretaku buat hal lagi. Lampu brek tak mau padam. Ketiga2 lampu brek keretaku menyala sepanjang perjalananku menghantar anak2 ke sekolah walaupun aku tak membrek keretaku. Balik ke rumah, biarpun enjin dimatikan, lampu brek still menyala. Dah sudah, aku takut nanti keretaku tak dapat dihidupkan kalau usaha untuk memadamkan lampu tak dilakukan segera. Ketika itu jam 7.45 pagi dan kedai hanya buka jam 9.30 pagi. So, terpaksalah kutunggu jugak sehingga 9.30 untuk kubawa kereta ke bengkel. Silapnya hanya sedikit, kata mekenik tu, bawah pedal brek tu, ada yang patah sedikit. Setelah diadjust, kenalah juga bayaran minima sebanyak rm10.00. Alhamdulillah. segalanya settle.

0 comments: