terima kasih sudi follow

Wednesday, May 5, 2010

Selamat Hari Ibu

Sempena menyambut hari ibu, lagu di blog pun turut aku tukar dan aku ambik dari blog http://memoriibu.blogspot.com
Mohon kebenaran wahai sayangku untuk berkongsi lagu2 di blog tersebut.


Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.



Seandainya dulu dapat kuluahkan rasa terima kasihku, seandainya dulu dapat kuucapkan betapa aku amat menyayangimu, seandainya dulu aku mengerti tentang Hari ibu yang saban tahun diraikan tentu segala2nya punya kenangan yang terambat indah dalam hidupku kini. Kerana segala kenangan itu akan sentiasa bermain di fikiran ku setiap tibanya hari ibu. Tapi sayang, segala2nya sudah terlambat. Apa yang dapat kulakukan kini hanyalah mendoakan semoga kau ditempatkan di dalam syurgamu ya Allah. Hanya Al-Fatihah yang dapat ku doakan buat mu. Semoga kau aman di sana wahai umiku, Sharifah Fatimah Syed Abdan, jua buat ibu mertuaku, Sharifah Aishah Syed Lope Ariffin. Tak lupa jua buat seorang insan yang kupanggil mak iaitu Rahmah bt Abdullah. Kenangan manis bersama kalian akan tetap terpahat di ingatan hingga Tuhan kelak menjemputku.
Aku terlalu amat merindui ibuku. Semoga Umi damai di sana.

3 comments:

Cik Lily Putih said...

selamat hari ibu gak

Norul Malakiah Sidek said...

hp mom's day to ur mom

Anonymous said...

tue lah pasal. manusia memang mudah lupa bila benda itu masih mereka miliki.. nasib baiklah mak MM still ada kat dunia nie.. at least bolehlah menumpang kasih dan mengucapkan betapa diri ini begitu menyayangi mereka dan bertuah masih sempat mengucup pipi mereka saat ini.. kepada yg terlepas peluang.. bersabarlah.. sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka...