terima kasih sudi follow

Saturday, June 5, 2010

Entri terlepas

Lama gak rasanya tak update blogku ini disebabkan kesibukan yang tiada penghujungnya juga kerana kemalasan yang kerapkali melanda hinggakan rumah pun rasanya dah berantakan dek baju2 yang tak berlipat. Semuanya kupejamkan mata dek kerana penyakit M yang melanda. Sepatutnya ada entri khas pada 26hb Mei 2010 yang lalu sempena tarikh keramat kelahiran umi tercinta yang telah pergi menyahut seruan Illahi pada 17 November 2000. Tanggal 26hb Mei lalu, seandainya umi masih ada,  umurnya telah mencecah 68 tahun. Ingin sekali ku selitkan potret2 umi dalam blog ku ini tapi malangnya, kesempatan belum ada untuk ku scankan gambar2 yang ada. Sesungguhnya ketika hayat umi dulu, aku tidak mempunyai video kamera maupun hp yang berkamera. Akan kuluangkan masa jua suatu nanti nanti untukku kongsikan segala kenangan2 silam di dalam gambar2 bersama arwah. InsyaAllah, itu akan menjadi projekku di masa lapang nanti.

0 comments: