terima kasih sudi follow

Thursday, July 15, 2010

Nasib Baik Tak Tertipu

Selepas bayar barangan yang dibeli di kauter Giant, sebaik melangkah untuk keluar, aku dihulurkan kertas produk suatu jenama. Katanya nak beri beg sebagai hadiah. Di samping itu, penjual tersebut menceritakan serba sedikit tentang produk yang dijualnya.  Produk tersebut berjenama Arezzo dan katanya dari Italy. Sebelum diberi hadiah percuma, aku diminta mengisi satu form. Setelah itu, dia pun memberilah hadiah beg kain yang didalam sebuah kotak kecil. Di dalamnya terdapat baucer sekiranya aku ingin membeli barangan yang dijual tapi syaratnya, baucer tersebut aku kena koyakkan hari ini untuk aku ketahui berapa nilai diskaunnya sebab di atas kertas baucer tersebut akan dituliskan tarikh hari ini. Katanya baucer tersebut laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh yang akan ditulisnya.

Sebenarnya, aku pun malas nak dengar segala macam cerita tentang produk tu sebab tak ada tujuan langsung nak membeli apa2 alat elektrik buat masa ni. Tapi dah terpanggil dan terduduk kat kerusi dia dan ter isi form tu so, terpaksa la mendengar gak promosinya.  nak jadi cerita, baucer yang aku koyak tu tertera RM1000 dan gambar induction cooker. Konon2nya, penjual tu terkejut sebab dia tunjuk kat aku baucer2 yang dah dikoyak kebanyakkannya hanya tertera rm100 atau rm200 dan paling banyak rm300. Kalau ada gambar pun, hanya gambar juice maker yang harganya dalam rm9xx.00.

Aku rasa aku dapat agak apa jadi seterusnya. Penjual tu seterusnya kata nak tanya supervisor dia betul ke dapat induction cooker tu free. Dan seterusnya dia akan bagi aku cakap ngan supervisor dia sebab katanya supervisor dia nak cakap dengan aku. Rasanya, tektik ni dah jadi kat aku dua kali dengan produk lain. Yang dulu tu gores dan menang dan yang aku geram, aku mesti nak kena dapat hadiah bila ajer ada benda camni.

Beria-ia dia kata aku beruntung sebab kalau aku ambik microwave dia yang harganya rm3099 dan ada diskaun rm100 menjadikan harganya rm2999 dan aku dapat induction cooker tu free. Dia siap tanya aku ada pakai kredit kad ke? Aku kata tak ada tapi dia siap cakap tadi nampak dalam purse aku yang warna gold tu apa. Aku kata kredit kad aku dah kena block, tak bayar bill still dia kata boleh guna. Kononnya ada promotion untuk kredit kad yang aku guna tu. Aku boleh dapat free cookware ngan juice maker tu. Mak oooiiiii, dengan harga rm2999 aku dapat microwave oven, induction cooker, cookware ngan juice maker yang harganya mencecah rm9000.00.

Microwave dia cam best ajer aku tengok. Boleh goreng keropok tanpa minyak, even kalau bekas plastik yang biasa2 pun boleh letak dalam microwave tu macam bekas plastik yang jual iceblended tu. 



Aku kata It's okey. Aku tak nak. Kalau korang nak, korang ambik lah. Dengan selambanya, aku pun blah dari situ. Balik rumah, aku search kat internet, rupanya dah banyak yang terkena. Ni aku ambik dari komen2 kat blog tersebut:

ADUAN TERHADAP SYARIKAT ITAREZZO SDN BHD

Pada ****, kira-kira jam ***, saya telah berkunjung ke ****. Kemudian kami dihampiri oleh seorang promoter yang memperkenalkan diri sebagai ***dari syarikat Itarezzo Sdn Bhd yang ingin mempromosikan produk berjenama Arezzo dan ingin memberikan produk percuma iaitu Arezzo Sun Shade.

Kami diminta untuk mengisi form sebelum mendapat hadiah percuma tersebut. Seterusnya, En. *** meminta masa kami selama beberapa minit untuk mendengar promosi terhadap 2 barangan. Barangan yang dipromosikan adalah:
1) Arezzo Induction Cooker-dengan harga RM31992) Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099

Di dalam hadiah percuma yang diberi, terdapat 2 kad baucar yang nilainya akan kami ketahui sekiranya kami membuka kad baucar tersebut yang di ‘seal’. Kami juga diberitahu, biasanya baucar yang ditawarkan bernilai RM100, RM200, dan RM300. Kemungkinan juga setiap kad baucar yang ditawarkan ini akan mendapat hadiah percuma lain berupa juicer (bernilai RM800) yang mana akan diperolehi sekiranya kami membeli mana-mana 1 barang Arezzo.

Sebelum kami membuka baucar tersebut, promoter tersebut menurunkan tandatangan beliau di luar sampul baucar tersebut dan membuka baucar yang diseal itu sehingga seal hampir putus dan seterusnya menyerahkan pada kami. Setelah kami membuka baucar tersebut, kami mendapati kami memenangi Arezzo Induction Cooker yang bernilai RM3199 di samping baucar RM100.

Promoter ini dilihat terkejut kerana setahu beliau, tiada hadiah percuma “buy 1 free 1 Arezzo Induction Cooker”, tapi beliau yakin baucar tersebut adalah betul memandangkan beliau yang tandatangan kad baucar tersebut sebelumnya.

Promoter tersebut nampak tidak percaya lalu ditanya kepada rakannya akan kemungkinan baucar itu tersalah cetak. Kemudian rakannya itu,dengan penuh kehairanan membuat satu panggilan kepada seorang perempuan yang didakwa sebagai Cik *** dari ibu pejabat syarikat Itarezzo Sdn Bhd. Saya suami isteri juga tergamam waktu itu kerana kedua-dua promoter kelihatan kaget dan sangat terkejut. Setelah promoter itu bertanyakan kemusykilan beliau kepada Cik *** , Promoter yang membuat panggilan menyerahkan telefon beliau kepada saya untuk bercakap sendiri dengan Cik *** . Cik *** yang bercakap dalam telefon itu bertanya sama ada saya ini adalah saudara-mara pada promoter kerana saudara mara pekerja tidak berhak untuk mendapat hadiah ini. Cik *** ini mengatakan betapa bertuahnya kami suami isteri kerana di dalam Malaysia hanya 35 kad baucar yang sebegini ditawarkan. Tawaran ini diadakan bersempena dengan bulan perayaan Krismas.

Seterusnya, dalam masa yang sama ada seorang lagi promoter yang datang dan ingin melihat kad kredit kami. Mereka beramai-ramai mengatakan betapa bertuahnya kami kerana kad kredit Maybank yang saya gunakan sekiranya kami membuat pembayaran melalui installment akan membolehkan kami mendapat satu lagi hadiah percuma iaitu ionizer. Kami sedar biasanya, kalau purchase dengan kad kredit dan installment , credit centre kad kredit akan bercakap dengan kami dahulu untuk verification, tetapi untuk kes ini, promoter mengatakan approve adalah serta merta.Kami terus didesak untuk jawapan kerana baucar ini hanya laku malam itu sahaja.

Setelah didesak bertalu-talu, akhirnya kami membeli Arezzo Microwave Oven- dengan harga 3099 dan menggunakan baucar RM 100 yang kami dapat bersama hadiah, kami dikenakan harga RM2999. Pembayaran dilakukan dengan cara installment kad kredit Maybank selama 12 bulan. Barangan yang kami perolehi kami disimpan terlebih dahulu di rumah tanpa digunakan atau dicuba.

Keesokan harinya iatu pada ******, setelah melayari internet, kami mendapati promoter ini menipu dan menggunakan modus operandi yang sama kepada ramai orang dan di pelbagai tempat. Hadiah yang dikatakan julung-julung kali dimenangi kami sebenarnya telah lama terkena kepada ramai orang. Justeru itu aduan ini dilakukan atas dasar kami ingin memulangkan barangan yang kami beli dengan taktik jualan yang menganiaya dan kami boleh dapati dengan harga yang lebih berbaloi di tempat lain.


Boleh baca blog kat sini:
http://arezzo-products.blogspot.com/

3 comments:

Rohana said...

salam aka, saya pun tertipu di Tesco tadi..product akak adalah Arezzo tapi produck saya yg kena tipu adalah AMG Italy..sys ada link cerita akak dlm blog saya.. timakasih..http://ana-mutiarahati.blogspot.com/2011/09/tektik-tipu-product-amg-italy-kat-tesco.html

Anonymous said...

salam..situasi yang saya alami sebijik macam akak...promoter tu pura2 terkejut kerana dalam salah satu baucer yg sy dapat tu, sy dapat free gift oven dgn vacume. kedua2 barang tu berharga 6000++...sy memang tak akan percaya sampah masyarakat macam ni

Man Siakap said...

strategi marketing ni. hahaha. kena g bli kt kedai lain lah