terima kasih sudi follow

Monday, November 29, 2010

Gambar2 ketika di KLIA

dalam dok sedih2 nak berpisah kat airport kelmarin, ternampak pulak pelakon Fizz Fairuz. Apa lagi, kawan adik ipar, Along, pun terus panggil dia kat kita orang. Yang kelakarnya, time tu Fizz Fairuz masuk toilet, siap tunggu kat depan toilet lagi. Masing2 berebut nak bergambar.



Missing U

Aku rindukan suami dan anak-anakku yang jauh di mata....Tak pernah lagi berpisah dalam tempoh yang lama dengan anak2. Terlalu rindu kurasakan. Buat anak2 Umi, jaga diri di tempat orang. Tempoh 3 minggu terlalu lama umi rasakan. Jangan nakal2 dan jangan bergaduh sesama sendiri. Jangan biar abah pening kepala dengan karenah korang. Tengok2kan abah untuk umi. I luv u all. Tunggu detik kedatangan umi ngan Yong, insyaAllah.

Perpisahan Sementara

Semalam, 28hb Nov 2010 tibalah hari yang dinanti2kan (entahlah samada dinanti2kan atau tidak). Setahun dulu, memang aku ternanti2kan tarikh di mana kami akan ke luar negara tapi makin dekat harinya, makin berbelah bagi rasa di hati. Aku turut merasa sayu melihatkan anak2 yang semakin sedih berpisah dengan sahabat2 yang makin hari makin rapat. Apa yang dapat kukatakan hanyalah bahawa dalam hidup ini, kita akan sentiasa 'berhijrah'. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Habis sekolah menangah, kita akan melanjutkan pelajaran ke Universiti pula. Kemudian, kita akan menempuh alam pekerjaan. Sahabat akan tetap jadi sahabat dan tetap kekal di dalam hati tapi makin kita melalui tempoh perubahan, kita akan dapat lebih ramai kawan. Jangan terlalu bersedih terpaksa berpisah kerana perpisahan ini hanya sementara sahaja. Semoga persahabatan tetap kekal lebih2 lagi sekarang ni ada FB.

Jam 6.40 petang, kami semua berangkat ke KLIA bersama2 dengan adik2 iparku dari Melaka dan juga sepupu suamiku serta bapa mertua. Tujuannya: untuk menghantar suami dan tiga anak2ku menaiki pesawat ke Toulouse. Dalam seminggu ni, memang bz giler dengan kerja mengemas yang tak habis2. Rumah bersepah2, barang2 banyak yang tak dipack lagi.

Last minit sebelum berangkat ke KLIA, aku bawa syafiqah ke Subang Perdana untuk beli keperluan last minit. Kelam kabut punya pasal, masa reverse kereta, aku tak perasan ada kereta lain yang parking belakang keretaku. Tiba2 keretaku tersangkut, tak boleh bergerak. Ya Allah, dalam hati berkata2, "mampus aku". Jap lagi nak gi airport, terlanggar pulak kereta orang. Kelam kabut aku turun, tuan punya kereta pun turun dengan muka yang serious. Alhamdullillah, syukur kepada Allah. Kereta tu tak bercalar sedikut pun. Lega rasanya., Berkali2 aku pohon maaf pada tuan punya kereta. Nasib baik pasangan tu pun okey. Terima kasih banyak2 Ya Allah kerana melindungi aku.

Kami berangkat ke KLIA dengan 4 biji kereta. Sebelum berpisah, masing2 mengalirkan air mata sebab terpaksa berpisah untuk tempoh masa yang lama gak tapi aku masih dapat menahan perasaan. Mungkin sebab dalam tempoh tiga minggu lagi, aku pun akan berangkat ke sana untuk bersama2 keluarga yang tercinta.

Buat suami tercinta dan anak2, jaga diri di tempat orang. I love u all. Tunggu umi kat sana, nanti kita jumpa kat sana.....

ps. Tak boleh nak masukkan gambar2 kat sana sebab digital kamera dah sampai Toulouse. heheheheh.

Thursday, November 25, 2010

sambar kamera

25hb November, hari khamis. Pagi ni keluar ke Destiny Auto untuk uruskan hal keter Atos yang nak direfinance semula. Singgah jap ke Subang Parade, to be exact, ke Voir untuk tukar cardigan syakirah yang aku beli hari isnin lepas sebab saiznya terkecil. Breakfast kat rotiboy then jalan2 kat situ jap untuk tengok kamera. Ada jualan dslr kamera. Tengok punya tengok punya tengok, terus sambar satu kamera olympus.

Dah lama teringin nak pakai digital camera ni, akhirnya dapat gak. Bukannya apa, selalunya tangkap gambar dengan hp tapi hp rosak pulak. Hp ku masuk sabun cuci lantai. heheheheh, orang masuk air, aku pulak masuk sabun cuci lantai. Apa lagi, hitam ajer la skrin aku. Sesapa call pun, memang aku boleh jawab tapi aku tak tau la sapa yang call. Tapi, aku memang tak boleh call orang sebab tak boleh tengok phone book. Hanya boleh call suami dan anak2 serta rumah sebab guna speed dial..... Kecian aku, bila la nak repair hp ni...

packing barang

hari ni, 23hb Nov 2010 hari selasa, ada packaging company datang rumah untuk packing barang. Kelam kabut gak sebab masih belum ready apa yang nak di bawak dan apa yang nak tinggal serta apa yang nak di bawak ke rumah mertua dan adik ipar di Melaka. Kelam kabut gak sebab ari ni gak lah bermulanya peperiksaan SPM. Barang2 pulak ada yang tak habis di beli lagi.

Seawal jam 9.30, packaging company tu dah sampai rumah. Aku pun tunjuk2 apa yang nak dimasukkan dalam kotak. Tunjuk pun tunjuk, kemas punya kemas, tengok2 dah pukul 10.40 am. Alamak, dah terlambat nak ambik Shuhada yang habis exam jam 10.30 tadi. Terus pecut kereta untuk ke sekolah. Ambik shuhada dan terus bawak balik rumah. Baru terperasan, bekalan ubat2an belum sempat di shopping lagi. Aku pun keluar semula ke Life Farmasi di Bukit Jelutong. Beli la apa2 yang patut cam panadol, panadol soluble, pil chi ki teck aun, ubat migraineku, ponstan, vick, ubat luka, vitamin dan dua tiga benda lagi yang bernilai lebih kurang rm350. Nasib baik ada diskaun member, kalau tidak sure kena dalam rm400. Terus balik, masuk dalam kotak untuk dibawak dgn kontena. Pukul 1.30, abang antar shuhada pulak ke sekolah untuk bm paper 2.

Dalam pukul 3, aku keluar lagi untuk hantar syakirah ke KFC. Ada jamuan dengan kawan2 kelasnya. Tak pe laaa. Jamuan terakhir sebelum berangkat pergi. Balik rumah, sambung pulak packing barang2 dan jam 4, keluar sekali lagi untuk ambik shuhada balik rumah. Letih packing, rumah dah macam tongkang pecah. Bila la nak ngemas rumah pulak ni.....