terima kasih sudi follow

Thursday, November 25, 2010

sambar kamera

25hb November, hari khamis. Pagi ni keluar ke Destiny Auto untuk uruskan hal keter Atos yang nak direfinance semula. Singgah jap ke Subang Parade, to be exact, ke Voir untuk tukar cardigan syakirah yang aku beli hari isnin lepas sebab saiznya terkecil. Breakfast kat rotiboy then jalan2 kat situ jap untuk tengok kamera. Ada jualan dslr kamera. Tengok punya tengok punya tengok, terus sambar satu kamera olympus.

Dah lama teringin nak pakai digital camera ni, akhirnya dapat gak. Bukannya apa, selalunya tangkap gambar dengan hp tapi hp rosak pulak. Hp ku masuk sabun cuci lantai. heheheheh, orang masuk air, aku pulak masuk sabun cuci lantai. Apa lagi, hitam ajer la skrin aku. Sesapa call pun, memang aku boleh jawab tapi aku tak tau la sapa yang call. Tapi, aku memang tak boleh call orang sebab tak boleh tengok phone book. Hanya boleh call suami dan anak2 serta rumah sebab guna speed dial..... Kecian aku, bila la nak repair hp ni...

0 comments: