klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, August 23, 2010

Entri Terlepas-Jom heboh di Melaka

Ni antara gambar2 kenangan masa berkunjung ke Jom Heboh di Melaka. Pergi last day Jom Heboh iaitu hari ahad then terus balik ke KL. Sempat gak anak2 bergambar dengan Ezlynn dan sempat gak duit terbang rm50 untuk pek2 jajan yang dijual.

Kuih Bakar

Kuih Bakar Pandan

250ml air + 6 helai daun pandan. (blend dan tapis)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200 ml santan pekat
250 ml air
3 biji telur
2 sb mentega cair
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau.
bijan untuk hiasan

Cara:

1.  Sebatikan semua bahan. Kacau dengan whisk hingga rata. Tapiskan.
2.  Lengser acuan muffin atau loyang dengan mentega dan panaskan dalam oven sebentar.
3.  Keluarkan acuan dari dalam oven dan tuangkan adunan. Tabur bijan dan bakar lebih kurang 35 min.

12 Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke-12 umat Islam berpuasa di bulan Ramandhan. Agaknya sebab hari ini hari Ahad, memang aku malas betul nak masak. Kalau tidak, setiap hari akan ada 2 jenis kuih dan 2 atau 3 jenis lauk. Belum pernah lagi kami ke bazaar Ramadhan untuk mandapatkan apa2 juadah.

Disebabkan aku keluar untuk bank-in kan cek ke dalam akaun maybankku dan terus ke Cosway untuk membeli beberapa barang kemudian terus ke Tesco Extra di Shah Alam maka memang aku tak berkesempatan untuk masak. Hanya beli lauk di salah sebuah restoran di TTDI Jaya dan petangnya, aku dan suami ke Bazaar Ramadhan berdekatan dengan Uitm Puncak Perdana. Memang tak semeriah mana tapi still kuih muih di sini masih dijual dengan harga Rm1 3 biji. Air pula dijual dengan harga Rm1.50 atau RM2.00 untuk plastik besar yang boleh diminum seramai 8 orang. Alhamdulillah. Inilah rezeki kami anak beranak buat hari ini.

Friday, August 20, 2010

Dr Fadilah Kamsah Menulis

Assalammualaikum. 

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan .... dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... 

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ..... so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
 
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...  arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ..... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.
 
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya .. dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka 

... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
 
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
 
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
 
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Renungan Bersama

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
    Yang paling dekat dgn kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah      
    bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.
    Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU.
    Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa  
    lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari
    mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini.
    Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU.
    "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu
    membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179) 

4.  Apakah yang paling berat didunia.
    Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
    "Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung ganang dan malaikat semua
    tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi (khalifah)
    pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut
    rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke
    neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.
    Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT.
    Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah
    meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam didunia.
    Yang paling tajam didunia adalah LIDAH.
    Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
    dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ladies Be Careful

DOA YANG KITA LUPAKAN

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Ke-7

rDah seminggu kita berpuasa. Dalam bulan Ramandhan ni, terasa malas sekali nak menatap komputer, sedangkan banyak gambar2 yang diambil tapi kemalasan memang menebal.

Hari ni, walaupun komputer dibuka dan blog diteroka tapi masih tebal malasnya untuk menaip baris2 ayat di dalam blog ini. Sekadar mengisi butir2 yang tidak berpenghujung.

Apa pulak menu ari ni ye?

Thursday, August 12, 2010

Satu Ramadhan

Entri ni sepatutnya ditaip semalam tapi tak berkesempatan. Hari ni, merupakan hari pertama berpuasa. Aku bangun seawal jam 4 pagi walaupun sebenarnya, dah 5-6 kali terjaga. Tidur yang tak pernah lena. Panaskan sup tulang semalam dan bersahurlah kami dengan apa yang ada. Alhamdulillah, hanya ini rezeki buat bersahur pagi ini.
Jam 6.50, aku keluar rumah menghantar anak2 ke sekolah. Kenapalah jalan sesak hingga terlewat sampai ke sekolah anak. Jam 7.40 baru tiba di sekolahnya. Apa yang ada di fikiran ialah, "esok kena keluar awal lagi".....

Jam 10 pagi, aku keluar lagi ke Giant Shah Alam. Rezeki di pagi hari. Ada pelanggan yang call nakkan rxlite. Jam 12.30, aku keluar lagi untuk menghantar anak terunaku ke sekolah yang bermula jam 1.05, then terus ke TTDI Jaya untuk mengambik anak sulungku yang habis sekolah jam 12.30. Then, aku bergegas ke Bukit Jelutong semula untuk mengambil anak2 di sekolah sana yang tamat persekolahan jam 1.05.

Menu berbuka hari ini hanyalah ayam panggang lada hitam dan aku buat puding roti untuk pencuci mulut. Minumannya pula adalah air tebu, request dari anak terunaku.

Wednesday, August 11, 2010

Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz Niat -

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

•Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

•Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

•Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya: “Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat -
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Buka Puasa -
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

 perkongsian dari FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tuesday, August 10, 2010

Fasa-fasa puasa yang berjaya

rFasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum.

Surah Penawar

Surah  Al-Kautsar   
 
 
Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu 
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika 
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi 
dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.
 

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan tiba lagi.
peringatan buat renungan. Agar Ramadhan ditempuh dengan penghayatan.
Bukan bulan manusia rancak memusimkan agama tanpa makna.
Jangan berpuasa tanpa agama.
Jangan beragama tanpa Tuhan.

Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” 
[al-Baqarah : 185]

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan keinsafan. Dengan kesempatan yang ada juga, ingin aku memohon kemaafan seandainya ada bicara yang menguris hati, ada tulisan yang merobek jiwa. Semoga dengan kemaafaan dari teman2, dapat kulalui Ramadhan dengan penuh keberkatan.