klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, October 14, 2010

NEW ERA

chocolate cake





Jom buat chocolate cake...

Kek Coklat Kukus
Bahan2

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
(Ketiga2nya di ayak)

2 biji telur
1 cawan gula

1 cawan air suam
3/4 tin susu pekat (tin sedang)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh essen vanilla

Cara.
- Panaskan pengukus dahulu -
1. Putar telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan air suam, minyak masak dan susu pekat. Putar hingga sebati.
4. Masukkan bahan2 yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil terus diputar.
Putar hingga sebati.
5. Loyang dilapik dengan parchment paper dan sapu dengan butter.
6. Tuang adunan dalam loyang.
7. Kukus dalam pengukus selama sejam.

Nota: Alas tutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas adunan kek tadi.

Aidil Fitri 2010-part 1

Tahun ni kami sekeluarga merayakan aidil fitri di Melaka. Tahun ini juga merupakan tahun pertama suamiku menyambut aidil fitri tanpa kehadiran ibu kesayangan yang telah kembali ke rahmatullah pada 14hb November tahun lalu. Raya tetap disambut walaupun tanpa orang yang tersayang. Bagi diriku pula, tahun ini pula merupakan tahun ke-10 aku beraya tanpa kehadiran umi tersayang. Al-Fatihah buat kedua2 nya dan juga buat mereka2 yang telah pergi terlebih dahulu. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman di dalam syurgaMu.

Ni antara foto2 raya pada tahun ini...




       

Ketika di pusara mama




Family Day

Semalam, pejabat suamiku mengadakan famili day yang bertempat di Taman Metropolitan... Seawal jam 7 pagi, kami berangkat ke sana tanpa anakku yang akan menghadapi pmr kerana tidur di rumah kawannya sambil belajar....

Antara gambar2 yang sempat diambil di sana:

sarapan pagi




lari dalam guni. Acara ni kena tukar nama "lompat dalam guni"



acara membalut mummy. Dpt tempat kedua...




HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Tarikh yang dinanti2kan oleh ramai pasangan untuk merealisasikan impian untuk hidup berumahtangga. Ramai yang menantikan tarikh keramat 10 Oktober 2010 untuk menyempurnakan acara2 penting dalam kehidupan. Antara yang memilih tarikh 10.10.10 untuk memulakan kehidupan baru adalah  Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas. Malah tarikh 10.10.10 dilihat sebagai suatu yang amat menarik. Dengan jemputan seramai 10,000 orang, dan persiapan besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai 'wedding of the year'.




Dalam kesibukan menyambut kegembiraan pada tanggal 10.10.10, berlaku satu tragedi ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. Kemalangan itu menyebabkan 12 maut manakala hampir 40 lagi cedera termasuk yang parah. Sedikit petikan dari akhbar Utusan Malaysia :
  • 12 maut manakala lebih 40 lagi cedera apabila bas ekspres, bas JKM, dua kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
  • Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspress Delima yang dipercayai dipandu lajudari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya.
  • Bas itu kemudian melambung ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van sebelum menghempap dua kereta.
  • Puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam tadi.



 Al-Fatihah buat semua mangsa. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita, mungkin esok, mungkin lusa.