klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, December 31, 2010

dah pukul 3.55 am. aku tak tidur lagi ni. Memang jadi burung antu la aku kat France ni. Hari ni nak siap sarapan awal pagi, lepas tu nak terus masak lunch. Pukul 11 pagi ni, keluar lagi dgn Kay dan all the ladies. Nak gi survey perabut kat IKEA pulak. Betapa malasnya aku nak pergi sebabnya AKU TAK MINAT NAK PILIH2 PERABUT NI.

Nak share gambar masa lunch kat Ikea tadi. Masing2 makan ikan ajer sbb tak berani makan ayam atau daging. Penat gak mencari2 barang kat IKEA dan mensnap2 gambar perabut2 kat IKEA ni.
Salmon bersama sayur bayam/french fries/kentang rebus 4 ketul dengan harga 6.50 euro. Soft drinks harganya 1.2 euro atau mineral water Avien 1 euro.

ikan salmon bersama sayur bayam yang tawar.

Antara yang ke IKEA

Dh makan, tray dan pinggan diletak kat sini

 Settle makan dan sebelum gerak untuk ke Alinea semula, sempat singgah di kedai IKEA. Masing2 beli ikan salmon, aku pun beli lah gak sbb harganya mmg murah.
1 kg siap diperap dengan harga hanya 28 euro

Aku tak beli yang ni, aku beli salmon yang tak diperap. Beratnya 500 gm dan dah dipotong 4 potongan dengan harga 8.50 euro.

Masing2 gak beli ROSTI yg merupakan macam penkek kentang. Murah gak.Harganya dalam 1.55 euro untuk 8 kepingan. ni rupanya bila dah dimasak.


Masa kat airport nak ke Toulouse dulu, aku singgah ke duty free shop. DI samping beli rokok, aku beli gak coklat daim ni. 385 gm dengan harga rm42.00. Tapi bila tengok harga kat IKEA ni, punyalah murah coklat daimnya. 400 gm hanya 5.25 euro. Kalau dikonvert pun, harganya still murah. Ni kena masuk list barang2 yg nak dibeli kalau balik Malaysia. Kena beli banyak2 ni.....

Thursday, December 30, 2010

internet connection slow giler pagi2 buta ni....

Aku masih jetlag ke lagi? Amenda tu jet la?. Sebelum ni aku tak pernah tau pun pasal jet lag. Ye laaa, aku kan tak pernah naik kapal terbang. Kesiannya aku. heheheheh. Tapi sekali dapat naik, terus jauh perginya. Jom kita cek kat wikipedia amenda jet lag tu:

Jet lag, medically referred to as desynchronosis, is a physiological condition which results from alterations to the body's circadian rhythms; it is classified as one of the circadian rhythm sleep disorders. Jet lag results from rapid long-distance transmeridian (east–west or west–east) travel, as on a jet plane.

A helpful way to minimize jet lag is to adapt to the local time and eat accordingly. Also, exposure to sunlight during the day is helpful.

Katanya exposure to sunlight during the day is helpful... Sunlight pun macam bawak diri ajer musim2 sejuk ni.

Akibatnya, inilah jadinya. Orang tidur, aku berjaga ngadap internet. Nak ngadap tv, sepatah haram pun tak tahu amendanya dia mengarut. Siang karang jam 3 petang, mulalah aku nak tidur. Pukul 3 pm kat sini dah pukul 10 malam kat Malaysia. Pukul 6-7, aku pun berjagalah. Masalah besar ni. Kt Shah Alam pun masalah tidur, kat sini pun masalah tidur gak.

Semalam , suamiku ke Paris ngan bossnya untuk urusan kerja hingga hari Jumaat.
Pagi dalam pukul 10,  aku keluar ngan Cora, Ira anakku , Wina, Kak Yah  dan Ina untuk ke pasar. Beli sayur sikit and juga buah2 sikit. Aku beli gak buah avocado walaupun ada kat malaysia tapi tak pernah rasapun. Kat sini, murah gak avocadonya, dalam 2 euro untuk 4 biji. Yang buat mahal arini sebab aku beli buah laici. Anak dara kecik ni nak makan buah laici la pulak. Cari anggur, hari ni tak de yang murah. Selalunya dalam 2 euro boleh dapat anggur sekilo. Pastu, dia mintak pulak tomato ceri. Tu pun dalam 2 euro gak. masalah time membeli belah ni macam itik cakap ngan ayam la. Nasib baik Cora ada. Pandai gaklah dia cakap Perancis.
limau besar2 ni kalau tak silap, 1 kg dlm 1.50 euro

laici. sekilo 3.95 euro.
buah tomato ceri
mari2 beli buah lai, 99 sen ajer sekilo.
punya la ramai orang beli buah.
 Lepas tu, kami ke Paris Store untuk meneruskan aktiviti memenuhkan dapur rumah. Aku beli udang frozen, sotong frozen, daun limau purut, susu pekat manis (mahal gak susu ni, padan muka aku tak bawak stok banyak2 dr Malaysia), kulit popiah, apa lagi yeee, aku pun dah lupa. Semuanya dalam 27 euro.

Tadi kat pasar dah habis dalam sebelas euro. Kalau convert duit Malaysia ni, dah dekat 150-160 hengget dah aku belanja. Mak oooiiii, mahal tu.

Harleena, jangan convert.................... jangan convert.

Mana boleh tak convert, elaun sini belum dapat lagi. Still belanja ngan duit RINGGIT MALAYSIA tau. Aduhhh. Harap2, dapatlah stok ku bertahan 2 minggu. hehehehe.

Ambik kau, berbundut2 beg kita orang, penuh kat belakang tu.
Beg plastik biru tu nampak cam tahan lasak. Beli masa nak bayar tadi dengan harga 1 euro. 
Kalau rosak or koyak, boleh ajer ditukar kat kaunter tu.

Wednesday, December 29, 2010

Rahsia Surah Yassin ayat ke-58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
 "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
 ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
 kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
 kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
 
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
 makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
 
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
 
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
 kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
 
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
 makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
 

AMINnnnn.
 

Kebaikan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
 

Mengeluarkan racun


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.  


Tuesday, December 28, 2010

Barang dapur

Gula kat rumah dah nak abis. Niat di hati nak cari gula, kalau tidak, besok sarapan ajer la ngan air sejuk. So, dlm pukul 10, keluar dengan suami kesayangan ke kedai untuk beli bekalan dapur sebab 29hb ni, suami aku tak de. Nak ke Paris selama 3 hari untuk urusan kerja.

Aku lupa laa apa nama supermarket yang aku pergi tu. Besar juga, tak perasan ada berapa tingkat. Masuk2 ajer pintu, lalu bahagian yang jual minyak wangi. Kat sini, boleh ajer nak test mana2 minyak wangi. sembur ajer kat badan jenama apa pun. Macam2 jenama ada.

Barang2 dapur ada kat tingkat bawah. Ni antara barang2 yang aku beli.


Seraga penuh barang yang dibeli termasuk sabun baju, saghetti,roti dua buku, buah limau ngan kiwi serta pisang, bihun, fresh milk dalam botol, keropok Lays, cheese ngan thai cili sos..Semua barang yang dibeli tu tak sampai 27 euro. Kalau aku gi maidin beli barang yang sama, rasanya mau dekat 40 hengget. Bagi aku, kira okey laa harga barang2 makan kat sini. (pls don't convert sebab kehidupan disini pun dah guna currency sini). Antara harga barang2....
bihun mahal gak kot, dalam 2 euro
spagheti dalam 67 sen ajer for 500 gm.
 keropok lays ni kalau tak silap mahal gak harga kat Malaysia. Kat sini dalam 1.16 euro
Pisang ni harga standar Mymaidin. 1kg dalam 1.60 euro tapi limau ni 1kg hanya dalam 1.45 euro.


Jenuh gak nak membeli barang2 cam roti or cheese sebab nak kena baca bhn2 dalam benda2 tu.
Lepas membeli barang2 tu, terus balik apartment. Rupa2nya benda yang nak dibeli tak dibeli. Aku lupa jugak nak beli gula.

Monday, December 27, 2010

26hb Dis 2010

Sarapan apa agaknya pagi ni. Buntu2. Teringat dalam peti sejuk ada turkey yang dah dibuat gaya nugget dan dibubuh cheese ditengah2. Maka, itulah hidangan sarapan pagi ni disamping scramble egg dan roti serta red beans yang dimasak bersama cili sos.

25hb Dis 2010

Hari ni hari Krismas. Masih tak keluar ke mana2. Tengahari ni ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah. Cora namanya. Aku kenal di FB. Untuk hidangan tetamu, aku buat samosa daging. Dalam jam 3 lebih, Cora datang ke rumah dengan suaminya Iqmal dan anak2 seramai 4 orang. Seronok dapat berjumpa orang Malaysia di perantauan dan dapat menjadi teman. Terima kasih buat Cora yang sudi berkunjung ke apartment kami.

Sayangnya, dalam kesibukan bersembang, terlupa nak tangkap gambar.

24 dis 2010

hari ni merupakan christmas eve. Kami hanya melepak di rumah ajer. Kat sini, masalah juga buat aku kerana petang ajer dalam pukul 3-4 lebih, aku mula nak tidur. Then, malam aku berjaga. Hari ni, aku buat nasi lemak. Gi kedai cari santan. Yang ada hanya santan dalam tin dan bila dibuka tin tu, santan dah beku. Terpaksa aku bancuh ngan air untuk dibuat nasi lemak.




santan beku
Alhamdulillah, kat tempat orang sedap ajer makan walaupun ala kadar. Nasi lemak hanya di potong2kan halia sebab daun pandan tak de.
Malamnya, kami keluar untuk dinner di luar. Punyalah sejuk cuaca kat luar. Makan malam ni, kat kedai kebab.





Jalan-Jalan

Hari ni hari ketiga aku berada di bumi yang amat asing buatku. Cuaca memang sejuk tapi still tak ada snow. Sepanjang hari hujan. Pukul 10.00 kami dijemput agen di sini, Kay namanya. Kami pergi berempat dengan Kak Yah, wife boss suami aku, Wina dan Ina (serupalah pulak nama) Merata gak gi, mula2 gi ambik kunci rumah kat office dia. Then, gi tengok rumah.

 Ni semua gambar2 dari luar rumah. 
Nanti bila dah pindah masuk, aku akan updatekan lagi gambar.

Sambung citer lagi. Lepas tengok2 rumah, kami dibawa ke Alinea untuk jenguk2 perabut pulak. Alinea ni macam IKEA gak.

Mulalah aku menulis apa yang diperlukan dalam rumah baru nanti. Sebenarnya aku memang tak minat home deco ni apatah lagi memilih-milih perabut. Selalunya Suami aku yang pandai benda2 cam ni. Geram rasanya disuruh survey perabut ni. Lunch pulak kami makan berdepan ngan Alinea ni. Kami makan kat KFC Blagnac. Kami diberitahu KFC ni halal. Aku makan salad ayam ngan air pepsi dengan harga 6.95 euro.


Habis makan, kami ke Alinea lagi sebab ada yang tak settle lagi. Selesai di Alinea, Kay membaya kami  ke Paris Store pulak. Memang ramai orang kat situ. Kat situ ada jual  macam2 benda yang tak de kat kedai2 lain cam serai, cili api even daun pisang pun ada. Tapi kalau disuruh pergi lagi ke Paris Store tu, rasanya tak reti dah aku nak pegi. Entah tang mana pun aku tak tau.

Hari kedua di Toulouse

Hari ni, suami aku mengajak aku ke town toulouse untuk tengok handphone yang nak dibeli. Mula2, naik Metro (tram). Tambang untuk sehari perjalanan ialah 5 euro untuk sorang. Punyalah ramai dalam tram tu. Turun tram dan naik pulak train. Turun train, naik pulak shuttle bas untuk ke shopping complek ni. Sori, satu nama tempat pun aku tak tahu. Aku main ikut ajer.

Kat kedai hp, kami sambar 2 hp. satu blackberry torch dan satu lagi iphone. Harga yang perlu dibayar ialah 300 euro untuk dua phone tu dan kena sign contract 2 tahun yang mana bulanan pula dalam 49 euro untuk satu phone.

Jeng3...

heheheh, tak sempat nak snap gambar lagi. nanti aaarrr.

Friday, December 24, 2010

Flight to Toulouse

Hari ni, 21hb Dis 2010 tibalah tarikh untuk aku dan Shuhada berangkat ke Toulouse, France. Beberapa hari ni memang aku sibuk gila especially sehari dua sebelum tarikh 21hb ni.  Sebelum berangkat ke KLIA, aku sempat diziarah oleh jiran2. Thanks buat kalian yang sudi menjengukku buat kali terakhir sebelum meninggalkan Malaysia buat beberapa tahun.


gambar2 yang sempat disnap bersama2 jiran Nusarhu. Terima kasih buat semua kerana sudi menjengukku.

Lebih kurang jam 6.45, kami pun berangkat ke KLIA. Aku yang memandu sendiri kereta Matrik dan tiba di KLIA setelah mengeluarkan beg, aku serta adik2 iparku mencari tempat parking kereta. Di dalam KLIA, abangku Jeffry dan adikku serta isterinya telah sedia menunggu. Sebenarnya perasaan berdebar2 sentiasa ada dalam hati memandangkan ini merupakan kali pertama buatku dan anak menaiki kapalterbang. Semasa check in tiket, aku ada menyatakan bahawa aku tak pernah lagi menaiki kapalterbang lantas dia mensyorkan agar aku diberikan seseorang untuk assist aku sehingga menaiki pesawat. Alhamdulillah, kalau tidak rasanya sesat larat aku dalam KLIA tu. Mula2, aku singgah dulu dalam kedai bebas cukai untuk beli rokok dan coklat. Then, kami dihantar ke Golden lounge untuk makan. Aku hanya minum teh tarik dan Shuhada memesan Mocha iceblended.  Kami masing2 memesan soto ayam dan mee tomyam. Tom yam punyalah teramat pedas. Terasa pedih bibir ku. Soto pun aku tak berapa nak makan. entahlah, tak berapa lapar rasanya perut ini. Dalam pukul 11.15 wanita yang menjadi assist aku menjemput kami dan dihantar terus ke dalam kapal terbang. Tak sempat nak ambik gambar dalam kapal terbang tapi tahniah buat pramugara dan pramugari yang memberi layanan amat mesra buat kami berdua.


Dalam kapalterbang, kami dihidangkan sate (walaupun aku dan shuhada menolak untuk makan malam). Kami masing2 hanya makan 2 cucuk seorang sebab masing2 terasa pening. Sepanjang malam dalam kapalterbang, aku tak boleh tidur hingga diajak berbual oleh seorang pramugara yang namanya David. Malah dia juga mensyorkan aku minum teh cammomile supaya aku boleh tidur. Aku setuju ajer sebab nampak dia beria2 tapi malangnya aku minum teh dalam terpaksa sebab teh tu teh herba tanpa gula. Mana aku pernah minum teh tak bubuh gula.  Aku ni kan hantu manis.. Jenuh gak aku minum tapi setakat suku cawan ajer.

Perjalanan dari KLIA ke Amsterdam mengambil masa 13 jam. Tiba di Amsterdam dalam pukul 6.15 pagi dengan suhu -9 C. Turun dari kapalterbang, terus cari tempat untuk check in tiket ke Toulouse pulak. Yang buat aku panik bila wife boss aku, kak Yah tunjukkan tiket untuk dia dan anaknya ke Toulouse. Bila masa pulak Kak Yah dapat tiket ni? Rupanya masa check in kat KLIA, Kak Yah dah dapat dua sekali tiket. Satu ke Amsterdam dgn MAS dan satu lagi ke Toulouse dari Amsterdam dengan pesawat KLM.

Beratur kat kaunter untuk check in, punya la ramai orang. Kat kaunter tu, aku tanya kat mana nak dapatkan boarding pass. Mamat keje tu kata, gi ke kaunter T2 lepas pemeriksaan immigresen tu. Aku tengok kat kaunter T2, mak oooiiiii, punya la ramai orang beratur. Adalah dalam 100 orang agaknya. Nasib baik sempat tanya kat somebody yang bertugas kat situ. Katanya, tak yah beratur kat situ, just pergi kat gate kapalterbang yang nak berlepas tu. Alhamdulillah, dapat gak aku boarding pass tanpa ada apa2 masalah. Jam time tu dlm pukul 8.00am. Agak lama gak nak tunggu next flight. Dalam pukul 9.15, masing2 sibuk keluar untuk naik shuttle bas ke kapalterbang. Time keluar dari bangunan tu, rasa nak beku tangan. Turun dari bas, terus masuk dalam plane. Dari dalam kapalterbang, boleh nampak lapangan terbang Amsterdam putih ajer dipenuhi salji.

Kami tiba di Toulouse dalam pukul 11.45. Yang buat lamanya sebab nak ambik beg. Kat luar, suamiku serta dua anak sedia menanti kami bersama agent yang menguruskan penginapan kami.

Jom layan gambar2 kat airport.


Monday, December 13, 2010

BORING

Hari ni, 13hb Disember 2010. Ada lagi 7 hari untuk aku berangkat ke Toulouse untuk bersama2 dengan suami dan anak2ku. 

Makin dekat harinya, makin malas rasanya untuk aku mengemas segala barang2 untuk dibawa pergi dan mengemas rumah yang sememangnya semakin bersepah2. Pagi2 ni, aku dan shuhada ke kedai mamak di bukit jelutong untuk bersarapan. Selalunya aku makan tosei tapi hari ni ubah selera. Nak try puri pulak. Shuhada makan maggie goreng tapi tak makan habis pun sebab sakit perut. Apa lagi, bungkus laaaa. Lepas sarapan, aku terus hantar shuhada ke Kota Damansara, ke rumah Nurisha. Bapa Nurisha ambik alih tugas selanjutnya untuk bawak anak2 ke Berjaya Times Square. Aku terus ke Cosway di Subang Perdana untuk beli beberapa barang, antaranya minyak hitam. Then, terus ke bengkel kereta di TTDI Jaya untuk servis kereta. Lepas servis kereta, aku terus ke Mymaidin Bukit jelutong untuk beli beberapa barang lagi antaranya kopi hang tuah, milo, honey star, rempat segera kari ayam maggie. Semuanya untuk di bawak ke Tolouse. Aku juga mintak kotak kosong untuk kuisi barang2 yg nak di bawak ke sana.

Balik rumah, malas pulak nak mengemas, jadi aku ngadap laptop and tengok tv. Sampailah ke Maghrib, Shuhada mengirim sms mengatakan dalam perjalanan balik ke Kota Damansara. So, lepas ni, aku pun nak ke sanalah untuk ambik anakku balik. For lunch tadi, aku makan maggie goreng tapau breakfast pagi tadi. Alhamdulillah, kenyang gak. For dinner, tak tau la lagi nak pekena apa pulak. Okey, stop dulu. aku nak bersiap2 untuk ambik Shuhada.

Lupa pulak, semalam aku dah gi ambik kereta Atoz kat Auto Destiny dan aku bagi adik ipar aku guna. Untuk apa pun kalau kereta tu ada kat sini, bukan aku boleh pakai pun dua2 kereta sekali.