terima kasih sudi follow

Monday, January 31, 2011

Barang Kontena Sampai

Rasanya lama gak aku biarkan rumahku ni bersarang. Lama betul tak update padahal macam2 benda yang ada dalam kepala hotak aku ni. Aku citer laa apa2 yang teringat dek kepala otak aku yang dah makin hari makin hilang keupayaan mengingat. Hari rabu minggu lepas, rasanya 26hb Januari 2011, barang2 kontena yg aku bawak dari Malaysia sampai ke destinasinya iaitu di rumah
 baru yang bakal aku duduki. Kelakar giler rasanya sbab setakat ni, hanya barang2 ajer yang boleh masuk rumah tu. Kami semua tak boleh duduk lagi disebabkan masalah kewangan yang masih tak settle2 lagi. Apa nak buat, terperap lagi la aku kat apartment ni.

Pagi2nya dalam pukul 7.30 pm, aku dan suami menumpang kereta Sjn Hailmee dan isterinya untuk ke Mondonville menunggu brg2 kami sampai dan akan disimpan dalam rumah dulu. Cuaca pagi ni punyalah sejuk hingga aku jenguk kat pool aku tu dah jadi ketul ais lapisan atasnya.

tak tau laa nampak tak air yang dah beku ni

 Nak jadi citer pulak, letrik tak de so terpaksalah barang2 tu diletakkan dalam garage tanpa diunpackkan oleh pekerja2 tu. Tapi kotak yang tertulis pakaian semuanya aku suruh letak kat tingkat atas. Ada lebih kurang 56 kotak gak barang2 yang aku bawak. Semua kotak kami check sama2 utk memastikan tiada yang pecah atau rosak.


boss tgh bg arahan nak letak kotak kat mana

3 comments:

Anonymous said...

kak, barang dah sampai ke? saya dah lebih 2 bulan masih tak sampai2... tktau lah kat mana dah barang2 tu.

Anonymous said...

eh, rumah ada swimming pool tu... wajib saya pergi summer ni.

harleena said...

Nije: Alhamdulillah, barang dah sampai siap dah masuk rumah lagi.Tuan rumah yg nak menyewa ajer tak boleh masuk rumah.
Summer ni datanglah, jgn tak datang...