terima kasih sudi follow

Wednesday, January 12, 2011

Hari pertama persekolahan

hari ni 5hb Januari 2011 pagi2 lagi bawak anak2 ke sekolah. Jauh gak sekolah dari apartment yang kami duduk ni. Mula2, naik Metro. Turun kat Arenes dan naik bas no. 64. Punya lah ramai orang dalam bas, berhimpit2. Aku sampai rasa nak termuntah sebab kepanasan. Dekat sejam baru sampai ke penghujung bas. Kat situ, kami ditunggu Kay untuk dibawak ke sekolah yang jauhnya dalam 700 mtr dari bas stop yang tempat kami turun bas tadi. Pagi ni, cuaca punya la sejuk. Masing2 mengiggil. Sampai di sekolah, kami ditunggu oleh guru2 kelas anak2. Hanif masuk year 9, Ika year 10 dan Shuhada year 11. Di sebabkan hari ni hari rabu, waktu tamat sekolah ialah jam 12.30 tgh so, lepas hantar budak2 gi sekolah, aku, suami aku, Maziana dan Kay serta Kol Amin ke Mc D berdekatan utk breakfast. Masing2 memesan menu ikan dan fries. Kemudian, kami gi survey barang elektrik di kedai letrik berdekatan. Dalam pukul 12, kami ke sekolah untuk mengambil anak2 balik. Sempat belikan fillet o fish untuk anak2ku. Kami balik bawak anak2 naik bas ke Arenes dan naik Metro ke Joun Jaures.





sempat bergambar lagi sebelum gi sekolah

Bas untuk ke sekolah



menu kantin

kelaparan selepas tamat sekolah


3 comments:

Pn. Liza Mahmood said...

Tak pe le na, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian... Eh, best btul bebudak tu x payah pakai uniform ek...

harleena said...

Tang tu ajerlah yang best. Yang tak bestnya, habis sekolah lambat. Pukul 4.30 baru habis kelas. Smpai rumah dah dkt pukul 5.40.

shida said...

samapi ptg....abis mkn cm ne kak ina.....kesiannya tgk msg lapar....