terima kasih sudi follow

Tuesday, August 9, 2011

Menu Ramadhan

Hari ni dah 9 Ramadhan bersamaan 9 Ogos 2011. Dah 3 hari aku tak berkesempatan mengupdate blog aku ni... Sibuk ngan urusan harian. Bila malam lepas berbuka pulak dah hampir jam 10.00 pm, aku mula lah letih. Idea langsung tak mengalir dan mood malas pun melanda. Pagi2 seawal 3 am, aku dah terjaga. Lepas sahur terus tak boleh tidur hingga suamiku ke ofis. Then, barulah aku tidur. Akibatnya hampir jam 11.00 am baru aku bangun. Hari ni aku kerajinan sikit, so nak share menu2 yang dah terlepas beberapa hari...

Menu 5 Ramadhan
Hari ni aku masak nasi goreng cendawan sotong ajer makan ngan sup ayam. Then for dessert, aku buat puding cocktail ngan pengat pisang... Resepi akan menyusul...

puding fruit cocktail


lepat pisang

Menu 6 Ramadhan
Anak aku request suruh buat mee bandung. Aku tak reti sangat buat mee bandung tapi buat juga. Alhamdulillah, mee bandung menggunakan spaghetti tu laku gak malam ni... For dessert, aku buat apam salju ngan samosa daging.

mee bandung sempoi



1 comments:

Yaati Nor said...

salam pekenalan..sedap je nampak me tu..klu mee bandung dia nampak merah sket kot..ada telur..sedapnya..ni yg mcm nak buat nie..