terima kasih sudi follow

Friday, November 4, 2011

Ice Skating

Cuti sekolah ni memang tak pergi jalan mana-mana tapi kami sepakat untuk pergi main Ice Skating di Patinoire yang terletak betul-betul berhampiran dengan stesyen Tram Patinoire. Maklumat tentang harga, boleh lihat di sini
Mula-mula tu saspen juga, boleh ke aku main ni. Boleh berdiri ke atas kasut berblade tu. Masing2 memang tak pernah main ice skating lagi sebelum ni kecuali Syafiqah yang pernah bermain skating bersama teman-temannya di Sunway pyramid.

Masuk ajer ring ice skating tu, kami bermain di tepi2 bertemankan tembok. Asal nak jatuh, tembok jadi penyelamat. Aku yang mula2 jatuh terduduk dahulu. Kemudian, bila agak boleh skate, kami pun mula masuk ke tengah kecuali Syakirah dan suamiku. Ketika ni, sekali lagi aku terjatuh bila hampir dilanggar oleh budak french. Masing-masing kat sini memang dah pandai main. Punyalah laju.. Kali ketiga aku terjatuh sendiri, tersembam ke depan tapi sempat aku tahan dengan tangan aku. Walaupun sempat tahan, tapi atas batang hidung aku ni luka berdarah gak. Belum citer lutut pun pecah darah gak. Begitulah seterusnya, aku jatuh dua kali lagi. Cukuplah 5 kali aku jatuh but that doesn't mean i'm not going to skate again... hehehehehe

Thanks juga buat anak2 angkat aku, Faqar, Daus n Hafiz yang sudi turun sekali bermain skating dengan kami.








stop jap, tengah dok ratakan gelanggang ais













2 comments:

~ AppLe BLosSoM ~ said...

wow seronoknya...satu family beriadah...;-)

shida said...

seronok...