klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, October 26, 2011

Renungan

 Sambil dok surf internet, aku berkunjung balas ke blog teman blogger. Tertarik dengan apa yang dikongsi di blog beliau. So, aku nak kongsi di sini. sumbernya dari sini


Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Happy Wedding Anniversary

Entri ni sepatutnya aku masukkan semalam tapi tak berkesempatan sebab aku sibuk scan gambar dan masukkan ucapan buat tersayang di facebook aku. Sebab apa? Sebabnya blog aku ni bukanlah menjadi bahan bacaan buat suamiku. Dia kurang minat surf internet apatah lagi membaca blog. Paling-paling pun, dia akan buka fb dan bolehlah aku tagkan nama dia kat fb tu. Anyway, ni ucapan aku buat yang suami tersayang:
Hoping that the love u shared years ago
Is still as strong today as it was
then bringing u much joy, love and happiness
How true my feelings were
I found out to be the best thing in my life
Was when you married me
Thank you my loving Husband
For the years we share
I know one thing for sure
We make a wonderful pair

Semoga perkahwinan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Happy 19th Anniversarry Sayang
kenangan bersama arwah umi di hari pernikahan

semoga kebahagiaan berkekalan ke akhir hayat


Monday, October 17, 2011

Rindu

Lama aku tak update blog kesayangan aku ni... Kekangan masa terus jadi alasan di samping aku ralit dok ngadap tv kat asyik tv. Hari ni, aku jengok blog sahabat dr Group Tak Pandai Masak di FB iaitu blog shiela . Baca pulak tentang cerita ibunya yang telah pergi mengadap Illahi. Tiba2 aku pulak yang sedih sambil menitis air mata. Bila sorang2 ni, mulalah layan mood sedih. Aku pun teringat gak kat arwah umi  aku, arwah mak mertua, arwah mak (makcik aku yang aku panggil mak) serta arwah Mummy (adik abah aku yang aku panggil mummy). Nampak gayanya, memang aku ni tak punya insan lagi yang layak ku panggil ibu, mak, umi or mummy.. Even baru2 ni, aku kehilangan makcik iaitu isteri abah aku yang juga telah pergi menyahut panggilan Illahi pada 3hb Oktober 2011 yang lalu. Aku pn nk kongsi lagu yg sama macam kt blog Shiela gak.


Tuesday, October 4, 2011

Roti Naan

Semalam, anak aku masuk fb katanya terasa nak makan roti naan ngan ayam tandoori. Aku, okey ajer walaupun tak pernah buat. Pagi2 ni, aku dan suami ke Marie de Toulouse dulu untuk hantar borang buat De sejour. De sejour ni macam kat pengenalan diri jadi bila gi mana2, tak yah lah bawak pasport Malaysia tu lagi.. Lepas tu, aku dan suami gi library nak tanyakan tentang kelas bahasa French. Sampai rumah pun dah dekat pukul 12. Kelam kabut aku nak nguli tepung untuk buat roti naan, takut tak naik sebab cuaca sekarang tak berapa panas. Ni laa hasilnya. Roti naan makan ngan ayam tandoori dan kuah dhall frozen aku.

roti naan

makan ngan kuah dhall n ayam tandoori

ayam tandoori

Jom kita jenguk resepi roti naan. Resepi ni aku ambik dari blog http://jintanmanis.com/
Tapi aku ada buat pengubahsuaian sikit mengikut apa yang ada kat dapur aku.Resepi asal boleh tenguk kat link atas.

Bahan2:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum  - aku gunakan 350 gm tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam - air jgn bubuh semua, tengok tepung samada lembik atau tak.
2 sudu kecil yis - aku bubuh sepaket yis segera (11 gm)
1 sudu kecil baking powder
Cara2:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga lembut dan tak melekat di tangan. Aku uli guna mesin uli kenwood aku dalam 5 minit gitu..
- Bila jadi doh, bulatkan dan letak dalam mangkuk yang disapu ngan minyak sikit. Tutup ngan Cling wrap (plastik). Biarkan naik 2 kali ganda. Time ni, aku letak kat luar rumah, tengah panas. Tak sampai sejam, dah naik 2 kali ganda.
- Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 7-8 doh. Nak doh sama besar, timbang dulu dan bahagikan. Aku timbang dapat 700 gram jadi aku bahagi satu bahagian kepada 70 gram.
-Rehatkan lagi dalam 30-40 minit.
- Ambik satu doh dan gelekkan lebih kurang 2 cm ketebalan. Tabur tepung sikit supaya tak melekat kat papan pencanai,.
-Panaskan pan, bila dah panas, letakkan roti naan yang dah digelek tadi. Renjis sikit ngan air. Bila nampak kembung sikit di permukaan, bolehlah terbalikkan. Tunggu kedua2 belah masak dalam 5 minit.
- setelah masak, sapu permukaan dengan butter dan simpan dalam bekas bertutup.

Resepi Ayam tandoori akan menyusul nanti..