klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, November 30, 2011

Kek Caramel

Baru2 ni aku ada buat kek caramel. Percubaanku yang pertama.. Alhamdulillah, menjadi..  jom kita tengok gambar dan resepinya...



Kek Karamel

Bahan2:
Gula hangus
3 sudu besar gula pasir
Loyang 8 inci
-Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
-Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.
- biarkan  sejuk

Panaskan oven suhu 170C.
Bahan Karamel
3/4  tin susu cair
80 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur

- kacau susu dan bula hingga larut.
- Kacau telur  + esen perlahan2.
 - Satukan kedua2 bahan dan kacau perlahan.
- Tapis dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Adunan kek (bhn1)
70 gm gula
3 biji kuning telur
130 air
50 ml minyak masak

Adunan Kek (bhn 2)
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak bersama)

-putar kuning telur, minyak masak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna keputihan.
-Masukkan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
-Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang diayah tadi.
-Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga bergaul sempurna. Ketepikan..

Meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 st krim of tartar

-Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan krim of tartar.
-Terus pukul dengan speed tingga hingga kental (stiff peak)
-Masukkan 1/2 meringue dalam adunan tepung. Gaul secara kaup balik.
-Masukkan baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Letak pewarna (A, B dan C) - ikut suka warna apa
-Tuang 3 sudu besar warna A, 3 sudu besar warna B di tengah2 lapisan A dan 3 sudu besar warna C atas lapisan B. Buat hingga 3/4adunan berulang-ulang warna dari warna A, B dan C.
-buat pula sama yang sama dengan 2 sudu besar. Akhir sekali, dengan 1 sudu besar.


Bakar cara steam bath selama 1 jam. Bila masak, biar dalam oven hingga kek renggang di tepi2 loyang...

- bila sejuk, terbalikkan ke atas pinggan.
-Lap lebihan air gula yang meleleh di atas puding dengan tisu secara perlahan supaya kek tidak lembab dan basah.
-Potong kek bila kek benar2 sejuk dan hidangkan. Sedap makan sejuk2 selepas disimpan di dalam peti sejuk

untuk tengok cara step by step, boleh jenguk sini... sini
Tapi adunan dah di tukar dari adunan asal untuk bagi lapisan karamel tu tebal sikit...






Wednesday, November 23, 2011

Contest Senyuman Menawan Hati

Demi mengubat hati yang tengah marah, aku jalan2 melawat rakan2 blogger... Tertarik ngan contest ni... Jom join.. Aku join sebab nak support kekawan blogger... Maklumat lanjut tentang contest ni, korang boleh jenguk blog Arda


Gambar pertaruhan aku yang tak sepertinya... Aku ni jarang atau memang tak pernah senyum kalau bergambar... Jenuh aku nak cari gambar aku tersenyum...


Kat sini aku nak tag 3 orang.... 
 Bad

Betapa marah itu mainan syaitan

Tapi pagi2 ni yang bermula dengan tenang namun berakhir gak dengan terBAKARnya hati aku ni... Kalau boleh jerit, aku nak menjerit puas2..

Salah akukah? Akukah  yang  bersalah... Ya, mungkin aku yang bersalah. Bila kita marah ni, syaitan pun  seronok laaa. Lagi dia siram perasaan marah kita. Akibatnya, masing2 betekak di pagi yang damai ni... Salahkah aku tegur anak aku yang suka menjawab tu. Aku hanya kata, jawablah, karang jadi apa2 tak sempat mintak maaf... Salahkah aku berkata sedemikian... Bukan aku mendoakan pun, just nak menasihati dari sudut yang berlainan tapi aku juga yang dipersalahkan...

ARRRRRRRRRGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH Memang geram rasanya...

Ya Allah, siramlah api kemarahan yang membara ini... Aku hanya insanMu yang lemah..

Tuesday, November 22, 2011

Kenduri Doa Selamat @ Colomier

Entri terlepas
13 November 2011. Jiran aku yang baru berpindah dari Mondonville ke Colomier telah mengadakan kenduri doa selamat. Malam sebelumnya, ramai juga yang telah ke rumah beliau untuk tolong masak dan hari ini (ahad, 13 nov 2011) pukul 12.00 tengahari telah diadakan kenduri doa selamat yang dibawa oleh Azim... Memang ramai yang hadir.. Gambar2 banyak yang dah dishare dalam facebook. Hanya aku yang terlewat nak kongsi gambar2 semasa majlis tersebut.. seperti biasa kalau aku yang tangkap gambar, memang gambar aku tak ada la jawabnya.. hehehehehe.  Jom layan gambar...



























Pagi2 pekena nasi

Pagi-pagi pekena nasi... hehehehehehe, tu tandanya berat badan aku pun makin naik dalam musim sejuk ni... Pagi-pagi seawal 5.45-6.00 am, aku dah bangun buat bekalan untuk suami dan anak2. Semalam, aku masak gulai udang dengan sambal telur.. Bila semua dah keluar ke sekolah, aku pun pekena lah nasi pagi2 sejuk tu. Tengahari sebelum start final bola, aku pekena nasi lagi untuk lunch.
Pagi ni pun sama gak. Pagi2 lagi aku dah bangun untuk masak. Menu pagi ni, daging masak kicap dengan sambal kentang.. dan seperti biasa, aku pun sarapan gak ngan nasi jugak.. Aduihhhh, mana boleh tahan cam ni.. Sehari 3 kali pekena nasi, belum citer roti di antara nasi tu... Ish3. mau naik berat aku 4-5 kg abis winter nanti..

Menu campak2 aku pagi ni....

daging masak kicap
 Tak yah citer la kot camana nak masak daing ni. Sure semua dah tau and lagi terrer kot. Aku pulak, memang tak dak resepi, main campak2 ajer...  aku share sikit la resepi aku ni untuk tatapan anak2 aku nanti. Kot2 nak buat daging masak kicap... hehehehehe.
Mula2, blend la bawang besar, bawang putih ngan halia..
Kentang tu potong2 dan goreng dulu bagi empuk sikit..
Guna minyak goreng kentang tu, goreng daging sikit.. Angkat and ketepikan..
Pastu tumis la bhn yang blend tadi ngan kulit kayu manis ngan bunga lawang sampai berbau harum. Masukkan daging tadi. gaul rata.
Pastu, bubuhlah kicap, air asam jawa sikit.. tambah air sikit and bubuh lada hitam sikit... Masukkan kentang tadi. Gaul-gaul dan akhir sekali, masukkan cili merah yang dipotong2...

Taaaraaaaaaaaa, jadilah daging masak kicap..

sambal kentang
Jom citer pasal buat sambal  kentang pulak... Kentang tadi yang dah dipotong2 kecil tu (Potong macam nak buat wedges). Goreng dulu kentang tu..
Sebelum tu, blend bawang besar ngan cili kering... Kat rumah ni, memang bawang besar dah diblend siap2. begitu gak ngan cili kering. semua dah siap sedia dalam peti ais. Tunggu untuk digunakan ajer.
Asingkan kentang yang dah digoreng tadi..
Tumis cili kering ngan bawang blend tadi ngan sedikit minyak. Goreng sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula..
Bila semua dah seimbang rasanya, campurkan semula kentang goreng tadi. Gaul rata..
Siaplah sambal kentang aku...
Jom makan.....

Malaysia Juara

Sepatutnya entri ni aku masukkan semalam tapi seperti biasa, asyik tertangguh ajer... Banyak benda yang dah tertangguh untuk aku sharekan dalam blog aku ni... Bertahun punya entri pun ada sampai dalam iphone aku ni, beratus2 gambar yang masih belum dibuat entri lagi... Anyway, hari ni nak share entri pasal perlawanan bolasepak final sukan SEA antara Malaysia ngan Indonesia... Malangnya, aku tengok sorang2 ajer sebab anak2 di sekolah dan suami kat office ler.. Tak macam semi-final Malaysia vs Myammar aritu yang berlangsung hari sabtu. So, dapat tengok ramai2 dari laptop yang disambungkan ke tv. memang best... Semalam, aku sorang2 ajer lah menjerit sambil merungut ....

Alhamdulillah, akhirnya Malaysia menang juga walaupun hanya dengan tendangan penalti.. Aku pun pelik gak ngan Indonesia ni yang menjadikan Malaysia musuh tradisi padahal banyak lagi team dari Asia yang lain... Tak abis2 dengan dendam mereka pada Malaysia.... hinggakan pemain2 kita terpaksa naik kereta perisai Barakuda untuk pergi dan balik dari perlawanan...
barakuda yang akan membawa pemain Malaysia
 Apa2pun, memang TAHNIAH aku ucapkan pada Harimau Muda kerana berjaya membaham Garuda.. Rasa bangga sebagai rakyat Malaysia menyelinap ke segenap sanubariku... Jom kongsi  tendangan penalti yang membawa emas kepada Negara...


Pemain Malaysia menaiki Barakuda
Khairul Fahmi a.k.a. Apek, penyelamat dari sepakan penalti pihak lawan
kapten pasukan malaysia, Badrool
Tahniah HARIMAU MUDA

Monday, November 14, 2011

One of those days

Kadang2, ada waktunya kita akan terasa sunyi sangat... Terasa dunia ni kosong, terasa diri ini kosong, terasa tiada siapa2 di samping kita. That's what i'm feeling right now... Moga perasaan ini cepat berlalu..
Dalam perjalanan hidup seharian, terlalu rapuh hati ini... Maafkan aku bila hati tak sempurna mencintaiMu..





Thursday, November 10, 2011

How to measure butter

Selalu kalau surf internet utk cari resepi especially kek, mesti jumpa measurement dalam bentuk cawan.. Takkan butter tu nak bubuh dalam cawan pulak... 1 stick of butter tu berapa gram? Sama cam butter kita kat Malaysia ke yang 250 gm tu? So, kita aku nak share How to Measure Butter..


Perasan tak butter yang 1 stick ni sebenarnya bukan 250 gm tapi hanya dalam 113 gram ajer..
So, lepas ni, bolehlah guna table kat atas tu...

Puding roti

Resepi puding roti ni aku berhutang dengan adik ipar aku, Ilia Ahmad. Dah lama dia minta, baru kali ni aku berkesempatan nak kongsi dengan dia dan sesapa yang teringin nak cuba... Puding roti simple ajer, aku main campak-campak ajer.

PUDING ROTI
bhn-bhn:
8 keping roti
butter
500 ml susu cair/susu UHT
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

cara-cara:
1. Sapu roti dengan butter. Gunting bagi kecil (dalam 6 bhg, ikut suka). Masukkan dalam loyang.
2. Pukul gula dengan telur. Masukkan esen vanila. Masukkan susu, gaul sebati.
3. Tuang adunan telur dan susu tadi dalam loyang berisi roti. Biar roti terendam sekejap dalam 10 minit.
3. Bakar atau kukus dalam 45 minit atau hingga lidi yang dicucuk keluar bersih.
4. Kalau nak kukus pun boleh gak.
Jangan lupa sapu butter dalam loyang..


Asyik tv

Lately, aku ni ralit sungguh dok tengok siaran tv Malaysia kat asyik tv. Kadang-kadang sampai tak jadi keje dah kat rumah ni. Lebih2 lagi bila dok ikut citer Soffiya ngan Cinta Elisya... Soffiya pun dah abis, macam tak de citer menarik la pulak.. Ni bukan nak citer pasal Asyik tv tapi pasal 'bonus' yang aku dapat dari Asyik tv sebagai top 10 fan... Chewah, macam tak percaya pulak. Nampak sangat aku tak de keje, dok ngadap Asyik tv ajer.. hehehehehe.. Jom tengok carta ni:
Dapat jadi top 3... Seperti yang dijanjikan oleh pihak Asyik tv, top 1-5 akan dapat 'duit raya' sebanyak RM100.00 manakala top 6-10 akan dapat
Alhamdulillah, sapa nak bagi duit free kan.. Rezeki Allah juga ni...
Yang penting, aku dapat tengok channel Malaysia dan dapat duit at the same time.. Siap tengok perlawanan bola sukan sea lagi aritu, Malaysia lwn Singapore, then Malaysia lawan Thailand..
Yang paling best, dan lain dari online tv yang lain ialah function rewind button. Macam Anugerah Seri Angkasa aritu. Anak2 balik sekolah bila Anugerah tu dah tamat tapi nasib baik ada rewind button, so boleh tengok semula anugerah tu... 

Rahsia Yahudi Mendidik Anak

Rahsia Yahudi Mendidik Anak..

Sumber : www.iluvislam.com
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri?

Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa 
hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang 
setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan
kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali
saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano
dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan
masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya
kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikan. Oleh kerana
saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang 
melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya.

” …sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami… 
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat 
latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang 
saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau 
gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut 
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung 
dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung
mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap udangan
yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama jika ada ikan.
Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang
pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi,
anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan 
memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-
buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah 
untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah
Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin  dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes
ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak
(bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis 
yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)
Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan
anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata
mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah 
suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami 
nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu 
bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran 
muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu 
terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya
dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik 
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. 
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di
California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!!!

Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang
diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman
saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu
perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan 
negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah).  Disini
murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi
tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya. Anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan 
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta designLevis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? 
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen
dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada 
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala.
Perlakuan ini dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 
Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala 
dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah 
ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).
Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu 
mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk 
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan 
memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi 
akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka
menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah StarbuckDell computer
Coca-colaDKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut 
dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan
Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri
dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di
New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang 
bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan
masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu
melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping
mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah
makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik
sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan
otak mereka.

Demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti
memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan
generasi yang moron (lembab) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikuti
generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali,
disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok
dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan 
perbelanjaan sehari untuk makan anda!!Saya puji sekali sikap pemerintah
Singapura!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya 
negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi 
lembab, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat 
sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera
terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh
sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Di tangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? 
Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga
ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan
ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?
Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan 
perubahan. Dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya
memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya
saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9
tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh.
Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak 
dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal 
batasan bangsa.

Tuesday, November 8, 2011

Sambutan Aidil Adha - 6 Nov 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Adha sekali lagi di buat di rumah aku di Mondonville. Asal perancangan, sambutan kali ini nak diadakan di rumah baru Maziana di Colomier tapi malangnya, masih banyak yang blm selesai so program ditukar ke rumah aku. Sekali lagi jugak, aku dengan berbesar hati menjemput kenalan dan anak2 yang berada di Tolouse untuk sama2 meraikan hari raya Aidil Adha kali ini..

Seperti biasa, jamuan raya kali ni pun secara pot luck. Bak kata suami kesayangan aku, ni bukan open house aku tapi open buat utk semua orang sebab masing2 bawak juadah sendiri. Aku hanya sediakan tempat utk berkumpul ajer.. Jamuan aku sendiri, aku sediakan ketupat nasi segera, kuah kacang, rendang dendeng dan pulut kuning serta pulut biasa. Suami aku yang request pulut biasa dan santan pun sikit ajer...
Malam raya pulak, anak2 angkat yang perempuan terdiri dari student2 sini bermalam di rumah aku. Thanks buat kalian yang tolong umi masak hingga ke jam 1.30 am. Malam tu, kami sempat buat chocolate chip cookies. Dapat dua orang anak angkat lagi dari Marseille, Farah dan Sabarina... Kalau free, nanti datang lagi rumah Umi, yer....

Ucapan jutaan terima kasih buat suami dan anak2ku kerana tolong settlekan rumah setelah majlis selesai... Agaknya, aku banyak sangat berdiri dari malam tadi membuatkan aku rasa sakit di bahagian bawah pinggang. Seusai majlis, aku terpaksa berbaring sebentar dan tertidur. Bila aku terjaga, rumah dah selesai di vaccum oleh Hanif dan suami serta shuhada dan syafiqah telah settlekan bahagian dapur. Thanks again...

Malam sebelum tu, aku tak dapat tidur dan pada malam raya pulak, aku tidur dalam pukul 3.00 am dan terjaga dalam pukul 4.30 am. Aku bangun seawal 5.00 am utk masak rendang dendeng dan pulut kuning. Nasib baik malam tadi, dah sempat goreng daging untuk rendang tu. Thanks buat Fara, Riby dan Feeza yang menolong aku dalam proses pembuatan rendang dendeng..
Jom layan gambar2 dari iphone aku... gambar2 ni memang tak ada kat fb..
gambar dari fb Athir

antara jamuan yang ada hasil potluck

antara yang hadir

Sabarina dari Marseille






Athir dari Marseille bersama Ali Hassan

Aku bersama Riby

Nasi Tomato dari Kak Yah

Pulut kuning dan pulut biasa serta kuah kacang dan rendang dendeng











New addition to Toulouse, Abie with my beloved husband



  

All the guys

All the ladies




Antara yang hadir



gambar penutup, anak daraku yang bongsu, Syakirah