terima kasih sudi follow

Thursday, February 9, 2012

Donut Pesona

Resepi donut ni aku buat minggu lepas... Namanya donut pesona, jangan ditanya kenapa namanya donut pesona. Resepi yang memang dah lama tersimpan dalam buku resepi aku yang aku dapat masa dok Malaysia lagi. Aku dapat resepi ni dari group F & B di Forum Cari. Memang aku selalu buat resepi ni walaupun ada resepi yang lain sebab aku suka kelembutan donut ni.. Maaf tuan punya resepi sebab aku sebenarnya dah terlupa siapa yang empunya resepi..
donut untuk difrozenkan

dalam kuali



DONUT PESONA

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sb gula kastor
11 gm yis (sebungkus)
2 sb air suam
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
3 sb mentega
1/2 sk garam
1 1/4 sk bread improver (optional)

Cara-cara:
1. Larutkan yis dalam air suam dan apabila pekat, pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Pindahkan larutan yis+susu ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, mentega, garam dan bread improver. Kacau sebati dengan mixer.
3. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya 30 saat. Tambah baki  tepung dan uli hingga rata (dlm 10 minit). (jika melekit, tambahkan sedikit tepung utk memudahkan ulian).
4. Tutup mangkuk dan biarkan naik (dlm 30 minit bergantung suhu). -spt biasa, aku letak dalam oven dengan memasang suhu paling rendah.
5. Apabila doh dah naik, uli sekali lagi hingga jadi pejal (dlm 5 minit).
6. Terap doh dengan acuan donut. Tabur tepung sedikit untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Sapu minyak sikit pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap dalam 30 minit atau hingga doh naik secukupnya.
8. Goreng pada api sederhana dan balikkan dengan kerap hingga kuning keemasan.
9. Untuk tujuan di frozenkan, goreng sebentar sahaja, memadai kuning pucat. Susun dalam tupperware dan bolehlah difrozenkan.


3 comments:

Ilia Ahmad said...

sdpnya..gebu2 donat kak ina..nk buat mcm xsmpat je ngn danish ni..

harleena said...

Ala Ilia ni, banyak alasan laaa. Masa dia tidur tu, buatlah.. pas tu, frozenkan. Nanti nak makan, boleh goreng balik.. Ni kak ina buat guna acuan kecik, jadi comel2 besar kuih keria tu... Nanti ada masa, trylah.. Tak payah beli dah. Kalau guna acuan kecik tu, banyak gak dapat.

Ilia Ahmad said...

insyaallah...ada msa ilia bt..ilia msk kang ni ikut selera isya..tgk dia ska sgt mkn puding..kuih2 lain dia tak suka