terima kasih sudi follow

Thursday, February 2, 2012

Menu arini 2 feb, 2012

Sempena turunnya salji pertama di Toulouse arini, aku buat Nasi Hujan Snow... hehehehe
Saja ajer nak kongsikan menu aku untuk hari ni.. Lauk utk Nasi Hujan Snow aku tu, aku buat ayam masak ros, gulai daging and my feveret-kerabu tomato... oopps, not to forget-papadom

nasi hujan snow, kari daging, kerabu tomato, ayam masak ros and papadom


kerabu tomato (gambar lama)
Jom belajar buat kerabu tomato. Aku mula rasa kerabu tomato ni masa aku gi kursus Frozen Food kat Institut Pertanian Serdang, Bangi. Semenjak dari tu, memang aku suka sangat ngan menu ni. Memang sedap. Resepi asal memang tak ada timun tapi aku letak timun. Kalau ada mangga, boleh gak campur sekali.

KERABU TOMATO

Bahan-bahan:
tomato - buang biji dan hiris
bawang besar - hiris
serai - hiris kecil
timun - hiris macam ulam laksa tapi besar2 sikit
cili api - hiris halus
ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng -buang kulit dan tumbuk kasar
jus limau
garam and gula

Cara-cara:
1. Masukkan tomato hiris, timun hiris, bawang besar, serai, cili api dalam mangkuk.
2. Masukkan jus limau, dan perasakan dengan gula dan garam.
3. Gaul rata.
4. Taburkan ikan bilis goreng dan kacang tanah di atas kerabu.
5. Siap untuk dimakan.

5 comments:

Mas said...

wahhh..sedapnya set nasi tu..
kena la ngan kerabu tomato tu..

umiyumi said...

Salam kak, sedapnyaa nasi dan kerabu tomato tu.. umi pun suka jugak. biasanya umi buat kerabu tomato makan dgn nasi daging..

Unknown said...

assalam kak,sedapnya menu akak ni..ada kerabu tu yg sedap tu.rajinnya akak ..saya lately ni sibuk ngan aktiviti ladies jer..malas tul nk main mskx2 hehe

kat sana pun dah turun snow yer tapi tak sebanyak sini bestla.kat sini byk sgt dgn suhu yg sejuk melampau pula tu.sabar jer la.

nqr said...

amboi nama nasik! ekkekekeke...

Ayu said...

Assalam harleena,
wah ada kerabu tomato & nasi hujan snow, ayam ros..memang lah complete set ni..ermm..dah lama rasanya kita tak singgah sini..salam maulidur rasul buat harleena & family ya..