terima kasih sudi follow

Sunday, March 18, 2012

Blogspot.com dah jadi Blogspot.fr

Assalamualaimkum. Dah beberapa hari aku nak masukkan sambungan ke 3 citer gi London tapi tak berkesempatan.. Dua malam lepas, bila aku bukak blogspot aku ni, aku terperasan url dah bertukar dari blogspot.com ke blogspot.fr. Widget follower aku pun dah hilang dan iklan Nuff pun tak boleh dipamerkan.. Saja ajer aku bubuh iklan Nuff tu sbb aku tengok ramai yang bubuh. Bukan dapat duit pun walaupun dah 2 tahun lebih aku dok tulis dalam blog ni. Setakat hari ni, adalah dalam 10 hengget tapi aku mmg pelik bila url aku dah bertukar ke fr pulak dah. Walaupun aku taip http://wadahharleena.blogspot.com tapi terus di direct ke http://wadahharleena.blogspot.fr
Aku nak kena alter apa2 yang patut laa ni..


 Sepatutnya, entri London dah selesai semalam tapi semalam memang sibuk. Bangun pagi, aku terus buat mee kuning sebab ada yang pesan. So, alang2 aku buat mee kuning tu, aku terus uar-uarkan dalam fb aku. Dapatlah beberapa order lagi. Selesai buat mee kuning, keluar rumah dalam pukul 14:50 untuk hantar Shuhada ke rumah kawan dia. Then, terus ke Paris Store beli barang2 dapur. Jumpa Ila kat situ dan aku pun bagi pesanan sekilo mee kuning dia. Lepas tu, aku ke Boucherie di Bellafontaine untuk beli barang2 basah macam ayam, daging, nugget, burger. Lepas tu, aku singgah hantar mee kuning kat Izzati pulak. Thanks Ila and Zati sudi membeli mee kuning yang akak jual.. Balik dari situ, singgah ke carrefour Beauzelle jap sementara tunggu nak ambik Shuhada dari rumah kawan dia dalam pukul 19:00. Balik rumah dan tak lama lepas tu, Maziana pulak datang rumah. Ambik mee kuning dan hantarkan novel yang anak2 aku pesan dari dia masa dia balik bercuti ke Malaysia aritu. Thanks tolong belikan novel tu. Keletihan, terus ketiduran...

Bangun pagi ni, aku buat kek coklat pulak sebab ada kawan yang pesan yang birthday anak dia. Lepas ni, aku nak buat mee kuning lagi sebab ada pesanan yang belum cukup.. Hari ni pun is a very bz day. So, aku stop dulu sebab nak settle banyak hal lagi hari ini. InsyaAllah kalau berkesempatan, malam nanti aku update lagi entri untuk hari ni..

1 comments:

shida said...

huyooo kak ina..best..mcm tempahan...