terima kasih sudi follow

Thursday, March 15, 2012

Jom kira sama-sama

Okey, sambung entri tadi pagi... Lepas settle ambik pinggan mangkuk kat tepi kubur... (ada ke tempat pertemuan kat parking cimetiere, ish3.), terus menghala ke sekolah anak2. Ada maths event yang mana budak2 sekolah ni buat event yang mak bapak pulak ambik bahagian. So, ada lebih kurang 14 meja yang  dan parent kena buat group masing2. Jawab setepat dan sebanyak mana yang boleh dari semua meja. Cik abang tu keletihan so, lepas anak2 masuk dalam pukul 18:45, aku pun join la jugak manakala cik abang tu balik rumah.. Biarlah dia rehat. Karang pukul 21:00 pm, dia kena datang ambik balik.. Mula2, memang aku ni macam kera sumbang. Tak dak geng. Sana-sini mat2 salleh. Bila masuk dewan utk diadakan taklimat, parent yang tak ada group di minta ke hadapan dan kami pun pilih la group masing2. Group yang aku join tu ada 2 pasangan. Satu pasangan india dan satu lagi pasangan cina. Kami namakan group kami Matrics.
ahli group aku, Matrics
Actually, bukan kami yang namakan tapi lelaki India yang dalam group kami tu yang namakan kumpulan ni.. Katanya, Matrics tu maksudnya mathemathic tricks.. Tak kisahlah apa2 pun.. So, kami bahagi dua pulak kumpulan kami ni supaya kami boleh cover semua meja dgn pelbagai kuiz dan soalan math.. Aku ikut pasangan cina ni. Ok gak dia ni.. Nama bini dia Tou dan nama laki dia Suey.. Bila masa dah tamat, kami bergabung balik dan disebabkan kami dah berpecah, so kami dapat siapkan semua soalan2 dari semua meja yang mengambil bahagian..

Bila keputusan diumumkan, cuba teka sapa yang menang.... Hehehehe, kumpulan kamilah yang menang sebab hanya kumpulan kami ajer yang dapat selesaikan semua soalan kat semua meja. Ada 14 meja semuanya dan paling banyak kumpulan lain dapat selesaikan hanya dalam 10 meja ajer... Dapatlah hadiah.. hehehehe... Cer teka kami 5 orang yang menang dapat hadiah apa: Ni diaaa...
cokelat Lindt utk dikongsi 
Tempat kedua ngan ketiga dapat coklat toblerone. Apa laaa IST ni.. nak buat benda2 cam ni, suruhlah Airbus sponsor hadiah ke. Minta 50 euro pun jadilah.. Belilah 5 ketul coklat ke dah tau satu group dalam 4-5 orang.. Tak per laaa. Yang penting, it was fun.. Jenuh guna otak nak fikirkan soalan2 math ni padahal aku mmg tak pandai kira-kira.. ok laaa. Cukup buat hari ni.. Besok sambung entri pasal London lagi.
Mr Noble, cikgu maths.




group photo

Meja yang dijaga oleh shuhada (masa ni, dah time nak balik)

Tak sempat nak snap gambar kat meja yang dijaga dek dua anak dara ni sebab
maknya sibuk  ngan competition


5 comments:

Unknown said...

Salam Yong

Ish ish ish....dahsyat naa....makpak kena perah otak semula...

harleena said...

Kak, sekali sekala perah otak, ok laa tu.. Kalau selalu, mau kena darah tinggi. hehehe

Geelong Dentists said...

HEllo.. greetings... have a great weekend.. Smile!!

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Kalau ada org Asia, Maths mesti boleh punya!

harleena said...

geelong Dentist, thanks..

Moh Kembara, Malaysia Boleh... hehehehe