terima kasih sudi follow

Tuesday, September 18, 2012

operasi mengUpdate blog- Spagheti Bolognaise

Salam buat pembaca yang rajin dok selak blogku ini. Rasanya dah terlalu amat lama aku biarkan blogku tanpa diurus. Biasalah, bila mood menghilang, hilanglah coretan2 dalam blog ni. InsyaAllah, aku akan mula update balik blog ni tapi memang banyak entri2 yang lama2 akan kumasukkan serta gambar2 yang dah berbulan2 tersimpan dalam hp pun akan ku simpan dalam blog ni.

Hari ni, hari kedua aku jadi drebar buat anak2 serta anak2 jiran depan rumah, menghantar ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 10 km dari rumah. Tak jauh sangat pun, lebih kurang jarak dari rumah aku di Bandar Nusarhu nak ke sekolah di Bukit Jelutong ajer tapi jalan kat sini, mmg sempit2. Kena pulak, aku ikut jalan kampung. Kalau berselisih dengan lori, memang terpaksa ku perlahankan kereta. Tak adalah peluang untuk aku sambung tidur selepas anak2 gi sekolah.. hehehehe. Apa nak buat, tanggungjawab perlu diutamakan.

cuaca makin hari makin menurun suhunya. Maklumlah, dah penghujung summer. Ramalan cuaca minggu ni adalah seperti berikut:


Ni pulak waktu untuk solat di daerah Mondonville ni.

Ok la, banyak pulak membebelnya. Semalam aku buat spaghetti bolognaise stail melayu sebab aku guna apa ajer bahan yang ada dalam dapur aku tu. Adik ipar aku ada mintak resepi so, ni kak ina share resepi dengan Ilia Ahmad. Buat tau, jangan tak buat. Selalu aku buat, aku pakai pes cam kat bawah ni tapi disebabkan tak ada, aku bantai ajer apa yang ada dalam dapur tu. Kalau Ilia nak buat, boleh ajer cari sos spaghetti kat supermarket.
 SPAGHETTI BOLOGNAISE My Style Seadanya
Sebungkus spaghetti - rebus and sedikit minyak zaiton or butter.
Toskan.

Kuah:
500 gm daging cincang
Sebiji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - dadu
cendawan butang - hiris
3 biji buat tomato (potong dadu)
cili sos
tomato sos
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
air dan tepung jagung (utk pekatkan kuah)

Cara2:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging cincang. goreng hingga daging bertukar ke warna perang.
3. Masukkan buah tomato. kacau dalam 2-3 minit hingga buat tomato sebati dengan daging.
4. Masukkan cili sos dan tomato sos. (kalau ada pes, masukkan pes bolagnaise)
5. Bancuh air dengan tepung jagung, tuangkan dalam kuah. Kacau sebati.
6. Masukkan cendawan butang atau apa2 sayur yang berkenan di hati.
7. Perasakan kuah dengan serbuk lada hitam dan garam serta sedikit gula.
8. Bolehlah makan panas2..

voilla, spaghetti bolognaise cara aku yang simple tanpa segala herbs dalamnya sebab tak ada.. Jadilah.. Masa ni ajer lah aku nak buat spaghetti bolognaise sebab kalau suami aku ada, dia tak berapa suka.. Enjoy..

2 comments:

Unknown said...

Salam Yong

ye la...lama sonyap....

Ilia Ahmad said...

tq kak ina..bleh la cba wat pasni..tu pn kene tgu time yus keje..dia x minat mkn ni..hehe