klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, March 28, 2012

Kuih Seri Muka sempena Hari Tanpa laptop


Salam buat mereka yang sudi menjengok ke blog aku ni.. Sepatutnya entri ni, dimasukkan malam tadi tapi disebabkan aku keletihan, tertangguh ke hari ni.. Ni pun aku bukak laptop kejap ajer, habis update blog, dgn berat hati aku terpaksa memaksakan diri tutup laptop sebab internet memang banyak menghabiskan masa aku.

Semalam, seharian aku tak on kan laptop, memang banyak yang aku buat. Seawal pagi seperti biasa, aku masak nasi, then aku buat sotong masak kicap dan goreng fish finger. Sebaik semuanya keluar ke sekolah dan pejabat, aku settlekan pinggan mangkuk yang banyak kat dapur tu, then aku basuh baju 3 round dan lipat baju 2 raga dan sambung menyambung lipat dari basuhan yang aku dah basuh tadi tu. Then, aku buat kuih seri muka.. Jap lagi aku kongsi resepi. Habis buat serimuka, aku buat pula keropok lekor dengan ikan makerel lebihan aku buat laksa masa birthday Syakirah dulu. Lepas tu kemas laa apa2 yang patut dikemaskan, bilik tidur dan hall serta dapur. Suami aku balik hantar anak2 dalam pukul 16:35 dan terpaksa keluar semula untuk ambil Shuhada dan Syafiqah yang balik sekolah dalam pukul 17:15 pm. Aku pun dengan setia, ikut menemani suami ambik anak2 balik dari sekolah. Baliknya, singgah Lidl Cornebarrieu dan Carefour market kat Mondonville. Sampai rumah, siap untuk makan nasi.  Dalam pukul 20:00 pulak, aku siapkan meja untuk minum petang tapi waktunya dah malam. Kiranya makan malam laaa dengan kuih serimuka yang aku buat tu. Keropok lepor aku simpan dalam peti ais untuk aku gorengkan keesokkan harinya. ( pagi ni). Malamnya pula, aku tolong anak aku buat kuih bakar untuk dia bawa ke sekolah. (Resepi akan menyusul nanti).
hi-tea jam 20:00
Kiranya, kalau aku memang tak on kan komputer, memang macam2 benda aku boleh buat tapi aku keletihan sampai tak sempat nak update blog. So, pagi ni aku nak update blog dulu, dua-tiga entri ke, then aku akan tutup laptop hingga esok pulak baru aku bukak balik.

Back to the Kuih Seri Muka.. Ni kali ke-3 aku buat tapi dengan resepi ni, kali pertama aku try. Resepi ni aku dapat dari blog Hairul.com . Bolehlah klik link tu kalau nak tengok resepi asal.




Kuih Seri Muka

Bahan-bahan lapisan bawah:
500 gm beras pulut
300 ml air
250 ml santan (aku guna santan kotak)
3/4 sudu besar garam
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan periuk pengukus
2. Basuh beras pulut. Kemudian campur semua bahan-bahan lain dalam loyang. Kacau hingga rata.
3. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Tutup tudung periuk dengan kain supaya wapnya
tak jatuh semula atas pulut.

Bahan-bahan lapisan atas:
150 gm tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
4 biji telur
180 gm gula pasir
500 ml santan (resepi asal 450 gm santan)
300 ml air paip
2 cubit garam
pewarna dan perasa pandan (warna ikut kepekatan yang korang suka)

Cara-cara:

1. Sementara tunggu pulut masak, campur semua bahan dalam blender dan blend semua bahan hingga sebati.
2. Lepas lapisan pulut dah masak, keluarkan loyang dan tekan pulut biar padat. Aku gunakan plastik untuk tekan hingga betul2 padat.
3. Tuang adunan lapisan atas dalam loyang berisi pulut.
4. Kukus lagi selama satu jam.
5. Selepas satu jam, bolehlah dikeluarkan dan disejukkan dahulu sebelum dipotong.

Nota: kuih seri muka yang baru masak akan nampak berair dan lembik. Aku guna tisu untuk buangkan lapisan berair di atas permukaan kuih. Jangan risan, once kuih dah sejuk, ia akan jadi keras.




Monday, March 26, 2012

Rendang Ayam

Pagi-pagi lagi, aku dah terjaga sebab kunci jam pukul 3.00 am untuk kejutkan suami aku buat keje pejabat yang tak pernah selesai.. Then, aku cuba tidur balik. Tidur-tidur ayam macam biasa.. Dalam pukul 6.00 pagi, aku bangun untuk masak rendang ayam serta masak nasi buat bekal suami ke opis. Juga aku gorengkan fish finger untuk bekal anak2 ke sekolah. Bila semua dah settle dan anak-anak dah gi sekolah kecuali Syakirah sebab sakit perut, aku mula mengadap laptop. Tiba-tiba.......... jeng jeng jeng... Amendanya..

Aku nampak ada benda terbang kat hal aku ni.. Terkejut beruk jap aku. Ada burung sesat dalam hall aku ni. Entah dari mana datangnya, aku pun tak tau. Panik, aku terus ke dapur nak bubuh sliding door dan baru aku perasan, sliding door tu tak tutup. Pagi2 tadi suami aku buka dan lupa nak tutup balik. Aku bukak pintu dapur dan nasi baik burung tu terbang hala ke dapur. Malang betul la burung tu tak jumpa pulak pintu yang terbuka. Tiga empat kali dia terbang langgar sliding yang tertutup padahal hujung sana, terbuka luas sliding tu. Baru aku nak ambik kamera, tengok-tengok, burung tu dah berjaya memboloskan diri dengan meninggalkan najis atas lantai. Aku rasa dia terbuang air besar masa terlanggar sliding tu tiga empat kali.. Cian kat dia...

Ok, berbalik kat rendan ayam yang aku buat. Rendang simple ajer, memang amat sempoi. Anak aku suka makan rendang ni especially Shuhada. Tadi lepas makan dia kata dia suka rendang ni sebab rasa dia lain dari rendang yang orang lain masak. Katanya rendang orang lain masak ada satu rasa yang dia kurang gemar.. Well anak-anak, lain kali nak buat rendang ayam or daging simple style Umi ni, senang ajer. Jom jenguk:

Rendang ayam/daging simple
Bahan-bahan:
ayam
bawang besar+halia+serai+bawang putih+cili kering = blend
santan
daun limau purut (hiris halus)
kerisik
gula merah
asam keping/air asam jawa.



Cara-cara:
1. Masukkan bahan-bahan blend dalam kuali.
2. Masukkan ayam/daging.
3. Masukkan santan.
4. Biarkan mendidih. Bila ayam empuk, masukkan kerisik dan air asam. Masukkan daun limau purut.
5. Tambahkan garam dan gula merah secukup rasa.
6. Masak hingga nampak pecah minyak. Jika nak berkuah, tambahkan sedikit air.
7. Siap untuk dimakan dengan nasi panas..
(aku tak bubuh daun kunyit sebab tak ada, kalau ada, bolehlah hiris2 dan masukkan sekali).

Aktiviti Spring

First day of spring. Pagi ni dalam pukul 10.00, syakirah ada latihan drama di sekolah. Then, nothing much to do. Lunch arini, mee bandung.. Kemas rumah then dalam pukul 15:45 gi sekolah ambik Syakirah. Balik dari sekolah, kami satu famili lepak kat sebelah pool sambil minum nescafe and makan biskut, suami aku main gitar sambil kami menyanyi ramai-ramai.. Habis aktiviti nyanyi2 tu, aku dan anak2 kecuali Syakirah keluar jalan keliling taman. Syakirah tolong abahnya cuci kereta. Balik dari jalan2 tu, ada yang tolong cuci kereta, ada yang main badminton. What a family day it is. We should do it again. It was fun doing everything together..

biskut, susu dan nescafe


Good Bye Winter, Welcome Spring

25 Mac 2012 (Ahad)
Semalam dengan rasminya bermulalah daylight saving. Sebelum ni, perbezaan masa dengan Malaysia adalah 7 jam. Dengan bermulanya day light saving ni, makan waktu di France ditolak sejam menjadikan perbezaan masa adalah 6 jam.
Amendanya daylight saving tu, sebelum ni aku tak pernah tau pun tentang benda-benda ni.. Ni yang aku baca tentang daylight saving..


Daylight Saving Time gives us the opportunity to enjoy sunny summer evenings by moving our clocks an hour forward in the spring.
Yet, the implementation of Daylight Saving Time has been fraught with controversy since Benjamin Franklin conceived of the idea. Even today, regions and countries routinely change their approaches to Daylight Saving Time.
When we change our clocks
Most of the United States begins Daylight Saving Time at 2:00 a.m. on the second Sunday in March and reverts to standard time on the first Sunday in November. In the U.S., each time zone switches at a different time.
In the European Union, Summer Time begins and ends at 1:00 a.m. Universal Time (Greenwich Mean Time). It begins the last Sunday in March and ends the last Sunday in October. In the EU, all time zones change at the same moment.
Nak baca lebih lanjut, klik sini

Wednesday, March 21, 2012

Alert to Malaysia in Toulouse

Rentetan dari peristiwa tembakan di sekolah Jewish hari isnin lalu, (beriti di sini dan sini), aku menerima satu sms dari teman di Toulouse supaya jauhkan diri dari tempat2 tertentu especially masjid takut ada yang nak membalas dendam.. Ni berita yang aku baca dari yahoo.com hari ni..


French officers raid house in search for killer

TOULOUSE, France (AP) — French policeexchanged fire and were negotiating Wednesday with a gunman who claims connections to al-Qaida and is suspected of killing three Jewish schoolchildren, a rabbi and three paratroopers.
Two police officers have been injured in the raid on a house in the southwest city of ToulouseFrench Interior Minister Claude Gueant said.
The suspect is 24 years old, of French nationality and says that "he belongs to al-Qaida," Gueant told reporters at the scene. He said the suspect "wants to take revenge for Palestinian children" killed in the Middle East, and is angry at the French military for its operations abroad.
The man was known to authorities for having spent time in Afghanistan and Pakistan, Gueant said.
The man's brother was arrested, Gueant said.
Authorities have been conducting a massive manhunt across a swath of southern France after seven people were killed in three attacks over the past several days, and France's terror alert level was raised to its highest level ever in the region.
A French paratrooper was killed in Toulouse on March 11, two other paratroopers were killed and one injured on Thursday in the nearby town of Montauban, and three children and a rabbi were killed in a shooting at a Jewish school in Toulouse on Monday.
The suspect in the attacks drove a powerful motorcycle, and the same weapon, a Colt 45, was used in all three shootings. Another less powerful weapon also was used in the attack on the Jewish school.
Police arrived overnight Wednesday to raid the house in Toulouse, near the site of the first killing.
"When they arrived ... the wanted individual shot at the door," Gueant said.
One officer was injured in the knee and another officer was lightly injured in ensuing exchanges of fire, Gueant said.
Officers brought the suspect's mother to the scene and tried to get her to help negotiate, but she refused, saying "she had little influence on him," Gueant said.
For years the main terrorist threat that French authorities have been concerned about has been al-Qaida in the Islamic Maghreb, which grew from an extremist group in the former French colony of Algeria.
French officials have been worried that the grouop may try to conduct an action in France ahead of presidential elections in April and May, a counterterrorism official told The Associated Press this week. So far, it has never succeeded in reaching across the Mediterranean Sea to strike in Europe.
While the Toulouse raid was under way, the bodies of the four victims of the school shooting arrived in Israel for burial. The three children and a rabbi will be buried in a Jerusalem cemetery later Wednesday.
They were gunned down on Monday in the deadliest school shooting France has ever known and the bloodiest attack on Jewish targets in decades.
The bodies of the rabbi, two of his children and a daughter of the school's principal were accompanied to Israel by French Foreign Minister Alain Juppe. They landed early Wednesday.
___
Jamey Keaten contributed to this report.


Meh aku buat rumusan. Mamat yang bunuh orang ni adalah orang Algerian yang mengelarkan diri dia Mujahiden. Dia nak balas dengan atas kematian kanak2 Palestin. Dikatakan juga dia ni adalah ahli kumpulan Al-Qaeda. Tu antara ringkasan penting yang perlu kita tahu tentang peristiwa yang berlaku..

Aku dapat berita juga yang ada bom meletus di kedutaan indonesia di Perancis. Yang ni, aku tak tahu ada kena mengena atau tidak..

Sekarang ni, aku takut akan berlaku balas dendam pulak dari pihak Yahudi ke atas umat Islam lebih2 kami kaum wanita Malaysia di sini yang bertudung.

Jadi buat kaum lelaki di luar sana pulak, be extra careful.. Kalau boleh, jauhkan diri dari tempat2 orang berketurunan Arab dan jauhkan diri dari Masjid buat sementara waktu. Jadi, buat beberapa hari ni, kita makan ikan, sotong, udang ngan telur ajer la yang boleh dibeli di Carrefour. Nasib baik Carrefour tu dekat ajer ngan rumah aku..

Ya Allah, kau lindungilah kami dari segala bencana. 

Tuesday, March 20, 2012

Moist Chocolate Cake

Entri ni sepatutnya untuk hari ahad lepas tapi aku tak sempat nak masukkan. So, kita share hari ni.. Pagi ni memang bz as usual sebab kena buat  coklat kek untuk seorang teman di Toulouse ni, Zabidah namanya. Esok anaknya nak bawak ke sekolah, nak buat jamuan birthday. Dalam pukul 10:00, aku dan suami keluar menghantar Syakirah ke sekolah. Ada drama practice. Lepas tu, terus ke Tournefille.. Apa lagi, vide grenier laaa. Tiba tempat yang dituju, tak nampak langsung ada kalibat vide grenier. Rupa2nya, aku tersalah tempat. Sepatutnya, VG hari ni di Fernoillet. Lalu, kami ke Fernoilet pulak lepas singgah jap kat VG di Tournefille.. Hari ni tak ramai yang berjualan barangan yang menarik minat aku. Okey la dulu pasal VG. Tentu ada yang tertanya amenda VG tu? Nanti aku akan buat entri khas tentang Vide Grenier ni.. So, balik dari VG, aku buat mee dan buat topping untuk coklat kek aku. Buat Sesiapa yang berminat nak buat coklat kek, aku nak kongsikan resepi aku ni.. Bagi aku, memang best laa rasa kek ni sebab dulu masak duduk Kota Damansara, memang aku dok menjual kek coklat ni.. Mohon maaf buat Za sebab  akak ni tak berapa nak pandai deco kek. selalu bubuh ganache ajer, tak pernah lagi tulis2. Tu yang tulisan jadi senget.. Apa-apa pun,  Jom kita tengok resepi kek coklat kukus. Memang moist sesangat.


Moist Chocolate Cake
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sk soda bikarbonat
(ayak ketiga-tiga bahan tersebut)
2 biji telur
1 cawan gula
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan minyak
1 cawan air suam
1 sk essen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 C dan alas loyang 9 in dengan kertas minyak
2. Ayak bahan-bahan kering. Ketepikan.
3. Putar telur dengan gula hingga kembang.
4. Masukkan minyak, susu pekat dan air suam. Putar sebati.
5. Masukkan essen vanila, putar lagi hingga sebati.
6. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Siap...
7. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama sejam. Tutup tudung pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis atas permukaan kek.

Topping:
100 ml cream
100 gm dark coklat (patah2kan hinga jadi kecil)
sedikit gula aising ikut kemanisan

Cara-Cara:
1. Panaskan cream hingga mula timbul buih2 kecil. (tak perlu hingga mendidih).
2. Tutup api dan masukkan kepingan coklat dankacau rata hingga sebati.
3. Masukkan gula. Kacau sebati. Sejukkan sebentar dan tuang atas kek coklat tadi.

Sudi-sudikanlah mencuba resepi aku ni.. InsyaAllah, menjadi sebab senang ajer cara nak buatnya.

London & Royal Albert part 3

Sambungan citer jalan-jalan ke London.. Last part laa kiranya ni. Just perkongsian gambar2 masa di London aritu.. So, lepas tidur semalam di Stoke, pagi jumaat 2hb Mac 2012 tu kami gerak balik ke London. Malam tadi setelah dok search kat Booking.com, kami pun book la B & B untuk malam ni. Sebenarnya, aku mmg tak puas lagi kat Stoke tu sebab tak jumpa gudang Royal Albert tu.. Rupa2nya, ada lagi gudang RA just kat belakang rumah Fiza.. Tak per laa. Takat tu ajer kot rezeki aku nak shopping pinggan mangkuk kat Stoke.
suami aku bersama anak teruna bergambar dengan tuan rumah, En. Hamzah

anak-anak dengan Fiza

terima kasih Fiza atas kesudian menerima kami menjadi tetamu
Sampai London dah tengahari, so terus ajer check in kat Cranbrook Hotel. Ambik dua bilik triple room dengan harga lebih kurang 120 pound termasuk sarapan pagi. Jauh juga drive dari Stoke on-trent ke London. Dalam 4 jam gitu lah lebih kurang.. Lepas check in, terus keluar ke stesyen underground train kat Ilford tu.. Tadi dalam perjalanan balik, kami ada singgah kt tempat rehat utk makan bekalan yang dibagi oleh Fiza dan suami. Alhamdulillah, kenyang gak makan bekalan nasi putih ngan lauk pauk.


bilik triple




Di stesyen keretapi, kami beli tiket utk 3 dewasa dan 3 kanak-kanak.. Semuanya dalam 32 pound. Perhentian pertama di Liverpool street. Turun kat situ, mulalah tercangak2 tak tahu nak hala ke mana. Tu la pasal, sapa suruh tak survey dulu tempat2 mana nak pergi. Kan dah macam rusa masuk kampung. Tak tahu hala mana nak pergi. Tapi kami jalan ajer ntah kemana2 tak tau lah hingga sampai ke Trafalfar Square. So, masa untuk bergambar...



dalam train




sempat posing sambil tunggu train sampai



Trafalgar Square




countdown to Olympic Games

Tak lupa jugak, kami bergambar kat pejabat Tourism Malaysia berhampiran Trafalgar Square tu. Ingatkan nak gi masuk pejabat tu, ambik apa2 brochure pasal Malaysia. Tapi, office bukak balik pukul 15:00 untuk break. Tunggu jap dalam sepuluh minit (kami kat situ dalam 14:50), bila dah pukul 15:03 tak gak bukak2, kami pun meneruskan perjalanan.. Time is precious, tak cukup masa dah ni...




Second stop, jalan-jalan then ternampak orang beruniform atas kuda. So, stop kat situ pulak sambil bergambar. Kalau tak silap, tu kat Cavalry Museum.. Maklumat lanjut, bolehlah jenguk kat sini: Cavalry Museum Tapi kami tak masuk dalam pun, just bergambar dari luar ajer..





Next stop, jalan ke Eye on london.. Just untuk bergambar dan bukan untuk naik eye on london tu..
Sebelum sampai ke Eye on London tu, kami lalu kat Big Ben dulu.. Amenda Big Ben tu? Alaaaa, menara jam yang tinggi tu.. gambar2  kat Big Ben ngan gambar berlatar belakang eye on London.






Big Ben dan bangunan parlimen







bangunan parlimen
London Eye






Sambung jalan2 lain.. Hari ni kena jalan sampai malam sebab esok pagi nak bertolak balik ke France. Hajat di hati nak ke museum yang ada info tentang kesultanan Perak tapi tak pasti museum yang mana. Ingatkan London Museuem so, melilau gak mencari london museum sampai sesat2 gak laa. Akhirnya, jumpa juga London Museum 5 minit sebelum museum tutup. malangnya, salah museum la pulak untuk tengok tentang kesultanan Perak. Sepatutnya cari British Museum.. 

malu bertanya sesat jalan, dah bertanya pun sesat jalan lagi...









Dah seharian suntuk berjalan dan masing2 dah kepenatan serta kelaparan. So, cari subway train lagi untuk balik rumah.. Kat Ilford, singgah chinese restaurant untuk dinner.



prawn fried rice

wanton soup-mmg sedap



fried noodle with king prawn

Selesaikan jelajah London hari ni.. Esok paginya, selepas sarapan kami gerak untuk balik ke Perancis semula.. Bersarapan di hotel pagi ni dengan english breakfast.










buat pembayaran di kaunter


On the way balik, singgah satu lagi tempat iaitu di Asford Factory Outlet.. Kat sini, aku sambar buku2 masakan. Memang murah, ada yang 1.99 pound, ada yang 2.99 pound.
buku2 baking yang sempat dibeli.

Keluar dari outlet factory, terus menghala ke eurotunnel untuk balik ke France.


beratur untuk masuk dalam train




dalam train





parking elok2, tarik break, bukak tingkap






Maka, selesailah kisah pengembaraan ke London.. Sampai di Calais, drive lebih kurang 14 jam untuk sampai ke rumah di Mondonville. Mmg jauh tapi stop 3-4 tempat.