klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, July 26, 2012

Apam Salju

Apam salju ni aku buat dua hari lepas. Dh byk kali buat tapi dlm 5 kali buat, mesti ada sekali tk jadi. Entahlah kenapa.. Resepi ni mmg byk kat internet, just surf apam salju and you will find the recipe. Aku pn tk tau resepi asal dr sapa. Aku buat apam ni sbb ada nasi extra lepas bersahur. So, dgn resepi ni, nasi berlebih tu taklah membazir sbb aku dan suami tk makan nasi utk berbuka.. So, jom tgk resepi. Gambar tk bolehlah masuk pulak ngan iphone ni... Gambar, nnati2lah..

APAM SALJU

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :
1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula pasir, kisar sampai sebati.
2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati.
3. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
4. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kain. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan.
5. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
6. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....

Citer Ramadhan yg terlepas

Tanpa laptop, mmg malas rasanya nk update blog kesayanganku ni tp betapa aku rindu utk terus menulis. So, hari ni aku update menggunakan iphone aku. Harini dh masuk hari ke-8 aku dn suami berpuasa tanpa anak2 di sisi. Teringat dulu masa anak2 ada, mmg macam2 menu yg direquest anak2. Segala dessert yg blh dibeli di bazaar ramadhan aku adakan di Mondonville ni. Tapi bila dh berdua ni, mmg simple sesangat menu kami.

Hari pertama berpuasa hari Jumaat, aku dan suami berbuka puasa dengan geng TUDM di rmh Mej Noorazman. Aku hanya bawak agar2 santan utk hari ni.

Hari kedua berpuasa, hari sabtu. Hari ni empat orang student dtg berbuka puasa di rumah aku. Azim bawa 3 student baru ke rumah iaitu Din, adhwa dan asyraf. Aku ajak sekali 3 lg org bukang di Toulouse ni iaitu Abie, shamsul ngan Syed. Aku masak simple gak iaitu pajeri terung, ayang goreng seri wangi, kerabu tomato+mangga dan aku buat sambal belacan mkn ngan salad. For dessert, aku buat murtabak. Sblm masuk waktu berbuka, ada grup supply airforce dtg rmh utk sama2 berbuka dan tumpang tidur di sini. Alhamdulillah, jamuan berbuka mlm ni berjalan lancar..

The funny thing is that, aku tk tangkap gambar pun... So, no photo for this entri.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Punyalah lama aku tak update blog, kena pulak laptop dah dihijack anak2 untuk bawak balik bercuti di Malaysia. Dengan kesempatan yang sedikit ini (guna laptop cik abang jap) aku nak ucapakan salam ramadhan buat semua yang sudi berkunjung ke blog picisan aku ni... Selamat berpuasa buat semua dan semoga ibadah Ramadhan kali ini diberkati dan dipermudahkan Allah.

Hari ini, jumaat 20hb Julai 2012, kami di perancis mula mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Ni merupakan kali pertama aku berpuasa berdua sahaja dengan suami tanpa anak2 di sisi. Memang amat berbeza rasanya. Apa-apapun, umi ucapkan salam ramadhan buat anak2 umi di Malaysia. Semoga kalian tabah menghadapi Ramadhan kali ini dan semoga Allah permudahkan ibadah anak2 umi. Missing you guys..
cukup dulu entri buat pagi ini. InsyaAllah, moga aku dapat teruskan penulisanku dalam blog ni di masa2 mendatang.