terima kasih sudi follow

Saturday, July 23, 2016

Mdec e-Usahawan

Lama tak bersiaran, setahun lebih blog terkubur. Hari ni, saja2 update blog sebab tunggu lab penuh. Sebenarnya hari ni aku join kelas e-usahawan yang dianjurkan oleh pihak Mdec bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak tapi syawal2 ni, terpaksa tolak open house. Harini ada sepupu suami pulak bertunang. Terpaksalah suami pergi sendiri ditemani anak2. Macam first time pulak suami pergi function famili tanpa aku. Apa nak buat...
Kursus anjuran Mdec ni memang free tapi kena bayar rm10 sahaja untuk nota2 yang dibuat oleh pensyarah. Ok la tu, sepuluh ajer. Masalahnya dengan kursus2 free ni, last minit ramai yang tarik diri. Memang tak patut betul. Dah la free, bagi nama lepas tu tak hadir pulak..
Ni yang kena tunggu nak start kelas sebab nak penuhkan makmal. Aku tau la ni bulan syawal tapi kalau tak dapat hadir, info la awal2, jangan biar yang hadir ni tertunggu2 korang yang tak dapat datang tu.
Ok laaa, cukup dulu coretan arini.. Gambar2 kelas, nanti aku upload. 

0 comments: