Ni antara foto2 raya pada tahun ini...
![]() | ||||||||||
Kehidupan perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Keriuhan anak-anak penguat semangat, belaian suami pengubat rindu. Akan kuteruskan perjuangan ini demi sebuah kehidupan buat keluarga tercinta.
![]() | ||||||||||
Posted by harleena at 5:39 AM 0 comments
Semalam, pejabat suamiku mengadakan famili day yang bertempat di Taman Metropolitan... Seawal jam 7 pagi, kami berangkat ke sana tanpa anakku yang akan menghadapi pmr kerana tidur di rumah kawannya sambil belajar....
Antara gambar2 yang sempat diambil di sana:
![]() |
| sarapan pagi |
![]() |
| lari dalam guni. Acara ni kena tukar nama "lompat dalam guni" |
![]() | |
| acara membalut mummy. Dpt tempat kedua... |
Posted by harleena at 4:46 AM 0 comments
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".
Posted by harleena at 4:07 AM 0 comments
Tarikh yang dinanti2kan oleh ramai pasangan untuk merealisasikan impian untuk hidup berumahtangga. Ramai yang menantikan tarikh keramat 10 Oktober 2010 untuk menyempurnakan acara2 penting dalam kehidupan. Antara yang memilih tarikh 10.10.10 untuk memulakan kehidupan baru adalah Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas. Malah tarikh 10.10.10 dilihat sebagai suatu yang amat menarik. Dengan jemputan seramai 10,000 orang, dan persiapan besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai 'wedding of the year'.
- 12 maut manakala lebih 40 lagi cedera apabila bas ekspres, bas JKM, dua kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
- Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspress Delima yang dipercayai dipandu lajudari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya.
- Bas itu kemudian melambung ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van sebelum menghempap dua kereta.
- Puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam tadi.
Posted by harleena at 2:46 PM 0 comments