terima kasih sudi follow

Monday, October 11, 2010

HATI-HATI CARI MAKAN DI INDONESIA

KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK BERCUTI KE INDONESIA DI NASIHATKAN SUPAYA TIDAK MAKAN DI GERAI-GERAI TEPI JALAN ATAU DI PASARAYA.
 
PERINGATAN SUPAYA TIDAK ME ME SAN NASI GORENG CAMPUR / GILA , BAKSO SAPI DAN SATE KERANA TERDAPAT CAMPURAN BABI DAN TIKUS. DI INDONESIA SAPI A.K.A LEMBU DAN AYAM MAHAL SO

 DIAORANG GANTIKAN DENGAN DAGING BABI DAN TIKUS.

Hati-hati... ...kelihatannya seperti daging ayam....?

Dibakar utk menghilangkan bulu... ? Dicuci sebelum dimasak.....
Dipotong-potong sehingga menyerupai
potongan daging ayam.......
mirip daging ayam, kan................



Sunday, October 10, 2010

Besok merupakan hari terakhir anakku menghadapi peperiksaan PMR. Paper esok merupakan paper yang agak tough buat dia. Paper math 1 dan math 2 serta Kemahiran Hidup. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga syafiqah akan mendapat kejayaan yang cemerlang untuk semua subjek yang diambil.....

Habis PMR, ada 3 perkara lagi yang terus ku menghitung hari.
1. SPM yang kian menjelang.
2. Hari di mana suamiku dan anak2 akan berangkat pergi.
3. Hari di mana aku dan anak sulungku akan berangkat pergi.

Kemana?   Masih rahsia..... Banyak perkara yang masih belum diselesaikan. Semakin dekat harinya, semakin aku buntu tanpa melakukan apa2. Tahap kemalasan pun kian menebal.... Malaskah aku kini? Entah lah.......

Thursday, October 7, 2010

URGENTLY FOR SALE

Aku nak menjual kereta kesayangan aku, Inokom Atos yang dibeli pada bulan Dis 2002. Harga yang aku tawarkan adalah rm13,000.00 termasuk insuran dan road tax. Kereta dalam keadaan baik, tak pernah terlibat dalam kemalangan dan mempunyai rekod penyelenggaraan yang berkala.




Ada dua tiga items lagi aku nak let go. Antaranya meja makan.







Wednesday, September 29, 2010

SEDARLAH

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalumengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamumenampalnya semula....akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamupasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya denganyang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.

Friday, September 24, 2010

Good Luck dan Menghitung hari

Semalam, 23 September 2010 merupakan hari pertama buat anak sulungku Shuhada menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Umi doakan agar Shada tenang dalam menjawab setiap soalan dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan ni dan peperiksaan sebenar nanti.

Buat Syafiqah, Umi doakan yang sama semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti.

Menghitung hari: 11 hari lagi

Jeng jeng jeng......

Wednesday, September 8, 2010

Sayu rasa hati

hari ni, hari ke 29 umat Islam berpuasa. Dah 29 Ramadhan rupanya. Tetiba sayu rasa hati, entah kenapa. Sayu meninggalkan Ramadhan, sayu menyambut Syawal tanpa orang-orang tersayang. Tiba2 hati ini teringat pada arwah Umi. Tak sempat mengunjungi pusara Umi dalam bulan Ramadhan ni dan juga pada 1 Syawal. Tahun ni juga tak berkesempatan mengucup tangan abah yang jauh nun di Penang. Tahun ni, aku dan keluarga akan pulang beraya ke Melaka. Hanya tunggu pengumuman malam ni samada esok raya atau tidak. Seandainya, besok diisytiharkan raya, makan malam ni kami akan bergerak ke Melaka. Jika tidak, esoknya suamiku masih lagi bertugas dan akan pulang seusai dia pulang dari pejabat.

Satu lagi perkara yang membuat ku sayu dan menitiskan air mata. Aku terima panggilan dari adikku yang rasanya kami dah terputus hubungan hampir 5 tahun lebih disebabkan persengketaan kecil yang berlaku. Hari ini dia menghubungiku dan hajatnya ingin mengajakku berbuka di rumahnya tapi masa terlalu terhad memandangkan aku akan pulang ke Melaka. Jadi, aku mencadangkan agar pulang dari kg, aku akan kerumahnya. Lebih 5 tahun aku tak ketemunya. Anak2 ternyata gembira aku menerima panggilan dari pakcik mereka. Alhamdulillah, semoga silaturrahim yang terlerai bercantum semula.

Monday, September 6, 2010

Tahap Kemalasan Melanda

Hari ni rasa malasnya nak masak. Apatah lagi buat kuih raya padahal banyak lagi yang perlu dibuat. Kalau sendiri punya, tak kisah tapi ni tempahan dari orang. Nak tak nak, ari ni gak kena siapkan dan besok boleh bagi pada orang yang pesan kuih raya tu.

Kalau dapat tidur tentu best....... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Hati-Hati

Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM

Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Sunday, September 5, 2010

Jom belajar buat Cheese Cake

Cheese cake yang dah kena ngap, tak sempat snap gambar
Masak secara 'water bath'

Bahan-bahan

250gm cream cheese (Room temperature)
50ml susu segar
3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
100gm gula kastor
30gm tepung jagung
2 tablespoon jus lemon (saya tak gunapun sebab tak ada)
1/2 teaspn cream of tartar

Cara-cara
1. Preheat oven at 175 deg cel. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing with med speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. whisk egg whites in seperate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands in stiff peak. ( stiff meaning kalau kita terbalikkan bowl pun, putih telur tak meleleh keluar)

5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 mins on the lower shelf.
7. Leave in the tin until cool enough to handle.

Selamat Ulang Tahun buat Insan2 Tersayang

Memandangkan aku selalu tak berkesempatan untuk online, jadi banyak entri2 penting yang terlepas. Dalam bulan Julai dan Ogos lalu, 3 insan tersayang menyambut ulang tahun tapi memang tak ada buat majlis apa2 dek kesibukan masing2.

28 Julai merupakan ulang tahun satu2nya anak terunaku, Hanif yang menyambut ulangtahun ke-13. Semoga hanif akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat. Sambutan hanya kubuat di Domino's Pizza.


Pada 4hb Ogos pula, anak sulungku menyambut hari lahir yang ke-17 tahun. Happy sweet seventeen sayang. Maaf Umi tak sempat buat apa2 sambutan untuk Shada. Umi doakan Shada menjadi seorang insan yang solehah dah semoga Shada berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelma.


Akhir sekali pada 29 Ogos, hari lahir insan yang tersayang, suamiku. 

 
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

(Korus)
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang

Dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Hanya takdir yang bisa memisahkan kita kerana di dalam aku hanya ada kamu, suamiku. 


26 Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke 26 umat Islam berpuasa. Hanya tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi, Syawal akan menjelma. Dalam bulan yang mulia ini, aku ingin memohon kemaafan dan keampunan buat semua teman2 yang mengenaliku secara peribadi juga buat yang mengenaliku di alam siber. Mohon maaf seandainya ada perilaku mahupun tutur kata atau bahasa yang mengguris hati. Sememangnya sebagai hamba Allah, aku juga tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Tahun ini genap 10 tahun aku beraya tanpa umi tersayang. Kekadang hatiku terasa amat sayu bila dibuai rindu yang datang secara tiba2. Apa yang mampu kulakukan hanya mendoakan semoga Umi ditempatkan bersama2 hambaMu yang beriman di dalam syurgaMu, ya Allah.

Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku dan suami beraya tanpa ibu mertuaku. Tentu suamiku dan keluarganya sedih dan terkenang2 akan ibu yang telah pergi lebih dahulu menyahut seruanMu. Semoga suamiku tetap tabah dalam mengharungi hari2 yang mendatang kerana disampingmu, aku akan terus mengabdikan diri buat selamanya sehingga Allah menjemputku nanti.

Raya ini, aku dan keluarga akan pulang beraya di Melaka bersama keluarga suamiku. Mungkin, ini kali terakhir kami akan beraya bersama2 buat jangka masa yang panjang kerana selepas ini, kami akan berjauhan dari semua ke suatu tempat yang amat asing sekali. Di dalam gembira, terasa sedih tetapi Allah telah merencanakan segalanya. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua.