terima kasih sudi follow

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Punyalah lama aku tak update blog, kena pulak laptop dah dihijack anak2 untuk bawak balik bercuti di Malaysia. Dengan kesempatan yang sedikit ini (guna laptop cik abang jap) aku nak ucapakan salam ramadhan buat semua yang sudi berkunjung ke blog picisan aku ni... Selamat berpuasa buat semua dan semoga ibadah Ramadhan kali ini diberkati dan dipermudahkan Allah.

Hari ini, jumaat 20hb Julai 2012, kami di perancis mula mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Ni merupakan kali pertama aku berpuasa berdua sahaja dengan suami tanpa anak2 di sisi. Memang amat berbeza rasanya. Apa-apapun, umi ucapkan salam ramadhan buat anak2 umi di Malaysia. Semoga kalian tabah menghadapi Ramadhan kali ini dan semoga Allah permudahkan ibadah anak2 umi. Missing you guys..
cukup dulu entri buat pagi ini. InsyaAllah, moga aku dapat teruskan penulisanku dalam blog ni di masa2 mendatang.

1 comments:

Unknown said...

As salam kak,

Salam Ramadhan... Berpuasa diperantauan adalah cabaran yg sgt besar buat kita...insya'ALLAH semoga kita memperoleh rahmat NYA walau dimanapun kita berada :)