terima kasih sudi follow

Wednesday, October 24, 2012

Kembara Aidil Fitri 2012-Part 1

Sepatutnya dah lama gambar-gambar aidil fitri aku masukkan dalam blog ni untuk tatapan di kemudian hari. Dah basi pun gambar-gambar dan cerita kembara aku pulang ke Malaysia untuk menyambut Aidil Fitri tempoh hari tapi sekarang ni lah baru aku dapat update dalam blog..

Aku pulang bercuti ke Malaysia aritu dalam 6hb Ogos 2012 (hari isnin) dan tiba di Klia pukul 6:30 am hari selasa. Hari yang sama peminat2 badminton menunggu Dato Lee Chong Wei pulang ke Malaysia. Patutlah ramai orang kat KLIA dalam pukul 7 lebih tu... Ingatkan tunggu aku balik... hehehehe. Hari ni, aku berbuka puasa di rumah adik ipar di Bangi. Alhamdulillah. Besoknya, aku menghala ke rumah aku sendiri di Bandar Nusarhu. Apalagi, ngemas rumahlah yang dah berabuk gila. Hampir setahun 8 bulan aku tinggalkan rumah, tentu habuknya boleh tahan gak. Malamnya, aku berbuka di rumah makcik suami di Bukit Jelutong.

Cukuplah cerita sikit2 tentang cerita puasa. Kita cerita raya pulak.. Raya tahun ni, raya pertama aku beraya bersama keluarga suami di Melaka. Pertama kali sejak berkahwin, aku dan anak2 perempuan gi sembahyang raya di Melaka. Lepas sembahyang raya, seperti biasa, menziarahi kubur mak mertua aku. Jom kita layan gambar2 yang dah basi ni...







Ishan n famili

Ilia n famili

Ira n Nabila



Anak-anak tersayang













Abah n anak-anak. Sorang ajer yang tak ada kat sini.

Selesai babak pertama Aidil Fitri 2012. Oppps, lupa nak citer, malam raya, aku check in kat Hotel sebab dah ramai sangat kat rumah adik ipar aku tu. Ilia n famili serta Ishan n famili sampai petang raya. Kami check in kat Hotel Permaisuri, dekat ngan Stadium Hang Jebat. Reception kata, ada offer raya, so satu malam dalam RM90 kalau aku tak silap. Duduk satu malam dulu, esok baru nak sambung satu malam lagi. Itu plannya so dua orang anak aku tidur kat hotel gak. Lagi dua orang tu, esok pulak. Kena gilir2 sebab biliknya ada dua queen size bed. Tinggal satu bilik ajer, yang lain dah penuh. Paginya, aku sempat gi sarapan dulu kat hotel sebelum kami semua bergerak ke rumah adik ipar aku. Hari kedua, ingatkan nak sambung lagi satu malam tapi terkejut sebab yang jaga reception kali ni bagi rate lain pulak. Katanya, offer hanya setakat semalam ajer. Hari ni, dah tak ada offer. Jadi, harga bilik untuk hari ni adalah RM136.Tu lah, semalam tak nak bayar terus untuk dua malam, tiba2 harini dah tukar rege lain pulak.. Semalam, minah yang jaga tu tak bagitau pun yang esoknya harga dah lain... Ish3... So, malam kedua raya tu, aku dan famili tidur di rumah adik ipar aku ajer laaaa. Jimat RM...






0 comments: