Salam. Semalam hari ahad hari untuk bermalas-malasan dalam rumah. Masing-masing dengan laptop dan ada yang tengok tv so terasa amat boring pulak. Apa lagi, Ina pun masuk dapur. Dalam kepala otak ni, nak buat muffin epal sebab pagi tadi gi Carrefour ada beli epal. Dalam kepala otak ni gak, teringin nak buat roti. Jadi, dua-dua sekali Ina buat. Mula-mula uli roti dulu dengan mesin uli. Lama gak Ina uli, dalam setengah jam. Kalau ada BM, boleh ajer gunakan BM. Sementara tunggu roti tu kena uli, Ina buat epal muffin. Sebenarnya banyak resepi roti yang ada dalam simpanan Ina samada dapat dari internet ataupun gi belajar masa kat Malaysia dulu tapi entri kali ni nak share resepi roti dari kenalan di FB iaitu Tok Mak. Tok Mak ni bukan takat pandai buat roti ajer tapi merupakan usahawan gak. Di laman FBnya, Tok Mak ada menjual rempah soto serta puding raja. Masih tak berkesempatan nak merasa puding raja Tok Mak tapi insyaAllah balik KL nanti, nak cuba gak. Sesiapa yang nak beli rempah soto yang uummmpp ni atau nak rasa puding raja Tok Mak, bolehlah skodeng FB Tok Mak kat sini: Tok Mak
Roti Naik Pahang
(resepi Tok Mak)
Bahan-bahan
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti/mauripan (ina guna sebungkus)
2 sudu besar margerin
1 sudu kecil shortening (tak guna sebab tak ada)
500 grm tepung gandum
300 ml air (air ni dah dicampur sekali dengan telur dan susu manis menjadikan 300 ml air)
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara:
1. Masukkan tepung, gula, yis ngan marjerin dalam mangkuk uli.
2. Tuangkan adunan cecair
3. Uli hingga doh jadi kenyal.
4. Bulatkan doh dan rehatkan hingga naik dua kali ganda (lbh kurang sejam gitu)
5.Bila dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Then bahagikan doh. Ina timbang tiap2 satu doh tu dalam 50 gm. Then bulat2kan dan rehatkan sekali lagi. Kalau nak buat sausage roll, gulungkan doh tu memanjang dan belitkan doh tu pada sausage.
6. Bila doh dah naik, bolehlah dibakar dengan suhu 170C selama lebih kurang 15-20 minit.
0 comments:
Post a Comment