terima kasih sudi follow

Thursday, January 5, 2012

Senyumlah

Bila tersenyum
Tak semesti kita gembira
Bila  menangis
Tak semesti kita bersedih
Siapa yang dapat mentafsir
Apa gelora rahsia hati
Manusia hanya mampu meneka 
Tetapi bukan untuk memahami
Senyum...senyum dan senyumlah wahai manusia
Biar hatimu bersedih
Biar hatimu terguris
Jangan dititiskan airmata di khalayak
Kerana itu mampu mengundang sejuta tohmahan
Hijabkan rasamu
Diamkan rahsia hatimu
Senyum dan teruslah tersenyum
Sampai saat akhir matamu tertutup



Baguette

citer meroti dua tiga hari lalu.. Percubaan buat roti baguette or roti perancis.. Masa nak buat tu, ada kawan cakap, baguette beli murah ajer. baru berapa sen. Buat apa nak buat... Well, alang2 dok Perancis, kenalah try buat roti Perancis....What say U...? hehehehe. Actually banyak resepi dalam internet cara2 nak buat baguette ni tapi saya try yang ini dulu. Maybe next time, cuba resepi lain pulak. So, here goes....
in the oven
Bahan2:
4 cawan tepung
sebungkus yis segera (11 gm)
1-2 sudu teh garam
2 cawan air suam
minyak untuk perapkan doh

Cara2:
1. Dalam mangkuk, campurkan tepung dgn garam.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan yis dengan air suam + separuh dari adunan tepung dan garam.
Gaul hingga jadi doh. Tutup dgn kain dan biarkan lebih kurang 3 jam. Ia akan jadi 3 kali ganda saiz.
3. campurkan dengan lebihan tepung dan uli.
4. Letakkan atas permukaan bertepung dan uli lebih kurang 10 minit.
5. Minyakkan mangkuk dan biarkan doh dalam mangkuk yang bertutup. Biarkan naik lebih kurang sejam.
6. Panaskan oven ke 200C. Uli semula doh. bahagikan kepada 4-6 bhg. bentukkan menjadi roti panjang (baguette). Letakkan atas kertas minyak yang bertepung. Biarkan naik sekali lagi.
7. Kelar2 bahagian atas roti tersebut.
8. Letakkan semangkuk air dalam oven. Bakar baguette selama  lebih kurang 20-25 minit. Keluarkan mangkuk berisi air selepas 15 minit membakar roti.
Voila!


tuna sandwich with baguette


resepi dari sini: http://www.famousfrenchdesserts.com/french-bread-baguette-recipes.html

Tip for French Bread Baguette Recipes:
Baguettes are particularly crusty and light because they are cooked at extremely high temperatures and are vaporized. Even though domestic ovens can't go as high a real French bakery ovens, you can still make an excellent baguette, by remembering to put a bowl of water in the oven. And, of course by baking at a very high temperature.


Oh ya, cara nak bentuk baguette ni bukan hanya golek2 bagi panjang ajer. Mula2, leperkan tepung tu. Tak payah pakai penggelek. Just guna tangan ajer. Bila dah leper, lipat ke tengah dan tekan bagi melekat. Then, leperkan sebelah lagi dan buat yang sama. Lepas tu, leperkan balik tepung dan satukan bhg yang melintang tu, tekan ngan jari. buat sampai doh tu jadi memanjang..

Boleh tengok gambar kat sini: 









doh yang baru diuli

setelah lebih kurang sejam.. Nak cepat, masukkan dlm oven dan set temp lebih kurang 30-40C
 dan padamkan suhu oven. biarkan dalam oven.

baguette yang telah disiap dibentuk


setelah dikelar2 dan ready untuk dimasukkan dlm oven

Tuesday, January 3, 2012

Kejutan Budaya

Semalam bila bukak fb, rata2 rakan2 fb dok bercerita tentang Nor Amalina Che Bakri.. Tentu korang ingat lagi tentang pelajar cemerlang SPM 2004 dulu yang dapat 17A1. Time tu, rata2 jadikan Amalina ni contoh untuk anak2. Tu dulu laaa tapi sekarang ni, dah lain. Aku tak mau komen sangat sebab orang kata ukur baju di badan sendiri. Aku takut gak nak komen apa2 sebab aku sendiri pun punya 3 orang anak dara dan aku sentiasa berdoa agar anak2 dara aku termasuk sorang anak teruna aku ni sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak2 yang berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

ni gambar masa kat Malaysia, sebelum ke UK
Sebenarnya, apa citer pasal di Amalina ni yang dia orang dok kecoh2 tu? Tajuk entri aku tu pun Kejutan Budaya, jadi pasal Amalina tu terkena kejutan budaya jugak kot..


dua gambar di atas ni semasa telah berada di UK
Apa2 pun, kita doakan agar Amalina tersedar dari kesilapan dan berpatah balik ke pangkal jalan. Aku rasa bangga dengan student2 di sini yang aku lihat walaupun berjauhan dari keluarga demi mengejar ilmu dunia tapi tak pernah melupakan akhirat. Sentiasalah bermuhasabah diri dan semoga setiap dari kita sentiasa diberi petunjuk olehNya dalam menempuhi kehidupan di kiralah di mana kita berada.

Sunday, January 1, 2012

Jalan-Jalan Carcasonne

Pagi ni lepas aku goreng kuew teow dan buat churros, bersiap2 untuk ke Carcasonne.. Istana dalam kota Carcasonne ni bulai dibangun pada abad ke-6 dan merupakan istana milik Kerajaan Visigoths yang merupakan perluasan dari Kingdom of Spain. Hinggalah pada abad ke-18, kawasan ini bersatu dengan Kingdom of France. Selama ini kita hanya dapat bayangkan kota atau kubu sebegini di dalam cerita Robin hood atau pun cerita Merlin dan cerita2 zaman medieval tapi bila berada di sini, terasa berada di zaman tersebut. Kota yang berdiri megah dikelilingi tembok2 besar, punya pintu gerbang berdiri megah yang menjadi pintu masuk ke dalam kotanya. ini merupakan kali kedua aku ke kota carcasonne ni. bayaran dikenakan untuk melawat ke dalam istana tersebut. bayarannya adalah sebanyak 8.50 euro seorang. Anak2 berumur 18 tahun ke bawah adalah percuma. Jika datang dalam satu kumpulan seramai 20 orang, bayaran adalah 6.50 seorang. Jom layan gambar2 di la cite de Carcassonne..


















kedai kebab halal


pekerja dari Algerian


















Churros

Salam 2012.. Entri pertama aku untuk tahun 2012 ni, aku nak kongsikan resepi churros yang aku buat semalam. Amendanya churros tu: Kalau ikutkan Mr wiki, "sometimes referred to as a Spanish doughnut, ia a fried doug pastry-based snack. Churros are popular in Spain, Latin America, France, Portugal, Morocco, the  United States, Australia and Spanish-speaking Caribbean islands, There are two types of chyurros in Spain, one which is thin (and somnetimes knotted) and the other which is long and thick. They are both normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate."

Lebih kurang gitulah sedikit sebanyak tentang churros ni. Cara buat churros ni lebih kurang sama ajer macam buat cream puff. Kalau tau buat cream puff, jadilah churros ni. Jom buat churros:

Bahan2
1 cawan air
120 gm butter
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung serbaguna (Aku guna tepung gandum ajer)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula aising/gula kastor untuk salutkan churros

Cara:
1. Didihkan air dan masukkan butter serta garam. Biar sebati dan butter larut. Kecikkan api.
2. Masukkah tepung dan gaul rata hingga tepung tak melekat lagi pada periuk.
3. Pindahkan dalam mangkuk dan biarkan suam.
4. Bila adunan dah suam, pecahkan telur dan gaul sebati dengan adunan. Buat hingga habis ketiga2 biji telur.
5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle bintang.
6. Panaskan minyak masak, paipkan adunan dalam minyak sepanjang lebih kurang 2 inci dan putuskan adunan dengan jari.
7. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.



8. Last but not least, gaul dengan gula. Orang kata lagi sedap kalau gula campurkan dengan serbuk kayu manis sikit tapi aku tak buat sebab takut anak2 tak suka.
9. Last sekali, bolehlah masukkan dalam mulut dan kunyah... hehehe