terima kasih sudi follow

Thursday, January 5, 2012

Senyumlah

Bila tersenyum
Tak semesti kita gembira
Bila  menangis
Tak semesti kita bersedih
Siapa yang dapat mentafsir
Apa gelora rahsia hati
Manusia hanya mampu meneka 
Tetapi bukan untuk memahami
Senyum...senyum dan senyumlah wahai manusia
Biar hatimu bersedih
Biar hatimu terguris
Jangan dititiskan airmata di khalayak
Kerana itu mampu mengundang sejuta tohmahan
Hijabkan rasamu
Diamkan rahsia hatimu
Senyum dan teruslah tersenyum
Sampai saat akhir matamu tertutup



0 comments: