terima kasih sudi follow

Thursday, July 26, 2012

Apam Salju

Apam salju ni aku buat dua hari lepas. Dh byk kali buat tapi dlm 5 kali buat, mesti ada sekali tk jadi. Entahlah kenapa.. Resepi ni mmg byk kat internet, just surf apam salju and you will find the recipe. Aku pn tk tau resepi asal dr sapa. Aku buat apam ni sbb ada nasi extra lepas bersahur. So, dgn resepi ni, nasi berlebih tu taklah membazir sbb aku dan suami tk makan nasi utk berbuka.. So, jom tgk resepi. Gambar tk bolehlah masuk pulak ngan iphone ni... Gambar, nnati2lah..

APAM SALJU

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :
1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula pasir, kisar sampai sebati.
2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati.
3. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
4. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kain. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan.
5. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
6. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....

Citer Ramadhan yg terlepas

Tanpa laptop, mmg malas rasanya nk update blog kesayanganku ni tp betapa aku rindu utk terus menulis. So, hari ni aku update menggunakan iphone aku. Harini dh masuk hari ke-8 aku dn suami berpuasa tanpa anak2 di sisi. Teringat dulu masa anak2 ada, mmg macam2 menu yg direquest anak2. Segala dessert yg blh dibeli di bazaar ramadhan aku adakan di Mondonville ni. Tapi bila dh berdua ni, mmg simple sesangat menu kami.

Hari pertama berpuasa hari Jumaat, aku dan suami berbuka puasa dengan geng TUDM di rmh Mej Noorazman. Aku hanya bawak agar2 santan utk hari ni.

Hari kedua berpuasa, hari sabtu. Hari ni empat orang student dtg berbuka puasa di rumah aku. Azim bawa 3 student baru ke rumah iaitu Din, adhwa dan asyraf. Aku ajak sekali 3 lg org bukang di Toulouse ni iaitu Abie, shamsul ngan Syed. Aku masak simple gak iaitu pajeri terung, ayang goreng seri wangi, kerabu tomato+mangga dan aku buat sambal belacan mkn ngan salad. For dessert, aku buat murtabak. Sblm masuk waktu berbuka, ada grup supply airforce dtg rmh utk sama2 berbuka dan tumpang tidur di sini. Alhamdulillah, jamuan berbuka mlm ni berjalan lancar..

The funny thing is that, aku tk tangkap gambar pun... So, no photo for this entri.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Punyalah lama aku tak update blog, kena pulak laptop dah dihijack anak2 untuk bawak balik bercuti di Malaysia. Dengan kesempatan yang sedikit ini (guna laptop cik abang jap) aku nak ucapakan salam ramadhan buat semua yang sudi berkunjung ke blog picisan aku ni... Selamat berpuasa buat semua dan semoga ibadah Ramadhan kali ini diberkati dan dipermudahkan Allah.

Hari ini, jumaat 20hb Julai 2012, kami di perancis mula mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Ni merupakan kali pertama aku berpuasa berdua sahaja dengan suami tanpa anak2 di sisi. Memang amat berbeza rasanya. Apa-apapun, umi ucapkan salam ramadhan buat anak2 umi di Malaysia. Semoga kalian tabah menghadapi Ramadhan kali ini dan semoga Allah permudahkan ibadah anak2 umi. Missing you guys..
cukup dulu entri buat pagi ini. InsyaAllah, moga aku dapat teruskan penulisanku dalam blog ni di masa2 mendatang.

Thursday, April 26, 2012

Millau Viaduct and Albi - part 2

Perut dah kenyang pagi tadi tapi entri lambat juga masuk. Sekarang ni, sibuk pulak nak masak untuk anak2 nak balik sekolah jap ajer lagi. Sambil masak, bolehlah masukkan sambungan entri.

Lepas jalan-jalan kat Albi tu sambil bergambar apa-apa yang patut, barulah kami cari tempat untuk singgah sambil bersarapan dengan bekalan-bekalan yang dibawak.. Lepas makan, sambung semula perjalanan ke destinasi tujuan tapi sempat singgah dulu ke Roquefort...
Jom tengok mr Wiki tentang Roquefort :

Roquefort (US: /ˈroʊkfərt/, UK: /rɒkˈfɔr/, French: [ʁɔkfɔʁ]; from Occitan ròcafòrt [ˌrɔkɔˈfɔrt]), sometimes spelled Rochefort in English, is a sheep milk blue cheese from the south of France, and together with Bleu d'Auvergne, Stilton and Gorgonzola is one of the world's best-known blue cheeses. Though similar cheeses are produced elsewhere, European law dictates that only those cheeses aged in the natural Combalou caves of Roquefort-sur-Soulzonmay bear the name Roquefort, as it is a recognised geographical indication, or has a protected designation of origin. The cheese is white, tangy, crumbly and slightly moist, with distinctive veins of green mold. It has characteristic odor and flavor with a notable taste of butyric acid; the green veins provide a sharp tang. The overall flavor sensation begins slightly mild, then waxes sweet, then smoky, and fades to a salty finish. It has no rind; the exterior is edible and slightly salty. A typical wheel of Roquefort weighs between 2.5 and 3 kilograms, and is about 10 cm thick. Each kilogram of finished cheese requires about 4.5 litres of milk.

Ni gambar-gambar masa kami melawat kilang cheese...
































Monday, April 23, 2012

Millau Viaduct and Albi - part1

Sebelum gambar-gambar ni bertambah basi disimpan dalam laptop ni, aku nak berkongsi percutian baru-baru ni ke Millau Viaduct. Jom citer sikit pasal Millau Viaduct yang aku dapat dari Encik Wiki..

The Millau Viaduct (French: le Viaduc de Millau is a cable-stayed road-bridge that spans the valley of the river Tarn near Millau in southern France. Designed by the French structural engineer Michel Virlogeux and British architect Norman Foster, it is the tallest bridge in the world with one mast's summit at 343.0 metres (1,125 ft) above the base of the structure. It is the 12th highest bridge in the world, at 270 metres (890 ft) high below the road deck. The viaduct is part of the A75-A71 autoroute axis from Paris to Montpellier. Construction cost was approximately €400 million.

Pagi 14hb April tu bersamaan hari sabtu, aku bangun seawal jam 4 pagi untuk siapkan bekal yang patut. Semalam, aku dah buat karot kek untuk birthday Syafiqah. Pagi ni, aku masak nasi lemak, buat sambal ikan bilis serta rebus dan goreng telur. Selain tu, aku goreng bihun jugak serta sediakan dua jenis air panas. Air teh o dan nescafe yang dibubuh dalam flask. Shuhada dan Syafiqah tolong aku siapkan tuna sandwich. Bila semua dah settle, lebih kurang jam 7.00 am, kami bertolak menuju ke kfc Balma untuk titik pertemuan pagi itu. Kami pergi dengan 4 biji kereta. 

Konvoi dilead oleh Kol Khairul. Respect him, without GPS, he really knows where to go. Kami yang pakai GPS ni pun kadang2 sesat gak. Perjalanan lebih kurang sejam dan first stop kami adalah di Albi. So, jalan-jalan kat Albi dulu. Yang penting, bergambar buat kenangan.. 













































































































Ok, kita stop dulu kat sini... nanti aku sambung upload gambar lagi.. Perut sudah main lagu keroncong laaa. Nak cari sarapan dulu. Kat sini, dah pukul 11.20 pagi dan aku still tak sarapan lagi.. Actually, pagi tadi dah makan dua ketul pau tapi perut lapar lagi ni. Nak goreng nasi jap. Lebihan nasi kerabu semalam.. 
Ni nasi kerabu buat lunch + dinner semalam..

Lunch+dinner semalam. Nasi kerabu ngan telur masin with ayam percik.
Tak lupa sambal belacan ngan kuah serta kelapa dan ulam-ulam..