terima kasih sudi follow

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Juara

Sepatutnya entri ni aku masukkan semalam tapi seperti biasa, asyik tertangguh ajer... Banyak benda yang dah tertangguh untuk aku sharekan dalam blog aku ni... Bertahun punya entri pun ada sampai dalam iphone aku ni, beratus2 gambar yang masih belum dibuat entri lagi... Anyway, hari ni nak share entri pasal perlawanan bolasepak final sukan SEA antara Malaysia ngan Indonesia... Malangnya, aku tengok sorang2 ajer sebab anak2 di sekolah dan suami kat office ler.. Tak macam semi-final Malaysia vs Myammar aritu yang berlangsung hari sabtu. So, dapat tengok ramai2 dari laptop yang disambungkan ke tv. memang best... Semalam, aku sorang2 ajer lah menjerit sambil merungut ....

Alhamdulillah, akhirnya Malaysia menang juga walaupun hanya dengan tendangan penalti.. Aku pun pelik gak ngan Indonesia ni yang menjadikan Malaysia musuh tradisi padahal banyak lagi team dari Asia yang lain... Tak abis2 dengan dendam mereka pada Malaysia.... hinggakan pemain2 kita terpaksa naik kereta perisai Barakuda untuk pergi dan balik dari perlawanan...
barakuda yang akan membawa pemain Malaysia
 Apa2pun, memang TAHNIAH aku ucapkan pada Harimau Muda kerana berjaya membaham Garuda.. Rasa bangga sebagai rakyat Malaysia menyelinap ke segenap sanubariku... Jom kongsi  tendangan penalti yang membawa emas kepada Negara...


Pemain Malaysia menaiki Barakuda
Khairul Fahmi a.k.a. Apek, penyelamat dari sepakan penalti pihak lawan
kapten pasukan malaysia, Badrool
Tahniah HARIMAU MUDA

0 comments: