terima kasih sudi follow

Thursday, November 10, 2011

Rahsia Yahudi Mendidik Anak

Rahsia Yahudi Mendidik Anak..

Sumber : www.iluvislam.com
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri?

Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa 
hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang 
setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan
kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali
saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano
dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan
masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya
kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikan. Oleh kerana
saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang 
melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya.

” …sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami… 
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat 
latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang 
saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau 
gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut 
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung 
dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung
mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap udangan
yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama jika ada ikan.
Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang
pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi,
anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan 
memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-
buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah 
untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah
Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin  dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes
ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak
(bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis 
yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)
Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan
anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata
mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah 
suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami 
nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu 
bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran 
muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu 
terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya
dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik 
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. 
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di
California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!!!

Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang
diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman
saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu
perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan 
negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah).  Disini
murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi
tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya. Anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan 
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta designLevis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? 
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen
dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada 
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala.
Perlakuan ini dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 
Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala 
dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah 
ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).
Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu 
mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk 
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan 
memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi 
akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka
menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah StarbuckDell computer
Coca-colaDKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut 
dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan
Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri
dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di
New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang 
bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan
masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu
melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping
mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah
makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik
sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan
otak mereka.

Demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti
memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan
generasi yang moron (lembab) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikuti
generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali,
disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok
dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan 
perbelanjaan sehari untuk makan anda!!Saya puji sekali sikap pemerintah
Singapura!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya 
negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi 
lembab, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat 
sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera
terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh
sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Di tangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? 
Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga
ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan
ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?
Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan 
perubahan. Dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya
memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya
saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9
tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh.
Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak 
dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal 
batasan bangsa.