Rentetan dari kejadian semalam, anak aku especially yang kedua tu jadi extra carefull. Dah lah pintu rumah aku ni tak ada grill, lubang pintu pun tak ada apatah lagi tingkap. Banyak yang dia warning kat aku. Kalau orang ketuk pintu, jangan bukak. Tanya siapa dulu, takut entah siapa2 yang datang. Tak payah lah gi vide grenier dah. Duduk dalam rumah ajer. Tak payah jalan2 kat town dah. Aduuhh, mana boleh tinggalkan vide grenier.. Anakku, kalau ajal nak menjemput kita, tak payah keluar rumah pun pasti maut menjemput. Tidur dalam selimut atas katil empuk pun kalau dah tiba ajal, tak dapat ditunda seminit pun. InsyaAllah, Allah akan melindungi kita dan keluarga2 Malaysia yang ada kat Toulouse ni.
Hari ni, berita dari Toulouse ni dah masuk dalam akhbar kosmo di Malaysia.. Jom jenguk berita jap:
Hari ni, berita dari Toulouse ni dah masuk dalam akhbar kosmo di Malaysia.. Jom jenguk berita jap:
AFP - BEBERAPA anggota polis memeriksa kawasan sekitar sebuah sekolah Yahudi yang menjadi lokasi empat orang maut ditembak di Toulouse semalam. |
TOULOUSE, Perancis - Seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan semalam di depan sebuah sekolah Yahudi di bandar ini.
Menurut pejabat pendakwa raya, dalam kejadian itu, seorang rabai Yahudi, dua anak lelakinya dan seorang lagi kanak-kanak mati.
Ia merupakan kejadian tembakan ketiga yang melibatkan serangan bermotosikal di negara ini dalam tempoh seminggu.
Pihak pendakwa raya kini mencari bukti sama ada kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pihak pengganas.
Namun, motif serangan itu setakat ini masih belum diketahui.
Sebelum ini, dua serangan maut berlaku di Toulouse yang menyebabkan tiga anggota tentera Perancis terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Menurut laporan media, anggota tentera itu berketurunan Arab.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat sekolah itu dan mengarahkan kawalan keselamatan dipertingkatkan di bangunan milik Muslim dan Yahudi.
Beberapa saksi menyatakan lelaki yang melepaskan tembakan itu merupakan pekerja di sekolah berkenaan.
Perancis mempunyai paling ramai penduduk Yahudi di barat Eropah iaitu seramai 500,000 orang.
Negara ini turut mempunyai lima juta pendu-duk Muslim yang dianggap terbesar di barat Eropah. - Agensi
Rasa-rasanya, apalah motif orang yang membunuh tu? Sakit jiwa ke atau ada agenda tersendiri. Aritu dah tembak askar, ni gi tembak budak2 sekolah pulak. Arab, Jewish..... apa sebenarnya???
2 comments:
hati2 kak ina....km sentiasa doakan kak ina sekeluarga selamt disana..insyaallh
thanks Shida..
Post a Comment