terima kasih sudi follow

Tuesday, March 20, 2012

London & Royal Albert part 3

Sambungan citer jalan-jalan ke London.. Last part laa kiranya ni. Just perkongsian gambar2 masa di London aritu.. So, lepas tidur semalam di Stoke, pagi jumaat 2hb Mac 2012 tu kami gerak balik ke London. Malam tadi setelah dok search kat Booking.com, kami pun book la B & B untuk malam ni. Sebenarnya, aku mmg tak puas lagi kat Stoke tu sebab tak jumpa gudang Royal Albert tu.. Rupa2nya, ada lagi gudang RA just kat belakang rumah Fiza.. Tak per laa. Takat tu ajer kot rezeki aku nak shopping pinggan mangkuk kat Stoke.
suami aku bersama anak teruna bergambar dengan tuan rumah, En. Hamzah

anak-anak dengan Fiza

terima kasih Fiza atas kesudian menerima kami menjadi tetamu
Sampai London dah tengahari, so terus ajer check in kat Cranbrook Hotel. Ambik dua bilik triple room dengan harga lebih kurang 120 pound termasuk sarapan pagi. Jauh juga drive dari Stoke on-trent ke London. Dalam 4 jam gitu lah lebih kurang.. Lepas check in, terus keluar ke stesyen underground train kat Ilford tu.. Tadi dalam perjalanan balik, kami ada singgah kt tempat rehat utk makan bekalan yang dibagi oleh Fiza dan suami. Alhamdulillah, kenyang gak makan bekalan nasi putih ngan lauk pauk.


bilik triple




Di stesyen keretapi, kami beli tiket utk 3 dewasa dan 3 kanak-kanak.. Semuanya dalam 32 pound. Perhentian pertama di Liverpool street. Turun kat situ, mulalah tercangak2 tak tahu nak hala ke mana. Tu la pasal, sapa suruh tak survey dulu tempat2 mana nak pergi. Kan dah macam rusa masuk kampung. Tak tahu hala mana nak pergi. Tapi kami jalan ajer ntah kemana2 tak tau lah hingga sampai ke Trafalfar Square. So, masa untuk bergambar...



dalam train




sempat posing sambil tunggu train sampai



Trafalgar Square




countdown to Olympic Games

Tak lupa jugak, kami bergambar kat pejabat Tourism Malaysia berhampiran Trafalgar Square tu. Ingatkan nak gi masuk pejabat tu, ambik apa2 brochure pasal Malaysia. Tapi, office bukak balik pukul 15:00 untuk break. Tunggu jap dalam sepuluh minit (kami kat situ dalam 14:50), bila dah pukul 15:03 tak gak bukak2, kami pun meneruskan perjalanan.. Time is precious, tak cukup masa dah ni...




Second stop, jalan-jalan then ternampak orang beruniform atas kuda. So, stop kat situ pulak sambil bergambar. Kalau tak silap, tu kat Cavalry Museum.. Maklumat lanjut, bolehlah jenguk kat sini: Cavalry Museum Tapi kami tak masuk dalam pun, just bergambar dari luar ajer..





Next stop, jalan ke Eye on london.. Just untuk bergambar dan bukan untuk naik eye on london tu..
Sebelum sampai ke Eye on London tu, kami lalu kat Big Ben dulu.. Amenda Big Ben tu? Alaaaa, menara jam yang tinggi tu.. gambar2  kat Big Ben ngan gambar berlatar belakang eye on London.






Big Ben dan bangunan parlimen







bangunan parlimen
London Eye






Sambung jalan2 lain.. Hari ni kena jalan sampai malam sebab esok pagi nak bertolak balik ke France. Hajat di hati nak ke museum yang ada info tentang kesultanan Perak tapi tak pasti museum yang mana. Ingatkan London Museuem so, melilau gak mencari london museum sampai sesat2 gak laa. Akhirnya, jumpa juga London Museum 5 minit sebelum museum tutup. malangnya, salah museum la pulak untuk tengok tentang kesultanan Perak. Sepatutnya cari British Museum.. 

malu bertanya sesat jalan, dah bertanya pun sesat jalan lagi...









Dah seharian suntuk berjalan dan masing2 dah kepenatan serta kelaparan. So, cari subway train lagi untuk balik rumah.. Kat Ilford, singgah chinese restaurant untuk dinner.



prawn fried rice

wanton soup-mmg sedap



fried noodle with king prawn

Selesaikan jelajah London hari ni.. Esok paginya, selepas sarapan kami gerak untuk balik ke Perancis semula.. Bersarapan di hotel pagi ni dengan english breakfast.










buat pembayaran di kaunter


On the way balik, singgah satu lagi tempat iaitu di Asford Factory Outlet.. Kat sini, aku sambar buku2 masakan. Memang murah, ada yang 1.99 pound, ada yang 2.99 pound.
buku2 baking yang sempat dibeli.

Keluar dari outlet factory, terus menghala ke eurotunnel untuk balik ke France.


beratur untuk masuk dalam train




dalam train





parking elok2, tarik break, bukak tingkap






Maka, selesailah kisah pengembaraan ke London.. Sampai di Calais, drive lebih kurang 14 jam untuk sampai ke rumah di Mondonville. Mmg jauh tapi stop 3-4 tempat. 

5 comments:

shida said...

bestttnyeee kak ina....bila la shida dpt rasa lak ni...huhuhu

harleena said...

Rezeki Allah bagi Shida.. InsyaAllah, mungkin ada lah rezeki shida nanti..

Mamasya said...

Aslmkum Harleena.seronok tengok percutian Harleena sekeluarga di London.Nostalgia bila sebut stoke on trent....mmg best shopping pinggan mangkuk kat situ.

harleena said...

Mamasya, memang bestkan kalau dapat gi shopping kat stoke tu..

Misz-ella said...

bestnyaaaa .. KC entah bila la nak sampai London walaupun ada untie kat sana.