Last week really been very busy for me sampai kaki bengkak-bengkak la jugak selesai majlis yang aku adakan pada hari sabtu, 27hb Oktober tu. Walaupun hari raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat, tapi terpaksa buat sambutan pada hari berikutnya disebabkan hari Jumaat tu bukanlah public holiday. Meaning, office dan sekolah tak bercuti walaupun suami aku serta team projek semua bercuti.
Permulaan kesibukan ku adalah pada hari rabu di mana aku mula buat chocolate chip cookies. Esoknya pulak iaitu hari khamis, aku mula membeli belah barang2 untuk dimasak hari sabtu nanti. Selepas ke Paris Store, balik kerumah dan mula operasi membuat mee kuning yang dipesan oleh Kol Razip dari marseille. Selepas buat 2 kg tepung, stop kejap sebab aku ikut suami ambil anak2 yang balik lewat dari sekolah. Singgah ke Bricomarche di Cornerbarrieu untuk cari gas dan dapur gas. Balik ke rumah, sambung semula buat mee kuning dua kilo lagi. Hingga ke tengah malam, baru selesai tanpa sempat masak apa-apa juadah untuk pagi raya keesokkan harinya.
Pagi2 hari jumaat, aku bangun awal dan mula memasak untuk juadah hari raya. Juadah hari ini adalah laksa, nasi himpit dan kuah kacang serta rendang ayam. Malamnya, anak2 angkat aku student2 di sini berkunjung ke rumah dan bermalam di sini. Malamnya, barulah aku buat rendang tok hingga ke lewat tengah malam. Masuk tidur dalam keletihan dan keesokkan harinya terpaksa bangun awal untuk siapkan juadah open house Aidil Adha, doa selamat serta tahlil.
Resepi laksa yang aku gunakan adalah dari blog sini. bezanya, aku tak kukus tapi terus rebus. maybe next time aku buat, aku akan kukus pulak and we'll see how it turns out.
Laksa homemade:
(Sumber dari blog zackoes)
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
2 1/2 cawan air panas mendidil
secubit garam
Acuan laksa/maruku
sedikit minyak
pengukus.
Cara:
1. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air. Aku gunakan sudip kayu. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit)
3. Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dan bekas pengukus dengan sedikit minyak supaya tak melekat).
4. Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis adunan dalam acuan.
5. Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah laksa tersebut. (Aku tak kukus tapi sebaliknya terus picit acuan dalam air panas mendidih)
6. Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat.
7. Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan,,
Cara buat kuah, insyaAllah bersambung esok sebab mata aku dah mengantuk.
Tapi kalau malas nak buat laksa, bolehlah cari laksa kering. Aku beli laksa kering di Paris Store. gambarnya seperti di bawah ni: Aku rendam dalam air panas then rebus. Voilla, siap laksa noodle.
Permulaan kesibukan ku adalah pada hari rabu di mana aku mula buat chocolate chip cookies. Esoknya pulak iaitu hari khamis, aku mula membeli belah barang2 untuk dimasak hari sabtu nanti. Selepas ke Paris Store, balik kerumah dan mula operasi membuat mee kuning yang dipesan oleh Kol Razip dari marseille. Selepas buat 2 kg tepung, stop kejap sebab aku ikut suami ambil anak2 yang balik lewat dari sekolah. Singgah ke Bricomarche di Cornerbarrieu untuk cari gas dan dapur gas. Balik ke rumah, sambung semula buat mee kuning dua kilo lagi. Hingga ke tengah malam, baru selesai tanpa sempat masak apa-apa juadah untuk pagi raya keesokkan harinya.
juadah pagi raya. Mangkuk besar, laksa segera. Mangkuk kecil, laksa buatan sendiri |
laksa buatan sendiri, hasil kurang memuaskan. kena cuba lagi. |
Laksa homemade:
(Sumber dari blog zackoes)
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
2 1/2 cawan air panas mendidil
secubit garam
Acuan laksa/maruku
sedikit minyak
pengukus.
Cara:
1. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air. Aku gunakan sudip kayu. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit)
3. Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dan bekas pengukus dengan sedikit minyak supaya tak melekat).
4. Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis adunan dalam acuan.
5. Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah laksa tersebut. (Aku tak kukus tapi sebaliknya terus picit acuan dalam air panas mendidih)
6. Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat.
7. Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan,,
Cara buat kuah, insyaAllah bersambung esok sebab mata aku dah mengantuk.
Tapi kalau malas nak buat laksa, bolehlah cari laksa kering. Aku beli laksa kering di Paris Store. gambarnya seperti di bawah ni: Aku rendam dalam air panas then rebus. Voilla, siap laksa noodle.
0 comments:
Post a Comment