Dalam kesibukan dengan tugas-tugas harian, aku terlepas untuk update satu tarikh yang amat penting dalam hidup aku. Tarikh apakah itu, penting sangatkah tarikh itu. Tentu amat penting sekali, tarikh aku dan suami disatukan 20 tahun dahulu iaitu pada 25hb Oktober, 2012 bersamaan hari khamis. Tahun ini, tarikh tersebut jatuh sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha. Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku merakamkan ucapan buatmu suamiku, semoga ikatan perkahwinan yang kita bina berkekalan hingga ke Jannah.
Friday, November 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment