Salam. Post kali ni just nak share photo-photo ketika aku buat open house raya, doa selamat dah tahlil. Aku memilih hari sabtu, 27hb Oktober 2012 untuk mengadakan jamuan tersebut. Tujuannya selain dari meraikan Aidil Adha, juga untuk mengumpulkan rakyat Malaysia di Toulouse dan mengeratkan lagi silaturrahim di perantauan ini. Ramai jugak yang join untuk tahlil ni dan ucapan tak terhingga aku ucapkan buat Syed Fairuz yang mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat untuk hari tersebut. Syukur alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir dan buat yang membawa juadah untuk kita sama-sama nikmati. Terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi hadir. Selaku tuan rumah, aku dan suami mohon banyak-banyak kemaafan andai ada kekurangan baik dari segi juadah mahupun layanan. Memang aku mohon banyak2 kemaafan tak sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dek kerana kesibukan di dapur. Terima kasih jua buat anak2ku dengan bantuan kalian. Terima kasih Shuhada, Syafiqah, Hanif dan Syakirah kerana terpaksa mencurah tenaga untuk memastikan rumah dalam keadaan tersusun. Terima kasih jua buat anak2ku iaitu Mardiah, Liesah, Feeza dan Azlina yang sudi bermalam di rumahku serta menolong dengan juadah hari raya dan jamuan rumah terbuka. Okey, jom kita layan gambar2 yang sempat aku tangkap.
Sunday, November 4, 2012
Friday, November 2, 2012
Hari Raya Aidil Adha 2012-homemade laksa noodle
Last week really been very busy for me sampai kaki bengkak-bengkak la jugak selesai majlis yang aku adakan pada hari sabtu, 27hb Oktober tu. Walaupun hari raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat, tapi terpaksa buat sambutan pada hari berikutnya disebabkan hari Jumaat tu bukanlah public holiday. Meaning, office dan sekolah tak bercuti walaupun suami aku serta team projek semua bercuti.
Permulaan kesibukan ku adalah pada hari rabu di mana aku mula buat chocolate chip cookies. Esoknya pulak iaitu hari khamis, aku mula membeli belah barang2 untuk dimasak hari sabtu nanti. Selepas ke Paris Store, balik kerumah dan mula operasi membuat mee kuning yang dipesan oleh Kol Razip dari marseille. Selepas buat 2 kg tepung, stop kejap sebab aku ikut suami ambil anak2 yang balik lewat dari sekolah. Singgah ke Bricomarche di Cornerbarrieu untuk cari gas dan dapur gas. Balik ke rumah, sambung semula buat mee kuning dua kilo lagi. Hingga ke tengah malam, baru selesai tanpa sempat masak apa-apa juadah untuk pagi raya keesokkan harinya.
Pagi2 hari jumaat, aku bangun awal dan mula memasak untuk juadah hari raya. Juadah hari ini adalah laksa, nasi himpit dan kuah kacang serta rendang ayam. Malamnya, anak2 angkat aku student2 di sini berkunjung ke rumah dan bermalam di sini. Malamnya, barulah aku buat rendang tok hingga ke lewat tengah malam. Masuk tidur dalam keletihan dan keesokkan harinya terpaksa bangun awal untuk siapkan juadah open house Aidil Adha, doa selamat serta tahlil.
Resepi laksa yang aku gunakan adalah dari blog sini. bezanya, aku tak kukus tapi terus rebus. maybe next time aku buat, aku akan kukus pulak and we'll see how it turns out.
Laksa homemade:
(Sumber dari blog zackoes)
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
2 1/2 cawan air panas mendidil
secubit garam
Acuan laksa/maruku
sedikit minyak
pengukus.
Cara:
1. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air. Aku gunakan sudip kayu. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit)
3. Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dan bekas pengukus dengan sedikit minyak supaya tak melekat).
4. Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis adunan dalam acuan.
5. Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah laksa tersebut. (Aku tak kukus tapi sebaliknya terus picit acuan dalam air panas mendidih)
6. Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat.
7. Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan,,
Cara buat kuah, insyaAllah bersambung esok sebab mata aku dah mengantuk.
Tapi kalau malas nak buat laksa, bolehlah cari laksa kering. Aku beli laksa kering di Paris Store. gambarnya seperti di bawah ni: Aku rendam dalam air panas then rebus. Voilla, siap laksa noodle.
Permulaan kesibukan ku adalah pada hari rabu di mana aku mula buat chocolate chip cookies. Esoknya pulak iaitu hari khamis, aku mula membeli belah barang2 untuk dimasak hari sabtu nanti. Selepas ke Paris Store, balik kerumah dan mula operasi membuat mee kuning yang dipesan oleh Kol Razip dari marseille. Selepas buat 2 kg tepung, stop kejap sebab aku ikut suami ambil anak2 yang balik lewat dari sekolah. Singgah ke Bricomarche di Cornerbarrieu untuk cari gas dan dapur gas. Balik ke rumah, sambung semula buat mee kuning dua kilo lagi. Hingga ke tengah malam, baru selesai tanpa sempat masak apa-apa juadah untuk pagi raya keesokkan harinya.
| juadah pagi raya. Mangkuk besar, laksa segera. Mangkuk kecil, laksa buatan sendiri |
| laksa buatan sendiri, hasil kurang memuaskan. kena cuba lagi. |
Laksa homemade:
(Sumber dari blog zackoes)
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
2 1/2 cawan air panas mendidil
secubit garam
Acuan laksa/maruku
sedikit minyak
pengukus.
Cara:
1. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air. Aku gunakan sudip kayu. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit)
3. Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dan bekas pengukus dengan sedikit minyak supaya tak melekat).
4. Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis adunan dalam acuan.
5. Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah laksa tersebut. (Aku tak kukus tapi sebaliknya terus picit acuan dalam air panas mendidih)
6. Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat.
7. Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan,,
Cara buat kuah, insyaAllah bersambung esok sebab mata aku dah mengantuk.
Tapi kalau malas nak buat laksa, bolehlah cari laksa kering. Aku beli laksa kering di Paris Store. gambarnya seperti di bawah ni: Aku rendam dalam air panas then rebus. Voilla, siap laksa noodle.
Posted by harleena at 8:08 PM 0 comments
Labels: Aidil Adha
Hepi Anniversarry Sayang
Dalam kesibukan dengan tugas-tugas harian, aku terlepas untuk update satu tarikh yang amat penting dalam hidup aku. Tarikh apakah itu, penting sangatkah tarikh itu. Tentu amat penting sekali, tarikh aku dan suami disatukan 20 tahun dahulu iaitu pada 25hb Oktober, 2012 bersamaan hari khamis. Tahun ini, tarikh tersebut jatuh sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha. Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku merakamkan ucapan buatmu suamiku, semoga ikatan perkahwinan yang kita bina berkekalan hingga ke Jannah.
Posted by harleena at 6:46 PM 0 comments
Labels: Ulangtahun perkahwinan
Wednesday, October 24, 2012
Murtabak - Salam Aidil Adha
Pagi tadi untuk sarapan, aku buat murtabak untuk kesekian kalinya. Hanya kini baru aku berkesempatan nak kongsi cara-cara aku buat murtabak. Sebenarnya, semalam aku buat inti kentang+daging untuk buat karipap tapi yang jadinya, murtabak.
Selalunya aku buat murtabak guna kulit popiah tapi sekarang ni, aku selalu gunakan roti canai/roti pratha segera yang boleh di beli kat supermarket. Kat Toulouse ni, aku beli di Paris Store.
| roti paratha yang aku gunakan. |
| Letakkan roti paratha atas lapik |
| stretch/tarik bagi besar dan lebar |
| Letakkan inti di tengah-tengah |
| Lipatkan keliling macam bungkus hadiah |
| Masak dalam frying pan, bubuh sedikit minyak |
Voilla.. simple kan cara nak buat murtabak ni. Just guna inti karipap, then tambahkan telur ajer. Kalau yang suka, boleh tambah extra bawang besar yang dihiris.
Oh ya. Sempena nak menyambut Aidil Adha pada hari Jumaat ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha. Mohon maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa, terguris rasa, tercalar jiwa. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.
Posted by harleena at 11:46 PM 0 comments
Labels: kuih muih
Subscribe to:
Posts (Atom)

