terima kasih sudi follow

Wednesday, February 1, 2012

french toast


Seperti biasa, pagi-pagi lagi aku dah ada dalam dapur, buat sarapan untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah. Pagi ni, aku goreng ayam. Macam tak cukup ajer ayam tu utk sarapan atau bawak bekal so, aku buat french toast... Amenda french toast ni... Tentu ramai yang tahu. Menu yang amat senang dan ringkas sekali lebih-lebih lagi pagi-pagi ni. Syakirah kata, kawan dia suka ayam goreng and french toast yang dia bawak bekal aritu. Aku tanya gak, kawan-kawan Ira bawak bekal apa? Budak-budak sini just bawak bekal cookies atau roti.. Nampaknya, anak2 aku ajer lah yang bawak benda makan. Kiranya hari ni menu sempoi laaa. Kalau rajin, aku buat waffle macam semalam. kalau lagi rajin, aku buat lauk ayam ke daging ke then masak nasi. tak pun, bihun goreng, nasi goreng or kuew teow goreng..

Back to topic, jom citer pasal french toast. Ni maklumat dari Mr wiki: French toast or eggy bread is a dish of bread soaked in eggs then fried.
Where French toast is served as a sweet dish, milk, sugar, or cinnamon are also commonly added before frying, and it may be then topped with sugar, butter, fruit, syrup, or other items. Where it is a savory dish, it is generally fried with a pinch of salt, and then served with a sauce such as ketchup or mayonnaise.

Simple sangat nak buat french toast ni. Bahan-bahan hanyalah roti, telur, garam, minyak dan butter. Pukul telur yang dah dicampur dengan garam secukup rasa. Panaskan pan, bubuh minyak sikit then bubuh butter. Celup roti dalam telur then goreng dalam minyak. Terbalikkan once dah garing. Then, bolehlah makan... 
So, kalau kehabisan idea utk quick breakfast, bolehlah buat french toast...


2 comments:

ucubakery said...

assalamualaikum ....har..
anak2 mesti seronok dpt ibu yg rajin buatkan b/fast...lagi2 kalau kwn2 x pernah mkn dan puji sedap....

harleena said...

Ucu Faridah, terpaksa rajin sebab anak-anak nak makan. Alhamdulillah, time rajin. Kalau malas, habislah...