terima kasih sudi follow

Monday, February 27, 2012

Happy Birthday Dear Syakirah

25hb Februari 2012
Entri terlepas lagi yang sepatutnya dimasukkan pada 25hb Februari 2012 lepas tapi disebabkan kebizian, terlepas lagi entri aku ni... Bz sebab buat majlis harijadi bidan terjun.. Hari jumaat baru decide nak buat majlis makan2, baru jemput tetamu dan hari sabtu, barulah nak membeli ikan laaa, daun kesum laaa. So, seawal pukul 6 aku bangun. Buat puding kastad koktel, buat kek karrot, buat sarapan pagi. Then, ajak cik abang gi kedai cari ikan ngan sayur2 ulam untuk laksa. Balik rumah, terus menyibukkan diri. Menu biasa2 ajer. Aku buat laksa, mee goreng (malam tadi operasi buat mee kuning dengan cik abang), then aku buat karipap pusing, kek carrot ngan puding kastard koktel.. Tetamu yang hadir juga ada bawak buat tangan. Ada yang bawak air, ada yang bawak buah2an, ada yang bawak popiah, ada yang bawak cupcake, ada yang bawak cheese cake dan macam2 lagi.. Di kesempatan ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis hari lahir si kecik bongsuku..
Buat Syakirah, Umi doakan agar Ira membesar menjadi insan yang berjaya baik di dunia mahupun di akhirat. Jaga peribadi, jaga maruah diri dan jaga maruah keluarga. Semoga Allah sentiasa melindungi Ira.. We love u Syakirah..
- Heppi Birthday -





























5 comments:

AZLINA said...

Assalamualaikum,happy belated birthday buat Syakirah.lawanya anak dara Harleena ni..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
Isyy, isyyy....comeynya anak dara Yong ni. Jaga leklok yaaa!

Unknown said...

assalam kak, apa khabar? lama tak singgah sini. wahh ada majlis mknx2 juga kat sini yer.meriahnya...happy belated birthday buat anak akak ya.

best tgk mee kuning tu saya pun dah lama tak buat sendiri mee kuning..dulu jer rajin buat sendiri sekrng mcm tak berapa nk rajin pula...hehe

Ros said...

selamat ulangtahun moga jadi anak yang solehah..

ina...karpet belgium yang kena 'banjir' tu nampak ok je..

harleena said...

terima kasih atas ucapan semua di sini...