terima kasih sudi follow

Tuesday, February 7, 2012

Salji Bertukar Kepingan Ais

7 Februari, 2011- Hari ketiga selepas turunnya salji di Mondonville dan Toulouse.. Keliling rumah masih dipenuhi salji, masih belum cair walaupun matahari memancarkan sinarannya sebab kesejukkan masih terasa. Hari ni, suhu dalam negatif 6 Celcius.

Seperti biasa, seawal jam 4 aku dah terjaga dan dalam pukul 6, aku kedapur untuk menyiapkan bekalan dan sarapan anak-anak ke sekolah. Hari ni, hari malas.. Biasalah, dah tiga hari anak-anak dan suami bercuti, bila mula bersekolah, memang datanglah penyakit M pagi2 ni. So, pagi2 ni, aku kukus pau segera ajer yang aku beli di Paris Store semalam. Pau kaya dan pau kacang..Nasib baiklah senang nak dapatkan pau halal kat Toulouse ni, dari Shah Alam lagi... Alhamdulillah.




Okey, back to the topic.. Lepas ajer anak-anak gi sekolah ngan Viano yang turnnya diambik oleh Kol Amin (turn hantar anak and ambik anak gi dan balik sekolah) -semoga selamat sampai ke sekolah.. Viano tadi tu slide sikit sbb salji dah bertukar jadi ketulan ais-
Turn cik abang pulak nak gi keje. Semalam  lupa la pulak masukkan kete dalam garage, jadinya pagi ni, cermin keter berais sebab cuaca yang sejuk ni... And kesilapan besar yang kami lakukan ialah dengan gi siram cermin keter tu dengan air. Apa sudah jadi, terus jadi kepingan ais yang meletak kat cermin.. Terlupa dengan tahap kesejukan yang melebihi tahap beku, air yang dicurah terus bertukar jadi ais.. Waduh2, camana ni.... Kereta tu memang ada masalah heater. Apa nak buat, keter lama....


bila disiram air, terus jadi kepingan ais..
Aku cadangkan agar keter tu dimasukkan dalam garage. Then, suami aku suruh letakkan heater manual dalam garage. Okey, nak scrap kepingan ais tu pulak nak pakai apa? terlintas terus dalam kepala hotak aku ni, scrapper roti aku kan ada. Jadi, terpaksa mengorbankan scrapper roti untuk scrap ais atas keter tu.. Dekat 40 minit gak dok bersihkan keter dan akhirnya berjaya... Terlambat sudah ke opis dan terkorban sudah scrapper aku... Camana  buat roti arini.... ish3...
Apa-apapun, semoga suami tersayang selamat sampai ke pejabat dan selamat pulang ke rumah petang nanti.

4 comments:

Unknown said...

Salam dari Peru,

Hai kak, dah 2-3 kali masuk sini tp baru kali ni boleh baca story dgn tenang :)

Sana sini semua bercerita ttg salji, seronok sy dgr... di sini salji tiada :(

Klau nak main salji kena pergi Chile lah nampaknye dlm bulan 6 nnt :)

Salam ukhuwah fillah~

rahel said...

uwaaa..bestnya..banyak salji..

Kak Harleena,trima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel.
Rahel dah follow gak dapur akak.

Cekgu Maz said...

salam...wah seronoknyer kan boley main salji...kita disini boley tengok je la...xpe tumpang gumbira....

harleena said...

Marya Yusuof, thanks sudi singgah blog akak. Salam perkenalan gak buat Marya.. Alhamdulillah, tahun ni ada salji, kalau tidak, kempunan nak tengok salji turun depan mata.

Rahel, thanks sudi follow.. Enjoy reading your blog..

Cekgu Maz, tq..