Cerita pagi ni tak sama cam lagu Anita Sarawak, Tragedi buah epal... Pukul 9 lebih malam tadi, aku dah terlena depan tv dan terjaga dalam pukul 1 lebih.. Kalau dah terjaga, memang la susah nak tidur balik... Pejam celik pejam celik sampai dekat pukul 2 lebih, aku pun tertidur tapi terjaga balik dalam pukul 3.30 am. Jenguk2 kot tingkat, dah memutih kat luar rumah. Salji turun lagi.. Ni bukan citer salji.. Dalam pukul 4 lebih, aku tertidur dan dalam pukul 5 lebih, terdengar suara memanggil-manggil nama aku. Rupanya anak teruna aku kat hujung katil memanggil aku. Katanya ada banyak air kat dining hall aku. Kelam kabut aku bangun terus keluar bilik... Ya Allah, dining hall aku ngan dapur aku dah jadi kolam...
-flash back-
Ingat tak, 8hb Februari lepas air kat dapur rumah aku tak keluar setitispun. Hari-hari aku kena angkut air dari bilik air. Ada sorang pakcik plumber datang rumah cuba betulkan paip kat sinki dapur aku.. Yang peliknya, hanya sinki dapur ajer yang tak ada air. Setelah pakcik plumber tu godek2 bawah sinki tu, dia kata nak datang balik hari isnin nanti.
Entah apa yang dah digodek2 dek pakcik plumber tu, rupanya dia tak ketatkan balik apa yang dia longgarkan so, air memancut keluar dari bawah sinki dapur aku. Air tu la yang menyebabkan berlakunya banjir kat rumah aku ni.. Aku rasalah, sebelum ni air tak ada sebab suhu sejuk yang mencecah negative. Hanya malam tadi, suhu dah tak negative.. 3 degree dan masa banjir tu aku tengok suhu dalam 1 degree C walaupun salji tengah turun. Agaknya, tu la pasal tiba2 air dah tak beku dan keluar kat bawah sinki aku tu... Aduuhh, tensionnya aku. Dah lah ngantuk, bangun sebelum subuh pulak tu kena lap ngan mop lantai. Habis karpet belgium aku basah.. Sure bertompok-tompok karpet aku lepas ni...
|
cuaca pagi ni, 14 Feb 2012 |
|
meja kerja cik abang |
|
dapur |
|
hall |
|
abis lah karpet |
|
pintu ke dapur |
|
mop, jangan tak mop... |
|
salji yang turun awal pagi |
|
belakang rumah, kolam pun dipenuhi salji lagi.. |
8 comments:
wah...
bkn sng nk tgk banjir dlm rmh...
sbr je la...
btw,nice snaps...
trign tgk salji trun...
Ala siannya.. Sejuk2 nak main dgn air mmg bercinta sgt. Hehe.. Xpe la ramai yg membantu tu. Kat sini air x beku sbb paip khas ada penebat haba. Sana jrg bawah tahap beku kan tu yg air jd ais kot. Rumah sana central heating ke? :)
oh...kesiannya ina!
ini kecuaian manusia...maafkanlah aje pasti kita jadi orang yang sabar.
salam ziarah dan kenal.. siannya.. dengan keadaan banjir dalam umah..
isk2 cian pulak nk kene mengemop.pagi2 pulak tu..isk2
aduh kesiannyee...mesti pnt giler nk mop blk tu....suh pak sik tu la dtg mop kak ina heheh
pagi2 dah bersenam ni. hihi!
camne kapet nak kering, salji tu?
Assalamualaikum Harleena, dah kering ke karpet dll tu? Dah la time snowing..sabor je laa..
Post a Comment