terima kasih sudi follow

Monday, April 20, 2009

Jom buat ais krim coklat


Resepinya dari kak Liza. Lepas ni tak payahlah beli ais krim lagi. Yang bestnya, tak payah guna ice cream maker pun.
AIS KRIM COKLAT
Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice
Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer] semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.