terima kasih sudi follow

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Crepe lagi.... resepi 2.


Salam buat semua. Kali ni nak citer pasal crepe lagi tapi seperti yang dijanjikan dalam entri aritu, kali ni nak citer pasal resepi crepe dengan 7 jenis tepung. Resepi ni Ina ambil dari blog spices journey tapi.... ada tapi nya.. seperti biasa, Ina selalunya akan cari resepi dan terpaksa alter resepi ikut bahan-bahan yang ada kat dapur nun.. So, kalau nak gunakan resepi 7 jenis tepung tu, silalah jenguk ke blog yang ina letak kat atas tu. Ina terpaksa kurangkan satu jenis tepung sebab Ina tak ada tepung hong kong kat sini. So, resepi ni Ina alter ikut kesesuaian dan menjadikan resepi ni 6 jenis tepung dan ada bahan-bahan yang ina alter sebab ina gunakan juga santan.

Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan santan tin/kotak
3 sudu besar mentega cair/minyak sayur
sedikit pewarna ikut suka




Cara-cara:
1. Gaul semua dengan whisk
2. Tapis adunan supaya tak ada tepung yang bergentel.
3. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
4. Masukkan satu senduk adunan dalam non-stick pan dan lenggangkan crepe supaya tak tebal dan tak nipis.
5. Tak perlu terbalikkan adunan crepe ni.

Cara buat filing durian crepe tu, boleh jengok kat sini: durian crepe.

Bubuh whip cream dulu, then sudukan isi durian. tutup dengan whip cream di atas.

Lipatkan kiri kanan then lipat pulak yang bawah dan yang atas

Ni bahagian bawah. Bila dah lipat, bolehlah terbalikkan dn hidang..






Tuesday, January 22, 2013

Cerita tentang Crepes, resepi 1

Hari ni Ina nak buka cerita pasal crepe. Sebelum datang Toulouse dulu, tak pernah langsung dengar pasal crepe ni tapi bila dah duduk sini, merata-rata boleh tengok orang jual crepe. Amenda crepe ni? Ni pasal crepe yang dah digoogle di internet:


A Little Crepe History

A crêpe (pronounced /kreɪp/, French IPA: [kʀɛp]) is a type of very thin, cooked pancake usually made from wheat flour. The word, like the pancake itself, is of French origin, deriving from the Latin crispa, meaning "curled." While crêpes originate from Brittany, a region in the northwest of France, their consumption is nowadays widespread in France and is considered the national dish. Crêpes can be compared to the African injera, the tortilla, the Indian dosa and the Mexican sope. Crêpes often have a fruit filling of syrup, mixed berries, fresh fruit or lemon cream.
Jom tengok camana orang kat France ni buat crepe:

So, kesimpulannya kat sini, senang ajer adunan buat crepe ni. Tepung, telur, susu, butter ngan secubit garam. Kalau duduk di France ni, boleh ajer terus beli adunan crepe segera yang ada jual kat supermarket.

Tapi sekarang yang tengah famous kat Malaysia ialah crepe gak tapi crepe durian, (dah kurang sikit famous dibandingkan masa mula-mula dulu). Masa mula-mula musim crepe durian ni, aduhh, rasa tak boleh tahan dah. Hari-hari rakan-rakan fb dok tayang crepe durian. Tu yang buat Ina pun beria-ia nak beli durian gak sebab nak mengcrepe. Resepi, macam biasalah google di internet ajer. Macam-macam resepi boleh dapat. Ada yang menggunakan 3 jenis tepung, 4 jenis tepung hinggalah ke 7 jenis tepung. Mak ooiiiii, very advance crepe orang Malaysia. Orang France dengar pun, sure pening betapa banyak tepung nak kena sediakan.. Sebenarnya, dah tiga kali Ina buat crepe durian kat sini tapi dengan menggunakan durian frozen. Frozen pun frozenlah janji rasanya memang marbeles lebih-lebih lagi orang yang minat durian cam Ina ni.. hehehehe.

First time buat crepe, Ina guna resepi izah daut, yang mana asalnya adalah resepi dari Fiza Nordin. (Izah, link fiza nordin dalam blog tu tak boleh guna. Sorry, tak dapat linkkan resepi fiza kat sini). Resepi ni menggunakan 3 jenis tepung saja tapi bagi Ina, telur tu cam banyak ajer. (Bukan apa, kebetulan stok telur terhad). So, my first trial, Ina terus buat dua adunan sekaligus tapi dengan menggunakan 5 biji telur ajer. Resepi bawah ni untuk rujukan di masa hadapan yang dah di alter dari resepi asal. Resepi asal tak menggunakan santan tapi Ina guna santan untuk rasa lemak dan berkilat. Kalau nak tengok resepi asal, boleh klik kat link izah daut ni.

Crepe Durian Harleena
Bahan-Bahan:
6 sdt gula halus
6 sdt tepung ubi
1 sdt tepung jagung
2 sdt tepung jagung
5 biji telur - pukul sikit
100 ml air
50 ml santan
secubit garam
1 sdt butter - cairkan (boleh gak kalau nak ganti dengan minyak sayur)
2 sdt esen vanila.

Cara-cara:
1. Satukan gula halus, tepung ubi, tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk.
2. Campurkan telur dengan air dan santan serta secubit garam. Tuang dalam bekas tepung.
3. Campurkan butter cair. gaul rata dan akhir sekali, masukkan esen vanill. Kacau sebati. Tapiskan adunan agar tiada tepung yang bergentel.
4. Rehatkan adunan sebentar.
5. Panaskan non stik pan. Tuang sesenduk adunan dan gelek supaya tepung menyeluruh dalam pan. Adunan tepung tu agak-agak, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Masak satu permukaan ajer. Bila tepi tak tak melekat, bolehlah angkat.
Gambar bawah ni merupakan percubaan pertama, bolehlah walaupun kurang gebu.


durian frozen beli di Paris Store

Lebih kurang 4 ulas dengan harga 4.70 euro. Nasib baik biji kecil.

cara untuk buat crepe, whip cream-durian-whip cream. then bungkus.

Filing 
Bahan-bahan:
isi durian
whip cream
1sb gula icing (ikut kemanisan)

Cara-cara:
1. Putar whip cream sebentar, masukkan gula icing dan terus putar hingga jadi kental.
(nak tau dah kental ke belum, terbalikkan mangkuk berisi whip cream tu. Kalau dah kental, whip cream tu tak menitis.)
2. Cara penyediaan crepe durian. 
Ambil sekeping crepe, bubuh whip cream. Then, bubuh isi durian atas whip cream. Lastly, tutup isi durian tu dengan whip cream. Lipatkan crepe tu.

Okey, have to stop my entri for a while. Nak menguruskan rumah pulak.. hehehehe. Nanti Ina akan sharekan satu lagi resepi crepe menggunakan 7 jenis tepung. Chow..









Saturday, January 12, 2013

Pikelets-Amenda tu?

Alang-alang dah tengah rajin update blog ni, aku nak share satu lagi resepi malam ni.



Okey la.  Resepi yang aku nak share resepi omputeh yang namanya pikelet. First time aku buat, entah camana boleh terfikir nak cari resepi pikelet ni dalam internet. Dulu masa kat kedai di Airport London, aku ada ternampak crumpet. Bila aku search internet, rupanya2nya crumpet, pikelet ngan pancake ni lebih kurang adik-beradik lain mak lain bapak, gitu laaa. Hehehehe. Ni maklumat yang aku gali dari internet:


There are many different kinds of pancakes in the world. A pikelet is a type of pancake commonly served in Australia, New Zealand, and Britain. It is thick, fluffy, and often served during teatime.
A pikelet is a small pancake. Similar to American pancakes in flavor, pikelets are made out of milk or buttermilk, salt, flour, sugar, eggs, cream of tartar and baking soda. This type of pancake is also served much like an American pancake, with fruit toppings, jelly, cream, butter, syrup, chocolate sauce, or powdered sugar.
Pikelets can be eaten plain as well. The typical Scottish serving suggestion for a pikelet is with honey and butter, jam, or whipped cream. In Australia, a favorite way to eat the hotcakes is to top them with cream, powdered sugar, and strawberries.

Resepi yang aku buat ni, aku kongsi dari : The English Kitchen  
Pikelet
150g of self raising flour (1 cup)
1 tbs caster sugar
pinch of salt
185ml of milk (3/4 cup)
1 large egg
butter to brush the grill

to serve:

softened butter
honey

Sift the flour, sugar and salt into a bowl. Beat together the milk and egg. Add all at once to the dry ingredients and whisk together until smooth. Heat a large griddle pan, or nonstick frying pan. Brush with butter. Drop the batter by tablespoons onto the heated griddle. Cook until bubbles appear on the surface and the bottom is lightly browned. Flip over and cook on the other side until golden. Allow to cool completely and serve with some softened butter and jam for spreading.
Enjoy.....





Monday, February 13, 2012

cream puff

Hari ni macam hari2 lainnya... Masalahnya, kalau aku dah ngadap internet, mmg tak jadi keje laaa.. So,ni entri pertama aku hari ni sebelum aku tutup laptop ni dan sambung ngan keje rumah, aku just nak share resepi cream puff yang selalu aku buat. Resepi ni lama dah dimintak oleh adik ipar aku dan baru2 ni, di minta oleh teman yang sama-sama merantau ke Touluse ni... gambar ni gambar lama, gambar masa aku buat di Malaysia dulu... Banyak pulak gambar2 yang dah hilang, entah kat mana aku letak.. So, gambar ni ajer yang ada..

dlm kotak untuk di bawak ke rumah kawan
CREAM PUFF
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam dan gula
4 biji telur

Cara-cara:
1. Didihkan air. Masukkan butter. Kacau sebati.
2. Perlahankan api, masukkan garam dan gula. Masukkan tepung gandum.
3. Kacau hingga tepung tak melekat di periuk. (jadi macam doh bulat).
4. Masukkan dalam mangkuk dan biarkan adunan suam-suam kuku.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati. (boleh guna mixer tapi aku selalu kacau dengan senduk kayu ajer).
6. Masukkan dalam piping beg dengan nozzle bintang. Paipkan atas loyang yang telah dialas aluminium foil dan dilengser dengan sedikit minyak.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C selama 20 min..
8. Bukak oven dan cucuk setiap puff dengan lidi atau hujung pisau..  Kemudian, bakar semula dalam lima minit.. Tujuan dicucuk adalah untuk memastikan wap air dalam krim puff keluar supaya bila masak nanti, puff tak akan kecut bila dah sejuk.

Filling:
1. Campur semua bahan kecuali kuning telur. Kacau sebati.
2. Didihkan hingga agak pekat. Kecikkan api.
3. Ambil 2 sudu besar adunan kastard dan letakkan dalam mangkuk kecik dan campurkan dengan
kuning telur. Kacau sebati.
4. Tuangkan semula dalam adunan asal.  Gaul rata hingga sebati dengan cepat..

- bila cream puff dah sejuk, bolehlah dipotong dua dan diisi dengan kastard..

Untuk filling kastard
500 ml susu segar
75 gm tepung jagung
80 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanilla

Nota dari Chef Norzailina: Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah. Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.

Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan. Satu lagi langkah penting setelah krim paf masak dan keperangan adalah mencucuknya dengan hujung pisau tajam. Lakukan dengan cepat. Anda tidak perlu mengangkatnya dari tin pembakar itu atau memastikan setiap ‘lubang’ sempurna. Bila semua paf sudah dicucuk, bakar semula selama 5 minit. Ini adalah untuk memastikan wap air di dalam krim paf keluar. Jika tidak dilakukan, krim paf akan mengecut setelah ia sejuk.




Thursday, February 9, 2012

Pavlova

PAVLOVA- amenda tu pavlova... Ni info dari Mr wiki: Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and sof, light inside. The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during of after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nation for many years, but formal research indicates New Zealand as the probable source..


Dah lama buat pavlova ni, bulan lepas kot tapi baru nak tayang dalam blog.. Resepi ni aku ambik dari blog Mamazieza. Aku ajdust sikit kemanisan pavlova..

PAVLOVA-basic
bahan-bahan:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung

Hiasan:
whipping cream
Buah-buahan (oren, kiwi, strawberry.... ikut suka hati korang..)

notes: Aku guna buah peach dalam tin. Kat tengah2 tu, aku letak fruit cocktail
(Kat sini susah nak jumpa whipping cream yang halal, so aku guna yang segera-aku terus picit atas pavlova. Tapi kena terus makan sebab whip cream ni cepat cair...)


sebelum dibakar

hasilnya...
Dua hari lepas percubaan pertama buat pavlova ni, aku buat sekali lagi. Kali ni tak bubuh whipping cream sebab cik abang tak suka. Makan ngan ais krim pun sodap gak..., meratah ajer pavlova tu pun sedap...

Selamat mencuba.....



Tuesday, January 31, 2012

waffle

Pagi-pagi tadi aku buat waffle untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah.. Resepi waffle ni dari manual waffle maker, malas dah nak cari yang lain.. Tapi kalau perhatikan resepi ni, lebih kurang macam resepi pancake gak tapi kalau buat pancake, anak-anak tak berapa suka. Kalau waffle, memang laku. Sapu dengan butter and nutella..

filing untuk waffle

WAFFLE
bahan-bahan:
300 gm tepung
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
75 gm gula castor
500 ml susu segar
100 gm butter - cairkan dan sejukkan
secubit garam

Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Pukul telur dengan susu hingga sebati.
3. Masukkan gula dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang dicampur dengan baking powder dan sedikit garam. Pukul sebati.
5. Tuangkan butter dan sebatikan adunan. Perap sejam. (tak sempat perap pun)
6. Tuang adunan dalam acuan dan biarkan masak/garing. Angkat.
7. Sapukan dengan inti pilihan..

Sunday, January 1, 2012

Churros

Salam 2012.. Entri pertama aku untuk tahun 2012 ni, aku nak kongsikan resepi churros yang aku buat semalam. Amendanya churros tu: Kalau ikutkan Mr wiki, "sometimes referred to as a Spanish doughnut, ia a fried doug pastry-based snack. Churros are popular in Spain, Latin America, France, Portugal, Morocco, the  United States, Australia and Spanish-speaking Caribbean islands, There are two types of chyurros in Spain, one which is thin (and somnetimes knotted) and the other which is long and thick. They are both normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate."

Lebih kurang gitulah sedikit sebanyak tentang churros ni. Cara buat churros ni lebih kurang sama ajer macam buat cream puff. Kalau tau buat cream puff, jadilah churros ni. Jom buat churros:

Bahan2
1 cawan air
120 gm butter
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung serbaguna (Aku guna tepung gandum ajer)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula aising/gula kastor untuk salutkan churros

Cara:
1. Didihkan air dan masukkan butter serta garam. Biar sebati dan butter larut. Kecikkan api.
2. Masukkah tepung dan gaul rata hingga tepung tak melekat lagi pada periuk.
3. Pindahkan dalam mangkuk dan biarkan suam.
4. Bila adunan dah suam, pecahkan telur dan gaul sebati dengan adunan. Buat hingga habis ketiga2 biji telur.
5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle bintang.
6. Panaskan minyak masak, paipkan adunan dalam minyak sepanjang lebih kurang 2 inci dan putuskan adunan dengan jari.
7. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.



8. Last but not least, gaul dengan gula. Orang kata lagi sedap kalau gula campurkan dengan serbuk kayu manis sikit tapi aku tak buat sebab takut anak2 tak suka.
9. Last sekali, bolehlah masukkan dalam mulut dan kunyah... hehehe



Monday, December 26, 2011

Tiramisu

setelah lama tak share resepi kat blog ni, arini nak share simple tiramisu resepi. Semalam ada kawan dtg rumah. Kebetulan, still ada tiramisu dalam fridge tu, so bagi la Zabidah and Ieyna rasa. Bagi aku, kurang minat sikit versi ni sebab aku guna cream Anglaise dan terasa sangat vanilla flavour tu tapi Za ngan Ieyda kata, sedap... Hehehehe, malu I orang kata sedap.. Chewah, perasan la ko... Anyway, seperti yang dijanjikan pada Zabidah dan ieyna, ni nak share resepi tiramisu..

Dan semalam memang resepi tetamu yang berkunjung ke rumah sebab aku semalam dalam percubaan buat roti peranchis a.k.a baguette.. Kat sini boleh beli murah ajer baguette ni, tak sampai satu euro tapi disebabkan teringin gak nak rasa bugette buatan tangan sendiri, aku buat jugak... Ok laaa. Dalam scale 1-10, aku bagi 4. First time le katakan. hehehehe. Kena try buat lagi ni..

Semalam gak aku buat yorkshire pudding dan aku buat beef stew untuk makan ngan pudding tu. Walaupun namanya puding tapi ni jenis savoury pudding. Boleh ajer nak makan ngan kari ke, sambal ke or stew cam aku buat tu.. Resepi yorkshire pudding ngan roti baguette, di entri lain. Entri ni nak share pasal tiramisu. Aku memang minat gak makan tiramisu ni. Selalu kalau gi KFC kat Blagnac nun, aku selalu mintak tiramisu tapi dalam 2-3 kali aku makan, tak pernah tergerak nak tengok ingredient dia sebab bagi aku, KFC tu halal dan aku ingatkan semuanya halal dimakan oleh Malaysian muslim macam aku ni hinggalah satu hari tu aku tergerak nak baca. Baca punya baca punya baca (tulisan perancis, jenuh nak faham) tapi yang aku faham sekali tentang E-codenya... Tengok2, ada pulak E471. Ya Allah, selama ni tak terlintas nak tengok pun. So, sejak tu, aku tak makan dah tiramisu kat KFC dan sekarang ni, langsung tak makan pun kat KFC sebab dag tak ada halal cert lagi dah...

Back tu tiramisu, aku search dan jumpa banyak versi dan resepi tiramisu ni. Ada yang guna whipped cream yang mana susah juga nak buat sebab kat sini aku still tak jumpa whip cream  yang tak ada E471. Ada resepi pakai telur dan for sure telur tu tak masak. Bagi aku, okey ajer tapi rasanya anak aku tu kalau tau ada telur tak masak, dia tak makan. Dan ada yang guna serbuk agar2 and lastly aku jumpa yang gunakan Cream Anglaise yang senang didapati di supermarket macam Carrefour, intermarche atau mana2lah.. Ni resepinya yang aku dapat dari sini: Arif-France





























TIRAMISU simple..

250 gram cheese mascorponne
1 pek cream anglaise
Gula icing ikut manis (Dlm 1 sudu kecil)
biskut sponge fingers
2 sudu teh nescafe + 1/2 cwn air panas + 1sudu teh gula


Cara2:
1. Putar cheese mascaponne + cream anglaise + gula aising
2. Susun biskut jejari span dalam mangkuk, sira dengan nescafe hingga basah keseluruhan biskut.
3. Lapiskan dengan campuran cheese tadi. Ratakan.
4. Susun lagi biskut atas adunan cheese tadi. Sira lagi dengan nescafe hingga rata.
5. Lapiskan lagi dengan campuran cheese.
6. Ulang step 2 td dan diakhiri dengan adunan cheese di atas sekali.
7. Akhir sekali, ayakkan serbuk koko diatasnya dan hias dengan hirisan coklat.
8. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan... voilla..


bhn2 utk buat tiramisu
susun jejari span dan sira dengan nescafe

2nd layer of span.

lapiskan dengan adunan mascaponne+cream anglaise

Enjoy the recipe.....

Tuesday, February 8, 2011

Pancake

Pancake for breakfast.. Buat dua adunan. Memang sedap dan lembut tapi syaratnya, kena makan panas2 baru sedap.




Resepi asal pancake ni ambik kat sini tapi aku dah ubahsuai sebab tak nak bubuh blueberry. Takut ada  yang tak nak makan pulak. Anak2 ni pelik sikit..  Kat bawah ni resepi yang dh diubahsuai dari resepi asal.

Pancake

Bahan2
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder - ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula 
Cara2
  1. Masukkan telur, gula dan air  ke dalam mangkuk. Kacau sekejap dgn "hand whisk"
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikkan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak. 

    Nota:
- Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
- Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.

Masa hidang pancake ni, aku hidang sekali ngan madu, jem strawberry ngan chocolate sos. Ada gak anak yang picit whipped cream atas pancake tu. Ikut suka hatilah nak makan ngan apa2 pun.

Thursday, June 24, 2010

Dorayaki

Ingatkan dalam cerita Doreamon aje ada dorayaki ni tapi wujud juga rupanya makanan kegemaran doreamon ni. Resepi dapat dari internet. Maaf tuan punya resepi, dah lupa siapakah anda sebab dah lama salin resepi ni tapi baru buat.

Bhn2
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu kecil baking soda
4 sudu besar air/susu segar
6 biji telur
Inti (kacang merah, choc, peanut butter, kaya)

Cara:
1. Larutkan baking soda dengan air/susu segar. Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.
3. Masukkan campuran baking soda dan tepung ke dalam adunan telur. kacau sebati.
4. Panaskan kuali leper dan lengser dengan sedikit minyak. tuang adunan dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar untuk membentuk lempeng kecil (pancake). terbalikkan bila buih timbul di permukaan kuih.
5. Masak hingga habis adunan.
6. Bila sejuk, sapu inti pilihan di tengah dan tangkupkan dua.
(Adunan ni jadi banyak, so boleh buat 1/2 sahaja)

Tuesday, January 12, 2010

Cream caramel




                                 
                                                          
Karamel
100 gm gula castor
60 ml air

Bahan Kastard
6 biji telur
110 gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
500 ml Susu Segar/UHT Milk - dipanaskan

Cara buat karamel

1. Panaskan gula castor dan air di dalam bekas (seeloknya acuan kuih sendiri) dengan api yang perlahan....biarkan sehingga semua gula larut dan seterusnya ia bertukar ke warna dark brown.
2. Sekali sekala goyang2kan acuan untuk meratakan gula tadi. Tak perlu dikacau. Biarkan ia larut sendiri.
3. Kemudian angkat, dan sejukkan sebentar di dalam peti. Sekadar 5-10 minit sahaja sehingga karamel itu keras sedikit. (Untuk mempercepatkan proses, letak bekas dlm acuan lain yang berisi air sejuk). Boleh lengser sedikit mentega di tepi acuan supaya proses mengeluarkan nanti menjadi lebih mudah.

Cara Penyediaan bhn kastad

1. Letakkan semua telur, gula, esen vanila ke dalam bekas. Kacau dengan perlahan sahaja sehingga gula larut.
2. Sementara itu, panaskan susu (tidak perlu sampai menggelegak) dan tuangkan ke dalam adunan tadi sambil dikacau.
3. Tapiskan adunan ini dan tuang ke atas karamel yang telah beku tadi.
4. Sementara itu, jgn lupa panaskan oven bersama sebekas air (utk tujuan steam bath) atau boleh gunakan air panas.
5. Letakkan acuan tadi ke dlm bekas berisi air panas dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nampak adunan masih bergoyang, tambahkan masa sedikit.
6. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul2 sejuk, baru keluarkan dari acuan.