terima kasih sudi follow

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Bersahur

Baru lepas bersahur. Macam biasa, panaskan lauk berbuka semalam.. Anak2 tgh tengok kartun sambil tunggu waktu subuh. Aku ambik kesempatan jengok blog jap... Pas ni, nak sambung tidur, kalau boleh tidur baliklah hingga jam 6.45 untuk kejutkan suamiku ke pejabat pulak.. Karang, harap2 ada kesempatan untuk masukkan resepi yang aku dah buat kebelakangan ni.... Jom tidur....
gambar sumbangan Mr Google....

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

Walaupun dah terlewat tapi aku still nak wish Salam Ramadhan... Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa.
Keutamaan Bulan Ramadhan - Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat muslim di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan, di mana ianya merupakan bulan pengampunan  dan bulan limpahan rezeki dari Allah S.W.T.

Keutamaan Bulan Ramadhan bukan hanya terletak dari menahan lapar dan haus, acara buka dan sahur bersama keluarga tetapi keutamaan bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah. Antara keutamaannya:
  1. Bulan Ramadhan adalah bulan Allah
  2. Bulan yang membawa berkah
  3. Bulan yang membawa rahmat
  4. Bulan yang paling mulia di sisi Allah
  5. Bulan di mana ibadah sunat menjadi pahala ibadah wajib serta ibadah wajid dilipat gandakan pahalanya.
  6. Nafas kita menjadi tasbih
  7. Tidur kita menjadi ibadah
  8. Amal-amal kita diterima
  9. Memberi makan orang yang berbuka/sahur akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala dari puasa kita.
  10. Melakukan solat fardhu ganjarannya sama dengan 70 kali solat fardhu di bulan lain.
  11. Membaca satu ayat Al-Quran ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran di bulan lain.
 

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Ke-7

rDah seminggu kita berpuasa. Dalam bulan Ramandhan ni, terasa malas sekali nak menatap komputer, sedangkan banyak gambar2 yang diambil tapi kemalasan memang menebal.

Hari ni, walaupun komputer dibuka dan blog diteroka tapi masih tebal malasnya untuk menaip baris2 ayat di dalam blog ini. Sekadar mengisi butir2 yang tidak berpenghujung.

Apa pulak menu ari ni ye?

Thursday, August 12, 2010

Satu Ramadhan

Entri ni sepatutnya ditaip semalam tapi tak berkesempatan. Hari ni, merupakan hari pertama berpuasa. Aku bangun seawal jam 4 pagi walaupun sebenarnya, dah 5-6 kali terjaga. Tidur yang tak pernah lena. Panaskan sup tulang semalam dan bersahurlah kami dengan apa yang ada. Alhamdulillah, hanya ini rezeki buat bersahur pagi ini.
Jam 6.50, aku keluar rumah menghantar anak2 ke sekolah. Kenapalah jalan sesak hingga terlewat sampai ke sekolah anak. Jam 7.40 baru tiba di sekolahnya. Apa yang ada di fikiran ialah, "esok kena keluar awal lagi".....

Jam 10 pagi, aku keluar lagi ke Giant Shah Alam. Rezeki di pagi hari. Ada pelanggan yang call nakkan rxlite. Jam 12.30, aku keluar lagi untuk menghantar anak terunaku ke sekolah yang bermula jam 1.05, then terus ke TTDI Jaya untuk mengambik anak sulungku yang habis sekolah jam 12.30. Then, aku bergegas ke Bukit Jelutong semula untuk mengambil anak2 di sekolah sana yang tamat persekolahan jam 1.05.

Menu berbuka hari ini hanyalah ayam panggang lada hitam dan aku buat puding roti untuk pencuci mulut. Minumannya pula adalah air tebu, request dari anak terunaku.

Wednesday, August 11, 2010

Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz Niat -

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

•Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

•Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

•Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya: “Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat -
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Buka Puasa -
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

 perkongsian dari FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tuesday, August 10, 2010

Fasa-fasa puasa yang berjaya

rFasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan tiba lagi.
peringatan buat renungan. Agar Ramadhan ditempuh dengan penghayatan.
Bukan bulan manusia rancak memusimkan agama tanpa makna.
Jangan berpuasa tanpa agama.
Jangan beragama tanpa Tuhan.

Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” 
[al-Baqarah : 185]

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan keinsafan. Dengan kesempatan yang ada juga, ingin aku memohon kemaafan seandainya ada bicara yang menguris hati, ada tulisan yang merobek jiwa. Semoga dengan kemaafaan dari teman2, dapat kulalui Ramadhan dengan penuh keberkatan.