klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, March 11, 2013

Roti oh Roti


Sejak dua menjak ni, Ina terlebih rajin pulak. Asyik dok buat roti ajer.. Dulu2 buat gak tapi cam tak puas hati sebab roti tu walaupun jadi , ianya tak selembut roti bun yang selalu makan. Sejak dua menjak ni, menjadi pulak roti yang dibuat lebih-lebih lagi menggunakan yis dari malaysia. Aik, macam nak kata yis malaysia yang melembutkan roti ke tapi dulu dok buat guna yis sini, nak tunggu naik memang lama dan roti tak selembut yang menggunakan yis malaysia. Salah adunan ke, salah yis ke suratan ke atau kebetulan... Entahlah. Semalam buat roti lagi dan gunakan yis dari malaysia. Yis pulak dah nak habis so pagi ni buat menggunakan yis sini, levure boulangere. Untuk doh pertama naik tu ambil lebih kurang sejama setengah. Lepas di bentuk, tunggu naik sekali lagi dah sejam tapi naik tak berapa gebu. Aduihhhhh. Pehal ni. Kena double kan yis ke? Anyway, ni resepi doh yang selalu dibuat sejak dua menjak ni menggunakan yis dari malaysia untuk rujukan masa hadapan. Sebenarnya, doh roti ni macam-macam yang boleh kita dapat di internet. Bahan-bahannya lebih kurang serupa: tepung, gula, garam, air, telur, yis, butter, susu tepung. Yang bezanya adalah kuantiti bahan-bahan tersebut. Kalau ada tepung roti, bolehlah guna tepung roti tapi ina gunakan tepung gandum biasa ajer. Ada yang bubuh gula lebih, ada yang bubuh butter lebih..

Basic bread dough:
500 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
1 sk garam
1 biji telur A (ina guna 2 biji telur saiz kecil)
(Simpan sedikit telur untuk disapu atas roti)
250 ml air
(jumlah air + telur lebih kurang 290 ml)                                                 
1/2 sk bread improver
1/2 sk bread softener
1 packet yis (11 gm)
50 gm mentega
20 gm susu tepung

Nota: Jangan bubuh semua sekali air, kalau nampak keras doh tu, tambah air sebab kualiti tepung berbeza kelembapannya.

cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk mixer. Gaul rata dalam 30 saat.
2. Tuangkan adunan cecair. Putar dengan mixer menggunakan dough hook selama lebih kurang 20-30 minit hingga adunan doh kenyal.
3. Masukkan doh dalam mangkuk dan tutup dengan plastik (cling wrap). Rehatkan doh lebih kurang sejam atau hingga doh naik dua kali ganda.
4. Timbang doh 50 gm setiap satu. Untuk bun pizza, cananikan doh dan letak sausage. bubuh mayo serta cili sos.
5. Untuk bun manis, bulat-bulatkan dan bubuh dalam loyang. Bolehlah di sapukan dengan telur.
6. Biarkan bun tadi naik sekali ganda lagi lebih kurang dalam 45 minit.
7. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 15 minit.


Tuesday, February 19, 2013

Pening-mana hilang gambar2 ni..



Salam. Lama tak update blog padahal hari-hari ada ajer entri atau resepi yang perlu dimasukkan dalam blog untuk tatapan kemudian hari. Tapi apakan daya, sejak laptop rosak, jadi malas nak update sebab banyak gambar-gambar tersimpan dalam laptop. Ni update pun gunakan laptop suami. Tapi bila jenguk balik entri yang lepas-lepas, baru perasan banyak gambar dah hilang sejak laptop tu rosak. Heran gak, apa kena mengena laptop rosak ngan kehilangan gambar-gambar dalam blog tu walaupun gambar-gambar tu memang dari dari laptop yang rosak tu. Musyil jap.... Sapa la tau jawapannya... banyak jugak entri yang kehilangan gambar. Aduuhhhh, frust betul laaa. Tak apa, pelan-pelan kita akan buat post-mortem.. hehehehehe


Wednesday, February 6, 2013

Cotton cheese cake


Entri ringkas arini. Nk share resepi cotton cheese cake dari buku The Joy Of Baking.

Bahan2
140 gm gula halus
6 biji putih telur
1/4 st krim of tartar (tak bubuh sbb tak ada)
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung

50 gm mentega
250 gm cream cheese
6 biji kuning telur
100 ml susu segar
1sb jus lemon

Cara:
1. Cair krim keju, mentega dan susu secara double boiler. Biarkan sejuk.
2. Tambah kuning telur dan jus lemon.
3. Pukul putih telur dgn krim if tartar hingga sedikit kembang.
4. Campurkan tepung jagung dn tepung kek. Kacau sebati.
5. Campurkan kedua2 adunan dan kacau rata dgn cara kaup balik.
6. Tuang adunan dlm loyang 8 in
7. Bakar secara bain-marie pd suhu 160 C selama 1 jam 10 minit.

Mohon maaf kalau gambar tk ada caption, akan diperbetulkan bila dh bukak laptop nnti. Susah betul nk update blog ngan hp ni..

Friday, February 1, 2013

Chocolate oreo ice cream

Salam. Setelah berhari2 tk uplate blog, malam ni ina cuba mengupdate menggunakan hp pulak. Bkn tk nak update tapi rasanya dh hampir seminggu laptop tu rosak dan usaha membaiki blm berhasil lg. So, disebabkan baru buat ais krim tadi jadi teringin la nk kongsi resepi. Dalam fb dh kongsi tp untuk rujukan, ina lebih selesa berkongsi dalam blog ni.
Tadi sempat buat ais krim coklat oreo. My second ice cream i've made within two weeks. Last time it was chocolate ice cream but this time, I've added oreo. Senang ajer nk buat ais krim ni sbb tk banyak bahan yang digunakan. Jom jenguk resepi.

Ais krim coklat oreo
Bahan-bahan:
1  tin susu pekat
2 tin whipping cream
4-5 sudu besar serbuk koko
7-8 keping biskut oreo (buang krim dan kisar halus)

Cara-cara:
1. Putar susu dan whipping cream hingga kental.
2. Campurkan serbuk koko. Putar sebentar hingga sebati.
3. Campurkan biskut oreo. Gaul sekata. 4. Masukkan dlm bekas. Sejukkan semalaman dalam freezer.

Terima kasih buat Raja Ipah atas perkongsian resepi ni. Raja ipah ni sebenarnya kenalan di fb tapi dia juga merupakan junior ina masa sekolah rendah dulu.

Thursday, January 24, 2013

Crepe lagi.... resepi 2.


Salam buat semua. Kali ni nak citer pasal crepe lagi tapi seperti yang dijanjikan dalam entri aritu, kali ni nak citer pasal resepi crepe dengan 7 jenis tepung. Resepi ni Ina ambil dari blog spices journey tapi.... ada tapi nya.. seperti biasa, Ina selalunya akan cari resepi dan terpaksa alter resepi ikut bahan-bahan yang ada kat dapur nun.. So, kalau nak gunakan resepi 7 jenis tepung tu, silalah jenguk ke blog yang ina letak kat atas tu. Ina terpaksa kurangkan satu jenis tepung sebab Ina tak ada tepung hong kong kat sini. So, resepi ni Ina alter ikut kesesuaian dan menjadikan resepi ni 6 jenis tepung dan ada bahan-bahan yang ina alter sebab ina gunakan juga santan.


Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan santan tin/kotak
3 sudu besar mentega cair/minyak sayur
sedikit pewarna ikut suka




Cara-cara:
1. Gaul semua dengan whisk
2. Tapis adunan supaya tak ada tepung yang bergentel.
3. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
4. Masukkan satu senduk adunan dalam non-stick pan dan lenggangkan crepe supaya tak tebal dan tak nipis.
5. Tak perlu terbalikkan adunan crepe ni.

Cara buat filing durian crepe tu, boleh jengok kat sini: durian crepe.

bubuh whip cream, bubuh isi durian, bubuh whip cream atas isi durian

cara lipat crepe





Jalan-jalan shopping-Menjenguk baby Aneesa


Ni nak update citer sabtu lepas, 19 Jan 2013. Tengahari ni, kami gi jalan2 ke Blagnac dengan tujuan nak cari kasut untuk anak-anak. Maklumlah, masa ni Toulouse tengah soldes (jualan murah musim sejuk). Kami pergi kedai kasut dan ada la kasut Rebook yang Hanif nak beli. Pilih punya pilih saiz, then masa nak ambik tu, carilah kotak yang ada saiz yang dipilih. Bukak 3-4 kotak tapi dalam semua kotak tu ada sebelah ajer kasut. Jenuh mencari orang keje nak tanya pasal kasut tu. Pelik gak, apasal ada sebelah ajer kasut. Takkan lah orang beli sebelah kot, imposibble betul. Kedai kasut kat sini bukan macam kedai kasut kat Malaysia. Ada ajer yang dok ikut nak tolong carikan kasut. Tapi kat sini, sendiri kena cari. Saiz semua ada kat situ. Kalau tak jumpa saiz yang korang nak, maknanya tak adalah saiz tu lagi. Jarang nampak ada salesman/woman yang jaga dalam kedai tu. Macam aritu tu laaa, ada sorang ajer minah france yang keje, tu pun dia keje jaga cashier. Jenuh dok cari orang keje akhirnya nampaklah sorang lagi minah perancis ni. Bila tanya kat dia, rupanya dia kata, bawak kasut tu gi cashier, then kat cashier tu baru dia ambikkan sebelah lagi. Pelik betul la pulak...

Lepas jalan-jalan kat Blagnac ni tapi tak dapat cari kasut yang berkenan di hati anak-anak dara Ina, so jalan pulak ke kedai kasut area Roques berdekatan dengan Ikea. Still tak ada kasut yang berkenan di hati. Lepas dari situ, kami menghala pulak ke factory outlet di Nailloux. Kat Nailloux tu, Ina yang nak pegi sebab nak beli preassure cooker.. Ni barang-barang yang sempat di sambar di factory outlet.
sempat menjenguk ke kedai coklat, lindl

Balik dari factory outlet, persinggahan terakhir hari ni, gi jenguk kawan di Toulouse ni yang baru melahirkan anak diberi nama Irdina Aneesa. Kita layan gambar..
Baby Irdina Aneesa
Ibu dan baby Aneesa

Tuesday, January 22, 2013

Cerita tentang Crepes, resepi 1

Hari ni Ina nak buka cerita pasal crepe. Sebelum datang Toulouse dulu, tak pernah langsung dengar pasal crepe ni tapi bila dah duduk sini, merata-rata boleh tengok orang jual crepe. Amenda crepe ni? Ni pasal crepe yang dah digoogle di internet:


A Little Crepe History

A crêpe (pronounced /kreɪp/, French IPA: [kʀɛp]) is a type of very thin, cooked pancake usually made from wheat flour. The word, like the pancake itself, is of French origin, deriving from the Latin crispa, meaning "curled." While crêpes originate from Brittany, a region in the northwest of France, their consumption is nowadays widespread in France and is considered the national dish. Crêpes can be compared to the African injera, the tortilla, the Indian dosa and the Mexican sope. Crêpes often have a fruit filling of syrup, mixed berries, fresh fruit or lemon cream.
Jom tengok camana orang kat France ni buat crepe:

So, kesimpulannya kat sini, senang ajer adunan buat crepe ni. Tepung, telur, susu, butter ngan secubit garam. Kalau duduk di France ni, boleh ajer terus beli adunan crepe segera yang ada jual kat supermarket.

Tapi sekarang yang tengah famous kat Malaysia ialah crepe gak tapi crepe durian, (dah kurang sikit famous dibandingkan masa mula-mula dulu). Masa mula-mula musim crepe durian ni, aduhh, rasa tak boleh tahan dah. Hari-hari rakan-rakan fb dok tayang crepe durian. Tu yang buat Ina pun beria-ia nak beli durian gak sebab nak mengcrepe. Resepi, macam biasalah google di internet ajer. Macam-macam resepi boleh dapat. Ada yang menggunakan 3 jenis tepung, 4 jenis tepung hinggalah ke 7 jenis tepung. Mak ooiiiii, very advance crepe orang Malaysia. Orang France dengar pun, sure pening betapa banyak tepung nak kena sediakan.. Sebenarnya, dah tiga kali Ina buat crepe durian kat sini tapi dengan menggunakan durian frozen. Frozen pun frozenlah janji rasanya memang marbeles lebih-lebih lagi orang yang minat durian cam Ina ni.. hehehehe.

First time buat crepe, Ina guna resepi izah daut, yang mana asalnya adalah resepi dari Fiza Nordin. (Izah, link fiza nordin dalam blog tu tak boleh guna. Sorry, tak dapat linkkan resepi fiza kat sini). Resepi ni menggunakan 3 jenis tepung saja tapi bagi Ina, telur tu cam banyak ajer. (Bukan apa, kebetulan stok telur terhad). So, my first trial, Ina terus buat dua adunan sekaligus tapi dengan menggunakan 5 biji telur ajer. Resepi bawah ni untuk rujukan di masa hadapan yang dah di alter dari resepi asal. Resepi asal tak menggunakan santan tapi Ina guna santan untuk rasa lemak dan berkilat. Kalau nak tengok resepi asal, boleh klik kat link izah daut ni.

Crepe Durian Harleena
Bahan-Bahan:
6 sdt gula halus
6 sdt tepung ubi
1 sdt tepung jagung
2 sdt tepung jagung
5 biji telur - pukul sikit
100 ml air
50 ml santan
secubit garam
1 sdt butter - cairkan (boleh gak kalau nak ganti dengan minyak sayur)
2 sdt esen vanila.

Cara-cara:
1. Satukan gula halus, tepung ubi, tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk.
2. Campurkan telur dengan air dan santan serta secubit garam. Tuang dalam bekas tepung.
3. Campurkan butter cair. gaul rata dan akhir sekali, masukkan esen vanill. Kacau sebati. Tapiskan adunan agar tiada tepung yang bergentel.
4. Rehatkan adunan sebentar.
5. Panaskan non stik pan. Tuang sesenduk adunan dan gelek supaya tepung menyeluruh dalam pan. Adunan tepung tu agak-agak, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Masak satu permukaan ajer. Bila tepi tak tak melekat, bolehlah angkat.
Gambar bawah ni merupakan percubaan pertama, bolehlah walaupun kurang gebu.


durian frozen beli di Paris Store

Lebih kurang 4 ulas dengan harga 4.70 euro. Nasib baik biji kecil.

cara untuk buat crepe, whip cream-durian-whip cream. then bungkus.

Filing 
Bahan-bahan:
isi durian
whip cream
1sb gula icing (ikut kemanisan)

Cara-cara:
1. Putar whip cream sebentar, masukkan gula icing dan terus putar hingga jadi kental.
(nak tau dah kental ke belum, terbalikkan mangkuk berisi whip cream tu. Kalau dah kental, whip cream tu tak menitis.)
2. Cara penyediaan crepe durian. 
Ambil sekeping crepe, bubuh whip cream. Then, bubuh isi durian atas whip cream. Lastly, tutup isi durian tu dengan whip cream. Lipatkan crepe tu.

Okey, have to stop my entri for a while. Nak menguruskan rumah pulak.. hehehehe. Nanti Ina akan sharekan satu lagi resepi crepe menggunakan 7 jenis tepung. Chow..









Monday, January 21, 2013

salji oh salji


Sebaik terjaga dari tidur semalam, ahad 20 Jan 2013 Ina terus ngadap fb guna hp (seperti biasa bila terjaga dari tidur). Ternampak status jiran depan rumah, kak Alawiah masukkan gambar si putih salju. Apa lagi, terus Ina bukak tingkap bilik. Subhanallah, segala-galanya putih dan si putih terus turun dengan lebatnya. Terlalu excited, terus lari ke bilik anak to inform them. Sebenarnya, ni kali ke tiga rasanya si putih menjenguk Mondonville tapi kali ni, memang lebat dan jalan-jalan dipenuhi salji. sebelum ni, memang nipis sangat dan hanyut di bawa hujan yang datang kemudiannya.

Masa ni salji tengah turun dengan lebatnya...
Ina memang excited sangat menunggu salji turun di Mondonville ni begitu juga anak2 especially Syafiqah n Shuhada. Bukan apa, mungkin ni merupakan salji terakhir kami di France.. Sedih gak sebenarnya tapi kalau setakat ni ajer rezeki kami di France, Ina redha dengan pemergian kami pulang semula ke Malaysia.

Tapi sayangnya, si putih salju tak lama hadirnya sebab lepas ianya turun dengan lebat, diiringi pulak dengan hujan. Bila dah hujan, mulalah jalan jadi lecak. Jom layan gambar2 yang sempat diambil..






Bila salji mula mencair, mula lah kelam kabut bergambar kat luar rumah

salji mula cair ditimpa hujan

perkarangan Carrefour mula lecak 
Banyak lagi gambar-gambar dalam kamera yang belum diupload masuk ke komputer.. nanti Ina akan share gambar-gambar lain.

Roti naik Pahang Tok Mak


Salam. Semalam hari ahad hari untuk bermalas-malasan dalam rumah. Masing-masing dengan laptop dan ada yang tengok tv so terasa amat boring pulak. Apa lagi, Ina pun masuk dapur. Dalam kepala otak ni, nak buat muffin epal sebab pagi tadi gi Carrefour ada beli epal. Dalam kepala otak ni gak, teringin nak buat roti. Jadi, dua-dua sekali Ina buat. Mula-mula uli roti dulu dengan mesin uli. Lama gak Ina uli, dalam setengah jam. Kalau ada BM, boleh ajer gunakan BM. Sementara tunggu roti tu kena uli, Ina buat epal muffin. Sebenarnya banyak resepi roti yang ada dalam simpanan Ina samada dapat dari internet ataupun gi belajar masa kat Malaysia dulu tapi entri kali ni nak share resepi roti dari kenalan di FB iaitu Tok Mak. Tok Mak  ni bukan takat pandai buat roti ajer tapi merupakan usahawan gak. Di laman FBnya, Tok Mak  ada menjual rempah soto serta puding raja. Masih tak berkesempatan nak merasa puding raja  Tok Mak tapi insyaAllah balik KL nanti, nak cuba gak. Sesiapa yang nak beli rempah soto yang uummmpp ni atau nak rasa puding raja  Tok Mak, bolehlah skodeng FB Tok Mak kat sini: Tok Mak



Roti Naik Pahang
(resepi Tok Mak)
Bahan-bahan
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4 CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI @ MAURIPAN  (Ina guna sebungkus)
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING. (tak guna pun sebab tak ada)
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG 

Cara-Cara:

1. Masukkan tepung, gula, ibu roti ngan marjerin dalam mangkuk uli.
2. Tuangkan adunan cecair.
3. Uli hingga doh jadi kenyal.
4. Bulatkan doh dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. (lebih kurang sejam gitu)
5. BIla dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Then bahagikan doh. Ina timbang tiap2 doh tu dalam 50 gm. Then bulat2kan dan rehatkan sekali lagi. Kalau nak buat sausage roll, gulung kan doh tu memanjang dan belitkan doh tu pada sausage. 
6. Bila doh dah naik, bolehlah bakar dengan suhu 170C selama lebih kurang 20 minit.

Nota: Masa doh tu dah kembang dalam loyang, Ina gunting bentuk X dan bubuh butter ngan gula. Baru Ina bakar. Bila dah siap masak, Ina sapu butter atas roti tu bagi nampak berkilat.