klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

imej dari jakartaphotoclub.com

Lagi beberapa jam, kita akan meninggalkan 2011 dan memulakan lembaran di tahun baru masihi 2012. Banyak lagi entri2 yang masih belum aku masukkan untuk dijadikan kenangan buat anak2 dan mungkin jugak cucu2ku di masa akan datang. Semoga blog ni akan terus bertahan buat 10 atau 20 tahun akan datang atau mungkin lebih.
Entri akan bersambung lagi dengan kenangan tahun 2011..

Salama tahun baru buat semua yang sudi menjengukkan diri ke blog aku yang tak seberapa ni..

Monday, December 26, 2011

Mangga ngan kuah rojak

Aku rasa, inilah penutup entri aku untuk malam ni.. Keletihan, baru balik dari shopping... hehehehe. Just beli kelengkapan untuk gi main salji, insyaAllah hari rabu ni. Last time pergi masa kat Cauteret dulu (entri still terperap lagi), pakai kasut biasa ajer. Akibatnya, stokin dalam kasut tu pun boleh diperah. Sejuknya, tak yah citer laa. So, ni buat persediaan awal sebelum pergi.

Berbalik untuk entri malam ni, lepas dinner yang anak2 sediakan (meggie goreng.. Sedap. Thanks anak2 umi), aku potong mangga dan buat kuah pencicah. Simple ajer. Malas nak tumbuk so aku potong halus cili api, campur ngan kicap manis sikit dan kicap masin. Campur ngan gula. Lastly but not least, aku cincang2 kacang. Gaul semua bahan. Simple tapi sedap..



Aku dan majalah Nur

Sapa2 kat Malaysia tu, cer korang gi beli majalah Nur keluaran Karangkraf... Bukan apa, ada citer tentang aku kat dalam majalah tu... hehehehe. Aku juga yang tak boleh baca. Berapa lah agak2nya kalau nak suruh poskan majalah tu sampai ke sini. Jom tengok sikit tentang citer tu yang dihantar oleh adik iparku di Malaysia... Gambar tangkap guna bb ajer, so tak berapa clear.. Thanks adik2..








Tiramisu

setelah lama tak share resepi kat blog ni, arini nak share simple tiramisu resepi. Semalam ada kawan dtg rumah. Kebetulan, still ada tiramisu dalam fridge tu, so bagi la Zabidah and Ieyna rasa. Bagi aku, kurang minat sikit versi ni sebab aku guna cream Anglaise dan terasa sangat vanilla flavour tu tapi Za ngan Ieyda kata, sedap... Hehehehe, malu I orang kata sedap.. Chewah, perasan la ko... Anyway, seperti yang dijanjikan pada Zabidah dan ieyna, ni nak share resepi tiramisu..

Dan semalam memang resepi tetamu yang berkunjung ke rumah sebab aku semalam dalam percubaan buat roti peranchis a.k.a baguette.. Kat sini boleh beli murah ajer baguette ni, tak sampai satu euro tapi disebabkan teringin gak nak rasa bugette buatan tangan sendiri, aku buat jugak... Ok laaa. Dalam scale 1-10, aku bagi 4. First time le katakan. hehehehe. Kena try buat lagi ni..

Semalam gak aku buat yorkshire pudding dan aku buat beef stew untuk makan ngan pudding tu. Walaupun namanya puding tapi ni jenis savoury pudding. Boleh ajer nak makan ngan kari ke, sambal ke or stew cam aku buat tu.. Resepi yorkshire pudding ngan roti baguette, di entri lain. Entri ni nak share pasal tiramisu. Aku memang minat gak makan tiramisu ni. Selalu kalau gi KFC kat Blagnac nun, aku selalu mintak tiramisu tapi dalam 2-3 kali aku makan, tak pernah tergerak nak tengok ingredient dia sebab bagi aku, KFC tu halal dan aku ingatkan semuanya halal dimakan oleh Malaysian muslim macam aku ni hinggalah satu hari tu aku tergerak nak baca. Baca punya baca punya baca (tulisan perancis, jenuh nak faham) tapi yang aku faham sekali tentang E-codenya... Tengok2, ada pulak E471. Ya Allah, selama ni tak terlintas nak tengok pun. So, sejak tu, aku tak makan dah tiramisu kat KFC dan sekarang ni, langsung tak makan pun kat KFC sebab dag tak ada halal cert lagi dah...

Back tu tiramisu, aku search dan jumpa banyak versi dan resepi tiramisu ni. Ada yang guna whipped cream yang mana susah juga nak buat sebab kat sini aku still tak jumpa whip cream  yang tak ada E471. Ada resepi pakai telur dan for sure telur tu tak masak. Bagi aku, okey ajer tapi rasanya anak aku tu kalau tau ada telur tak masak, dia tak makan. Dan ada yang guna serbuk agar2 and lastly aku jumpa yang gunakan Cream Anglaise yang senang didapati di supermarket macam Carrefour, intermarche atau mana2lah.. Ni resepinya yang aku dapat dari sini: Arif-France





























TIRAMISU simple..

250 gram cheese mascorponne
1 pek cream anglaise
Gula icing ikut manis (Dlm 1 sudu kecil)
biskut sponge fingers
2 sudu teh nescafe + 1/2 cwn air panas + 1sudu teh gula


Cara2:
1. Putar cheese mascaponne + cream anglaise + gula aising
2. Susun biskut jejari span dalam mangkuk, sira dengan nescafe hingga basah keseluruhan biskut.
3. Lapiskan dengan campuran cheese tadi. Ratakan.
4. Susun lagi biskut atas adunan cheese tadi. Sira lagi dengan nescafe hingga rata.
5. Lapiskan lagi dengan campuran cheese.
6. Ulang step 2 td dan diakhiri dengan adunan cheese di atas sekali.
7. Akhir sekali, ayakkan serbuk koko diatasnya dan hias dengan hirisan coklat.
8. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan... voilla..


bhn2 utk buat tiramisu
susun jejari span dan sira dengan nescafe

2nd layer of span.

lapiskan dengan adunan mascaponne+cream anglaise

Enjoy the recipe.....

Wednesday, December 21, 2011

Royal Albert

hari ni aku dok perabih masa kat laptop sambil jenguk2 royal albert. Amendanya royal albert tu? apalagi, pinggan mangkuk royal albert laaa. Jom jamu mata sat...
nota:- ni aku tengok kat ebay.uk

rege dlm US $69.99 tak termasuk pos



4 keping gambar tu tea set untuk 6 orang... Rege? dalam 70 pound tak termasuk pos... Ada berani ke?
hehehehe
set ni pulak regenya $125 tak masuk pos
Cukup dulu buat hari ni.. Lagi lama aku tengok, naik juling dah mata aku... hehehehe.. Kalau ada kesempatan, baik aku gi london terus, beli kat sana.. Kalau nak tengok lagi gambar2 tu, silalah jenguk ke sini... royal albert



Winter break

Hari ni dah masuk 5 hari anak2 bercuti. Hari ni gak dah masuk 3 hari suami aku gi Sevilla, Spain untuk meeting. So, walaupun winter break, aku dan anak2 dok terperak dalam rumah ajer laa. Hari2 hujan pulak tu. Angin, tak payah citer laaa. Kadang2 dah macam ribut kat luar tu. sabtu depan, baru suami aku balik dari Spain, barulah aku nak plan gi jalan mana2 pun. Cuti pun tak selama as summer break. 3 Jan, anak2 dah kena masuk sekolah balik. Aku plan nak bawak anak2 gi Carcasonne. Aku dah pergi Carcasonne tu tapi gambar2 aku tak share lagi kat blog ni padahal dah pergi masa bulan 3 aritu. Then, aku plan gak nak bawak anak2 gi main salji. Tempat? Belum pasti lagi tapi still dalam France laa. Mungkin tempat yang aku pergi awal tahun dulu or maybe tempat lain pulak. Gambar2 aku gi main salji awal tahun dulu pun, aku tak sempat kongsi dalam blog ni lagi..
Aduuuuhh, baru aku perasan (lama dah perasan sebenarnya) yang aku ni dok ngumpul punya la banyak gambar2 tapi tak masuk2kan dalam blog lagi.. Nampaknya, kenalah masukkan sikit2..


Saturday, December 3, 2011

Muhasabah diri anda

Kekadang terlalu mudah untuk mencari yang tidak benar dari melihat kebenaran.
Adakah kebenaran itu sering terlindung dek satu kesalahan yang muncul?
Sesekali tanyalah kenapa, bukan kepada orang lain melainkan kepada 
wajah yang terpantul di cermin ketika melihat diri sendiri.
Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara-perkara remeh.
Tinggalkan hari semalam dan teruskan perjalanan untuk hari-hari mendatang.
Semoga Allah terus melindungi diri ini dari kebencian 
dan rasa hasad dengki makhluk bernama manusia.







Thursday, December 1, 2011

Cermin2kan Hati Anda...

Cermin-cerminkanlah diri anda pagi2 ni... Pesanan untuk aku sebenarnya...Muhasabah diri, bersihkan hati. Jangan biar hati diselubungi prasangka pada orang lain... Selalulah bersangka baik pada orang lain... Bukan senang nak berperang dengan hati... Selalunya pasti akan kalah. Kalaulah aku boleh jadi sepositif suami aku, tentu hati aku tak akan terasa begini.. Pandanglah semua benda dari sudut yang positif...


Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI

Tsabit bin Qurah berkata: Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

Berilah setiap kerehatan itu kepada diri, moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang Allah beri, Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada ilahi

Kadang2 aku rasa hanya aku ajer yang dok jaga hati orang, takut kalau2 ada hati yang terluka. Cuba sedaya upaya buat orang selesa tak tak rasa kecik hati dalam segala hal... tapi dalam masa yang sama, aku tak rasa orang berbuat benda yang sama.. Maka kekadang, hati rasa kecil sekecil kuman ajer tapi still terasa jauh di sudut hati aku ni... Tapi, biarlah... Terus pandang segala hal dengan positif..
I think, that's gonna be the new me... I'm just me, so accept me as I am... 

Wednesday, November 30, 2011

Kek Caramel

Baru2 ni aku ada buat kek caramel. Percubaanku yang pertama.. Alhamdulillah, menjadi..  jom kita tengok gambar dan resepinya...



Kek Karamel

Bahan2:
Gula hangus
3 sudu besar gula pasir
Loyang 8 inci
-Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
-Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.
- biarkan  sejuk

Panaskan oven suhu 170C.
Bahan Karamel
3/4  tin susu cair
80 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur

- kacau susu dan bula hingga larut.
- Kacau telur  + esen perlahan2.
 - Satukan kedua2 bahan dan kacau perlahan.
- Tapis dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Adunan kek (bhn1)
70 gm gula
3 biji kuning telur
130 air
50 ml minyak masak

Adunan Kek (bhn 2)
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak bersama)

-putar kuning telur, minyak masak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna keputihan.
-Masukkan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
-Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang diayah tadi.
-Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga bergaul sempurna. Ketepikan..

Meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 st krim of tartar

-Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan krim of tartar.
-Terus pukul dengan speed tingga hingga kental (stiff peak)
-Masukkan 1/2 meringue dalam adunan tepung. Gaul secara kaup balik.
-Masukkan baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Letak pewarna (A, B dan C) - ikut suka warna apa
-Tuang 3 sudu besar warna A, 3 sudu besar warna B di tengah2 lapisan A dan 3 sudu besar warna C atas lapisan B. Buat hingga 3/4adunan berulang-ulang warna dari warna A, B dan C.
-buat pula sama yang sama dengan 2 sudu besar. Akhir sekali, dengan 1 sudu besar.


Bakar cara steam bath selama 1 jam. Bila masak, biar dalam oven hingga kek renggang di tepi2 loyang...

- bila sejuk, terbalikkan ke atas pinggan.
-Lap lebihan air gula yang meleleh di atas puding dengan tisu secara perlahan supaya kek tidak lembab dan basah.
-Potong kek bila kek benar2 sejuk dan hidangkan. Sedap makan sejuk2 selepas disimpan di dalam peti sejuk

untuk tengok cara step by step, boleh jenguk sini... sini
Tapi adunan dah di tukar dari adunan asal untuk bagi lapisan karamel tu tebal sikit...






Wednesday, November 23, 2011

Contest Senyuman Menawan Hati

Demi mengubat hati yang tengah marah, aku jalan2 melawat rakan2 blogger... Tertarik ngan contest ni... Jom join.. Aku join sebab nak support kekawan blogger... Maklumat lanjut tentang contest ni, korang boleh jenguk blog Arda


Gambar pertaruhan aku yang tak sepertinya... Aku ni jarang atau memang tak pernah senyum kalau bergambar... Jenuh aku nak cari gambar aku tersenyum...


Kat sini aku nak tag 3 orang.... 
 Bad

Betapa marah itu mainan syaitan

Tapi pagi2 ni yang bermula dengan tenang namun berakhir gak dengan terBAKARnya hati aku ni... Kalau boleh jerit, aku nak menjerit puas2..

Salah akukah? Akukah  yang  bersalah... Ya, mungkin aku yang bersalah. Bila kita marah ni, syaitan pun  seronok laaa. Lagi dia siram perasaan marah kita. Akibatnya, masing2 betekak di pagi yang damai ni... Salahkah aku tegur anak aku yang suka menjawab tu. Aku hanya kata, jawablah, karang jadi apa2 tak sempat mintak maaf... Salahkah aku berkata sedemikian... Bukan aku mendoakan pun, just nak menasihati dari sudut yang berlainan tapi aku juga yang dipersalahkan...

ARRRRRRRRRGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH Memang geram rasanya...

Ya Allah, siramlah api kemarahan yang membara ini... Aku hanya insanMu yang lemah..

Tuesday, November 22, 2011

Kenduri Doa Selamat @ Colomier

Entri terlepas
13 November 2011. Jiran aku yang baru berpindah dari Mondonville ke Colomier telah mengadakan kenduri doa selamat. Malam sebelumnya, ramai juga yang telah ke rumah beliau untuk tolong masak dan hari ini (ahad, 13 nov 2011) pukul 12.00 tengahari telah diadakan kenduri doa selamat yang dibawa oleh Azim... Memang ramai yang hadir.. Gambar2 banyak yang dah dishare dalam facebook. Hanya aku yang terlewat nak kongsi gambar2 semasa majlis tersebut.. seperti biasa kalau aku yang tangkap gambar, memang gambar aku tak ada la jawabnya.. hehehehehe.  Jom layan gambar...