klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, December 1, 2011

Cermin2kan Hati Anda...

Cermin-cerminkanlah diri anda pagi2 ni... Pesanan untuk aku sebenarnya...Muhasabah diri, bersihkan hati. Jangan biar hati diselubungi prasangka pada orang lain... Selalulah bersangka baik pada orang lain... Bukan senang nak berperang dengan hati... Selalunya pasti akan kalah. Kalaulah aku boleh jadi sepositif suami aku, tentu hati aku tak akan terasa begini.. Pandanglah semua benda dari sudut yang positif...


Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI

Tsabit bin Qurah berkata: Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

Berilah setiap kerehatan itu kepada diri, moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang Allah beri, Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada ilahi

Kadang2 aku rasa hanya aku ajer yang dok jaga hati orang, takut kalau2 ada hati yang terluka. Cuba sedaya upaya buat orang selesa tak tak rasa kecik hati dalam segala hal... tapi dalam masa yang sama, aku tak rasa orang berbuat benda yang sama.. Maka kekadang, hati rasa kecil sekecil kuman ajer tapi still terasa jauh di sudut hati aku ni... Tapi, biarlah... Terus pandang segala hal dengan positif..
I think, that's gonna be the new me... I'm just me, so accept me as I am... 

3 comments:

Nieza said...

assalam kak, sama-samalah kita muhasabah diri kita...tak semua manusia ni perfect kan. tq sharing kak:)

harleena said...

sama-sama Nieza

umiyumi said...

Salam kak.. umi faham mcm mana rasanya.. br saja melaluinya. mmg sentiasa mengalah untuk menjaga hati. biar manusia tak tahu tp Allah Maha Mengetahui :)