Assalamualaikum... lately tiap2 hari memang bz sebab aku membuzykan diri dengan membakar roti. bila dah start membakar, dan melihat doh berkembang serta roti yang dihasilkan gebu dan lembut, maka ianya telah menjadi penghilang stress buat aku. Memang seronok meroti ni..
Bila kita search resepi roti, kita akan dapat melihat pelbagai resepi tapi resepi asas roti ni boleh dikatakan sama ajer semuanya. mungkin ada yang lebih telur, ada yang bubuh shortening, ada pulak yang bubuh gabungan shortening plus butter atau marjerin, kandungan susu pulak, ada yang bubuh susu pekat, ada yang bubuh susu tepung dlm kuantiti berbeza. semua resepi memang bagus dan semua resepi insyaallah memang menjadi. Oleh itu, boleh disimpulkan di sini, resepi semua lebih kurang sama ajer untuk basic sweet bun. Yang penting disini hanya cara atau teknik kita menguli roti tu untuk kita jadikan ia lembut dan gebu.
sebelum dan selepas proffing |
Jom kita citer pasal tepung pulak. kalau buat roti, seelok2nya gunakan tepung roti. kalau tak ada, gunalah tepung medium protin. camana nak tau tepung tu low protin ke hi protin ke medium protin ke? tepung hi protin tu tepung roti/bread flour. manakala tepung2 yang berharga 2 ringgit lebih tu macam tepung cap sauh, tepung faiza dan seumpamanya adalah tepung medium protin. tepung low protin pulak adalah tepung di pasaran yang harganya lebih kurang 1.35 hengget. Aku tak lah pandai sangat tapi sikit2 bolehlah.. hehehe
Ni aku nak kongsi resepi yang selalu aku guna untuk buat roti.
Basic sweet bun
Bahan A
500 gm tepung gandum serbaguna
(kalau nak guna campuran tepung roti plus tepung gandum pun ok)
80 gm gula kastor
1 sudu teh bread improver
sepaket yis segera
1 sudu besar susu tepung* (kalau guna susu pekat, tak perlu guna susu tepung)
1 sudu teh garam
(campurkan semua bahan kering ni, gaul rata. garam campurkan akhir sekali then gaul rata)
Bahan B
dlm jug masukkan
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis* (kalau guna susu tepung, tak perlu guna susu pekat)
air sejuk + ais ketul dalam 4-5 ketul kecik - ukur dalam 280 ml
*perlu diingatkan, cecair jangan dituangkan semua. tepung yang kita gunakan ada tahap kelembapannya. jika kita meroti ketika cuaca panas, mungkin kita perlu menambahkan air satu atau dua sudu berbanding jika meroti ketika sejuk atau ketika dinihari dimana tahap kelembapan tepung lebih tinggi.
Bahan C
80 gm butter/marjerin atau campuran shortening + butter/marjerin
Cara-cara:
1. sebatikan bahan A dalam mixer.
2. gaul sebati bahan B.
3. tuang bahan B dalam bahan A. guna speed perlahan hingga adunan mula jadi doh.
4. masukkan butter/marjerin. Mixkan adunan hingga jadi doh yang expendible/kenyal.
5. bila doh dah kenyal (lebih kurang 25-30 minit dalam mixer), bentukkan bulat dan masukkan dalam mangkuk. Tutup dengan cling wrap. biarkan naik sekali ganda lebih kurang sejam (tengok keadaan cuaca)
6. Bila dah kembang, bolehlah ditumbuk2 manja untuk keluarkan angin. then bolehlah dibentuk ikut suka hati.
7. biarkan naik sekali lagi.
8. bolehlah bakar pada suhu 180 selama lebih kurang 12-15 minit.
kalau boleh uli hingga jadi cam ni, memang best. roti akan jadi lembut. |
petit sausage bite |
lepas keluar dari oven, bolehlah sapu dengan butter |
petit pizza bun |
sebelum kembang |
selepas doh kembang |
sweet bun baru keluar dari oven,;panas berasap2 lagi. |
sweet bun with strawbery topping |
anak2 tk suka cinamon roll, so buat nutella roll |
1 comments:
Mohon share maklumat...tq
Post a Comment