klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, February 8, 2011

Pancake

Pancake for breakfast.. Buat dua adunan. Memang sedap dan lembut tapi syaratnya, kena makan panas2 baru sedap.




Resepi asal pancake ni ambik kat sini tapi aku dah ubahsuai sebab tak nak bubuh blueberry. Takut ada  yang tak nak makan pulak. Anak2 ni pelik sikit..  Kat bawah ni resepi yang dh diubahsuai dari resepi asal.

Pancake

Bahan2
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder - ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula 
Cara2
  1. Masukkan telur, gula dan air  ke dalam mangkuk. Kacau sekejap dgn "hand whisk"
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikkan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak. 

    Nota:
- Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
- Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.

Masa hidang pancake ni, aku hidang sekali ngan madu, jem strawberry ngan chocolate sos. Ada gak anak yang picit whipped cream atas pancake tu. Ikut suka hatilah nak makan ngan apa2 pun.

6 comments:

RaNiA said...

salam kak..
penah wat sekali je pancake nie..tue pun guna tepung pancake nona..:)

Treat and Trick said...

Salam Harleena, lapar pulak tengok pancake yg gebu tu....

pak long said...

salam...
lama tak makan tempek atau lempeng.macam pan cake jugak la kan ..

harleena said...

Rania: lepas ni buat sendiri. tak yah pakai tepung nona dah.

Treat and Trick: Jom aar buat breakfast esok.

Pak Long: kira cam sama aar juga tapi lempeng kita tak spongy cam pancake ni.. Ckp pasal lempeng, lamanya tk makan lempeng nyior/kelapa sbb tak jumpa kelapa kat sini.

nanne_manja said...

assalamualaikum harleena..
memang saya tercari-cari resepi pancake yang simple..
thanks for the info..
kadang-kadang resepi yang simple,boleh memberi manfaat kpd yg lain termasuklah saya :D

harleena said...

nanne_manja: buat, jangan tak buat. mmg sedap dan simple. Akak kat sini dgn tak de timbang, main bantai ajer agak2 banyak mana. Jadi gak pancake tu..